Roti canai antara sajian sarapan kegemaran rakyat Malaysia. Lihat sahaja restoran yang menjual roti canai yang sedap, pasti penuh dengan pelanggan. Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, agak tak berbaloi andai dibeli. Malah jika buat sendiri roti canai ni, kos penyediaannya jauh lebih murah dan boleh makan puas-puas. Rasanya pun lebih sedap dan kebersihan terjamin. Anda nak cuba buat sendiri roti canai homemade untuk keluarga? Jom belajar cara-cara pembuatannya menggunakan resipi perkongsian saudari Normarliana Abu Bakar. Sangat mudah dan dijamin menjadi.

 

RESIPI ROTI CANAI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan gula
  • 1 cawan Air
  • Setengah sudu kecil garam
  • Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.

Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.

CARA MEMASAK:

1. Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.

Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.

2. Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.

IKLAN

3. Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.

Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.

4. Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.

Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.

5. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.

Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.

IKLAN

6. Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.

Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.

7. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.

Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.

8. Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.

Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.

IKLAN

9. Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.

Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.      Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.    Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.

10. Setelah garing, angkat dan nikmati bersama kari atau kuah dhal.

Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.   Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.   Cara Mudah Buat Roti Canai Homemade Yang Lembut & Sedap.

Nota: Dengan menggunakan asas doh roti canai ini, anda juga boleh hasilkan roti telur, roti bawang, murtabak dan sebagainya.

 

Kredit resipi & foto: Normarliana Abu Bakar

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI