Bagi penggemar karipap, resipi karipap gergasi perkongsian saudari Liyana Ahmat ni pastinya wajib dicuba. Nampak sedap malah ia juga menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan tidak memerlukan kos yang banyak. Jadi bolehlah cuba buat untuk anak-anak. Pasti laris.
RESIPI KARIPAP GERGASI INTI TELUR
BAHAN DOH:
1kg tepung gandum
5 sudu makan tepung beras
½ cawan minyak masak
3 sudu makan marjerin
Sedikit air – bancuh dengan garam secukupnya
BAHAN INTI:
Telur
Bawang secukupnya
Daun sup secukupnya
Lada sulah berperisa secukupnya – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum dan tepung beras. Gaul.
IKLAN
2. Panaskan minyak dan marjerin. Kemudian tuang ke dalam bekas tepung tadi. Uli dan masukkan air bergaram sedikit demi sedikit hingga jadi doh. Perap doh selama 1 jam.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil. Leperkan doh dan letak dalam pinggan supaya telur tidak melimpah.
4. Pecahkan telur dan tabur bawang, daun sup serta lada sulah berperisa jika suka.
IKLAN
5. Kelim bahagian tepi karipap dengan kemas supaya intinya tidak terkeluar.
6. Goreng dalam minyak panas Biar dalam 5 saat dan terbalikkan supaya bentuk karipap menjadi cantik dan tidak bengkok.
IKLAN
7. Masak guna api perlahan sehingga masak. Tanda inti karipap dah masak ialah apabila ia menjadi ringan. Angkat dan enak dinikmati bersama sos.
8. Jika nak buat karipap yang kembung, pukul telur, bawang, cili dan daun sup seperti membuat telur dadar sebelum dimasukkan ke dalam doh. Hasilnya karipap akan jadi kembung.
Selain dikenali sebagai Pau Goreng Inti Sambal, ada juga yang kata kuih ini sebagai Burger Malaysia. Apapun nama dipanggil yang pasti kuih ini sangat sedap dan digemari ramai, kalau buat untuk hidangan minum petang memang terbaik, mesti anak-anak yang masih bercuti di rumah berebut, silap-silap tak cukup ye.
PAU GORENG INTI SAMBAL BAHAN-BAHAN: BAHAN SAMBAL: 100gram cili kering yang telah digunting,direbus | kisar 3 ulas bawang merah | kisar 2 ulas bawang putih 1 sudu teh garam 5 sudu makan gula pasir 1 sudu asam pes asam jawa 1 sudu udang kering/ ssegenggam ikan bilis Minyak masak untuk menumis 1 ulas bawang besar potong dadu BAHAN DOH: 4 cawan tepung gandum 1/2 peket yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam 2 sudu makan gula pasir 1 sudu makan majerin 2 sudu makan susu tepung Sedikit garam Sedikit air untuk mencanai doh Minyak secukupnya untuk menggoreng BAHAN LAIN: Hirisan timun Hirisan telur
CARA MEMBUAT:
Sediakan bahan sambal dahulu, panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
Masukkan gula,garam,asam jawa. Kacau lagi dan masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
Kecilkan api, biarkan sambal hingga garing. Tutup api dan ketepikan.
Sediakan doh pula, campur setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir. Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih. Ketepikan.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
Biarkan doh sampai mengembang sehingga sekali ganda.
Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
Ulundu adalah sejenis kacang dhal yang beza dengan kacang dhal yang selalu kita lihat. Ulundu vadai ada campuran tepung beras dan dibentuk seakan donat. Selamat mencuba.
ULUNDU VADAI
BAHAN-BAHAN:
1⅓ cawan @ 240 gm kacang dhal ulundhu
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil soda bikarbonat
8-10 helai daun kari
1 biji bawang besar
4 biji cili hijau dicincang
3 biji cili merah dicincang
2 tangkai cili kering digunting halus ( jika ingin pedas jika tak nak pedas cili kering abaikan )
3 sudu besar air panas
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih kacang dhal dan rendam selama 4 jam atau sehingga lembut.
2. Kemudian kisar sehingga halus menjadi seperti pes.
3. Satukan pes kacang dhal tadi bersama bahan cincang, daun kari, tepung beras, soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk adunan. Uli sehingga sebati dan masukkan air panas sedikit demi sedikit. Teruskan uli.
4. Kepal-kepalkan dan bentukkan bulat-buatkan lubang kecil ditengah-tengahnya. Lakukan sehingga selesai.
5. Panaskan minyak dan goreng terendam sehingga doh bewarna kuning keemasan, angkat dan toskan miyak.
Jika anda mencari resipi kuih yang sedap dan mudah dibuat, cubalah buat Kuih Mentega Goreng ni. Antara kuih tradisional Melayu kegemaran ramai. Rasanya yang berlemak serta rangup di luar dan lembut di dalam pasti buat anda makan tak berhenti.
Kuih Mentega Goreng ni lebih enak apabila menggunakan Mentega Anchor. Ia merupakan mentega tulen yang diperbuat daripada 100% susu segar lembu dari New Zealand ini adalah pilihan terbaik kerana baunya saja sudah mampu menangkap selera. Jom cuba.
KUIH MENTEGA GORENG
Bahan-bahan A:
80gram Anchor Unsalted Butter
360gram tepung gandum
60gram gula
170ml santan pekat
1 sudu teh garam
Cara Memasak:
Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk lalu adun hingga jadi seperti breadcrumbs. Perlahan-lahan, tuang santan secukupnya. Adun sampai jadi doh yang lembut.
Canaikan doh dan potong memanjang. Kemudian potong kecil mengikut cita rasa.
Goreng doh di dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: