Bila sebut sahaja tentang donut, pastinya kita sudah terbayang kelembutan dan kegebuannya yang pasti buat kita makan tidak henti. Mana cukup kalau makan sebiji sahaja. Hebat betul penangan donut, lagi-lagi sepanjang tempoh PKP dahulu. Sementara anak dan suami masih berada di rumah, ibu-ibu bolehlah buat donut untuk menu minum petang. Kalau risau donut yang diuli tidak selembut yang diingini, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Shima Chym ini. Pasti donut anda jadi lebih gebu.
DONUT GEBU GEBAS
BAHAN-BAHAN (UNTUK DUA CAWAN TEPUNG)
BAHAN A:
- 2 sudu besar yis – beli online DISINI
- 2 sudu besar susu pekat – beli online DISINI
- 3/4 cawan air suam
- 1 sudu teh garam – beli online DISINI
*Campurkan semua bahan di atas dan biarkan campuran yis kembang
BAHAN B:
*Gaulkan bahan di atas. Guna tangan sahaja.
CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan bahan A dan bahan B.
2. Uli menggunakan tangan sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
3. Bulat-bulatkan doh menjadi lebih kecil.
4. Kemudian, buat bulatan kecil di tengah-tengah. Boleh tarik menggunakan jari.
5. Dah siap boleh terus goreng. Semasa tengah menggoreng nanti, donut pasti akan mengembang.
6. Selesai menggoreng, boleh salut dengan gula, coklat atau apa sahaja yang anda suka.
Selamat mencuba.
Kredit resipi & foto: Shima Chym
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI. Banyak pilihan untuk anda.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-pau-goreng-kacang-merah-gebu-sampai-petang/
https://www.rasa.my/apam-susu-jagung-makan-tanpa-kelapa-pun-sedap/
https://www.rasa.my/minum-petang-sempurna-dengan-agar-agar-santan-gula-melaka/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakeri & Pastri Seenak Rasa, Idea Hebat KDU University College.
Menu kali ini cukup sesuai dijadikan sarapan dan sajian petang yang enak. Idea roti, pastri, bun roti serta pencuci mulut dari meringue memang cukup popular dan menepati selera penggemar bakeri dan pastri.
Hebat-hebat idea bakeri dan pastri dari tenaga pengajar KDU Universiti College iaitu Chef Fami Taufeq Fakarudin, Chef Adrian Pinto dan Chef Ahmad Azfar Zikri Ahmad Zaini. Jom cuba , korang boleh ceriakan sambutan Kemerdekaan dengan menu ini nanti tau.
1. PAI AYAM PASTRI LAPIS
BAHAN-BAHAN :
- 250gm dada ayam | dipotong kiub
- 12gm bawang putih | dicincang halus
- 100gm bawang besar | dipotong dadu
- 100gm batang saderi | dipotong dadu
- 100gm lobak merah | dipotong dadu
- 50gm cendawan butang | dipotong dadu
- 100gm tepung gandum
- 50gm pes tomato
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 400ml air rebusan ayam
- 150ml minyak masak
- 2 keping pastri lapis | ada dijual di pasaraya
- 1 biji telur
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan dada ayam dengan tepung sehingga sebati
2. Panaskan minyak masak d idalam periuk
3. Tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah dan batang saderi selama 5 minit dengan api yang sederhana
4. Masukkan pes tomato dan masak sehingga pecahkan minyak
5. Masukkan dada ayam dan gaul rata, masukkan cendawan butang
6. Tuangkan air rebusan ayam dan renehkan selama 20 minit
7. Masukkan garam, lada hitam secukup rasa
8. Sejukkan inti pai tersebut dan sudukan inti pai tersebut ke dalam loyang pai.
9. Alaskan loyang tersebut dengan pastri lapis dan pastikan dikepilkan bahagian tepi dengan rapat
10. Sapukan lapisan telur diatas lapisan pastry rapuh tadi
11. Panaskan ketuhar pada 190”C
12. Bakarkan adunan tadi di dalam ketuhar selama 25 – 30 minit
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 25-30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Pai berlemak dengan inti ayam dan cendawan berperisa
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Bagi menaikkan rasa lemak di dalam sos ayam, masukkan krim cair sebanya 100ml sebelum atau semasa dimasukkan garam dan lada hitam.
2. PAI DURIAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh pastri bergula :
- 1 biji telur
- 50gm gula castor
- 125gm mentega
- 200gm tepung kek
- 3gm garam
Bahan inti durian :
- 350gm isi durian
- 250gm krim putar bergula
- 8gm serbuk gelatin
- 10ml air
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh pastri bergula (kulit pai) :
- Panaskan ketuhar pada suhu 190 C.
- Masukkan mentega, gula, garam dan tepung ke dalam mesin pengadun. Biarkan sehingga adunan menjadi seperti pasir yang kasar.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
- Keluarkan adunan tadi dan uli dengan tangan sehingga adunan tadi menjadi doh.
- Jangan uli terlalu lama, rehatkan doh selama 30 minit. Canaikan doh setebal 5mm dan lapiskan di atas loyang pai
- Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
Cara membuat isi durian :
- Lenyek isi durian sehingga lumat. Pukul krim putar sehingga kembang
- Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang 5-10 minit dan cairkan di atas air panas mendidih (double boil).
- Campurkan isi durian dan gelatin yang telah dicairkan. Masukkan krim putar ke dalam adunan durian dan gaul hingga sebati.
- Tuangan adunan durian ke dalam kulit pai.
- Sejukkan selama 2-3jam di dalam peti sejuk. Potong dan hidangkan.
Saiz hidangan : Satu loyang pai berukuran 10 inci @ 25 sm
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Kaya dengan rasa dari isi durian sebenar
Anggaran kos : RM30
INFO CHEF : Untuk rasa lebih lemak berkrim paipkan krim putar dan taburkan gula aising di atas pai tersebut.
3. PAVLOVA BERI BERKRIM
BAHAN-BAHAN :
- 100gm telur putih
- 100gm gula kastor
- 12gm tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanilla
- 10ml cuka salad
- 150gm krim putar
- 300gm strawberi, blueberi dan raspberi
CARA MEMASAK :
- Ayak tepung jagung bersama gula aising.
- Pukul putih telur Bersama gula kastor, tepung jagung, gula aising, cuka salad dan esen vanilla di dalam mesin pengadun atau gunakan pemukul telur.
- Pukul sehingga semua adunan tadi kembang dan pekat dan warna adunan telur menjadi putih dan bersinar.
- Sudukan atau paipkan adunan ke atas loyang ketuhar yang dilapik kertas kek.
- Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah Celsius. Bakar adunan tadi di dalam ketuhar selama 25-30 minit.
- Sejukkan pavlova tadi, sudukan krim putar ke atas pavlova dan susunkan strawberi, raspberi, bluberi di atas krim
- Ayak gula aising di atas pavlova sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Meringue
Keistimewaan : Manis dan enak dengan potongan buah-buahan serta cair dalam mulut
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Selain buah-buahan beri boleh juga digantikan dengan buah mangga, nangka dan pisang dan juga boleh dihiaskan dengan kepingan coklat.
4. BUN MANIS SUSU MENTEGA
BAHAN-BAHAN :
- 1500gm tepung roti | diayak
- 690ml air
- 150gm telur
- 75gm yis
- Garam secukup rasa | diayak
- 90gm gula kastor
- 120gm mentega
- 75gm susu tepung | diayak
Bahan inti susu mentega:
- 500gm susu tepung
- 400gm gula castor
- 500gm mentega
- 70gm tepung kastad
- 50gm tepung gandum
- 50gm tepung jagung
- Secubit garam
CARA MEMASAK :
- Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun,
- Adunkan dengan perlahan dan tuangkan air perlahan-lahan semasa mengadun.
- Adunkan dengan kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
- Masukkan mentega dan teruskan mengadun sehingga mentega sebati di dalam doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan doh kepada bebola berat seberat 100gm setiap satu.
- Isikan bebola tadi dengan inti susu mentega seberat 30gm setiap satu. Kemudian bulatkan doh tersebut.
- Rehatkan doh selama 45 minit atau shingga doh menjadi dua kali ganda besar.
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15- 18 minit.
Cara memasak inti susu mentega :
- Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam mesin pengadun.
- Pukul sehingga semua bahan sebati dan rata.
- Sejukkan bahan tersebut dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 20 buku bun, 30gm setiap satu
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu dan berkrim dengan inti susu mentega.
Anggaran kos : RM23
INFO CHEF : Boleh juga menggunakan inti coklat.
5.ROTI PANDAN KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN :
- 1500gm tepung roti | diayak
- 690ml air
- 150gm telur
- 75gm yis
- Garam secukup rasa | diayak
- 90gm gula kastor
- 120gm mentega
- 75gm susu tepung | diayak
- 100gm pes pandan
Bahan inti :
500gm pes kacang merah | sudah siap dijual di pasaraya @kedai bakeri
CARA MEMASAK :
- Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun.
- Adunkan dengan kelajuan sederhan sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
- Masukkan mentega dan pes pandan dan teruskan mengadun sehingga campuran rata ke dalam doh.
- Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit. Canaikan doh setebal 8-10mm.
- Letakkan semua pes kacang merah di atas doh yang dicanai.
- Gulungkan doh sehingga menjadi gulungan besar. Potong gulungan tadi dalam 3-4 bahagian.
- Masukkan doh ke dalam tin pembakar.
- Rehatkan doh selama 45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali ganda besar
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15-18 minit.
Saiz hidangan : 4 buku roti
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu berperisa pandan dan inti kacang merah yang enak.
Anggaran kos : RM25
INFO CHEF: Resepi yang sama boleh digunakan untuk inti coklat, kastad, kaya ikut citarasa masing-masing.
RESIPI : FAMI TAUFEQ FAKARUDIN, ADRIAN PINTO & AHMAD AZFAR ZIKRI AHMAD ZAINI
TERIMA KASIH : KDU UNIVERSITI COLLEGE, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my
Chef Dahlan Kongsi 4 Idea Menu Kenduri Berasaskan Daging. Wajib Cuba Ni!
Ingin mengadakan kenduri ?Anda pastinya mahu memberikan hidangan terbaik untuk tetamu jemputan. Apa kata kali ini anda cuba salah satu dari empat resipi masakan berasaskan daging yang disediakan oleh Chef Dahlan dari Kole In One Food Services yang sedap-sedap belaka. Kalau bukan kenduri boleh je masak untuk hidangan keluarga di hujung minggu ini.
DAGING RENDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | hiris lebar dan nipis
- 1000ml santan pekat
- 5 sudu makan kerisik
- 5 sudu makan pes cili kering
- 4 batang serai | titik
- 2 keping asam gelugor
- 1 cawan gula Melaka
- 1 cawan kicap pekat manis
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menumis
REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga.
BAHAN HIRISAN:
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
BAHAN KISAR:
- 8 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 3cm halia
- 3cm lengkuas
- 4 batang serai
BAHAN GORENG TANPA MINYAK DAN KISAR HALUS
- 2 sudu ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
- Daging dicuci bersih dan toskan airnya. Kemudian gaulkan bersama kicap pekat manis, gula Melaka dan separuh bahan kisar.
- Perapkan sekurang-kurangnya 30 minit di dalam peti sejuk.
- Untuk menumis, panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis, bahan hirisan dan juga serai sehingga naik bau.
- Seterusnya masukkan bahan kisar diikuti dengan pes cili, kacau rata hingga timbul minyak.
- Masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata.
- Setelah air daging kering, masukkan santan dan asam gelugor.
- Biarkan kuah terus mendidih di atas api sederhana hingga kuah pekat.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan bahan rempah yang digoreng dan dikisar halus tadi,
- Kacau rata, hingga kuah kering dan secukup rasa.
- Jika kurang manis tambah sedikit gula.
- Rendang sedia dihidangkan.
DAGING KUZI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang
- 4 sudu makan rempah kuzi
- 100gm biji gajus | goreng
- 100gm kismis | goreng
- 3 biji bawang besara | hiris, goreng dan kisar
- 2 sudu makan serbuk badam
- 4 sudu makan minyak sapi
- 3 sudu makan puri tomato
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
- 500ml susu cair
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
- 10 ulas bawang merah | hiris
- 4 ulas bawang putih | hiris
BAHAN KISAR:
- 10 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi dalam kuali.
- Tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, tumis lagi.
- Setelah timbul minyak, masukkan rempah kuzi yang dibancuh dengan sedikit air diikuti dengan puri tomato.
- Kacau lagi hingga pecah minyak, baru masukkan daging, kacau rata hingga daging kecut.
- Biarkan mereneh hingga kuah kering.
- Jika daging masih liat atau keras tambah sedikit air lagi.
- Setelah daging empuk, masukkan susu, serbuk badan dan bawang merah yang dikisar tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Sebelum angkat tabukkan buah gajus dan kismis yang telah digoreng tadi.
KURMA KAMBING DENGAN KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing | potong sederhana
- 3 biji kentang | belah 2
- 3 sudu makan rempah kurma
- 500ml susu rendah lemak
- 2 biji bawang besar | belah empat
- 2 biji tomato | belah empat
- 3 biji cili hijau | belah dua
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak sapi
- 1 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 biji buah keras
- 3cm halia
BAHAN SANGAI DAN KISAR:
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh lada putih
- 4 biji buah pelaga
REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Gaulkan daging dengan sedikit rempah kurma dan sedikit bahan kisar.Kemudian perapkan lebih kurang 30 minit.
- Untuk memasak, panaskan minyak sapi bersama minyak masak.
- Tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
- Seterusnya masukkan bahan kisar, kacau seketika.
- Masukkan rempah kurma dan bahan sangai yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Setelah timbul minyak, masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan keluar air.
- Biarkan mereneh hingga air daging kering.
- Masukkan susu rendah lemak dan kentang, biarkan terus mendidih.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian perahkan jus lemon di dalamnya.
- Setelah kuah pekat, masukkan daun pudina, hirisan tomato, dan cili.
- Seketika kemudian, tutup api dan hidangkan bersama nasi atau roti
DAGING DENDENG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang
- 8 biji bawang besar
- 20 tangkai cili kering
- 20 biji merah | hiris halus dan goreng
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan kicap pekat manis
- 2 sudu makan pes asam Jawa
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Potong besar daging kemudian rebus hingga empuk bersama serai dan hirisan halia. Ketepikan dan toskan airnya.
- Hiris daging nipis-nipis, kemudian titik hirisan tersebut. Lakukan hingga habis.
- Panaskan minyak goreng bawang merah hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Goreng pula hirisan daging hingga perang. Angkat dan toskan.
- Tinggalkan lebih kurang setengah cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan kicap pekat manis, pes asam Jawa, gula Melaka dan garam secukupnya. (jika kurang manis boleh tambah gula).
- Setelah terbit minyak, masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama bawang goreng,
- Kecilkan api, kacau rata dan tutup api.
- Sedia dihidangkan.
Bihun Goreng Udang Kering, Resipi Warisan Ni Memang Lain Rasanya
Bihun goreng memang jadi kegemaran ramai. Dapat pula bihun goreng yang enak rasanya. Terkenang zaman atuk nenek kita dulu, masak simple seperti bihun goreng ni memang bertambah makan. Mungkin air tangan orang lama lain macam sedapnya. Jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Mohd Shukur Mohd Shukur ni. Khabarnya ia juga resepi dari arwah tok neknya. Jomlah kita cuba
BIHUN GORENG UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
1 paket bihun (rendam air biasa)
1 paket kecil udang kering
3 biji bawang rose*
2 ulas bawang putih*
4 biji cili kering*
Belacan bakar (sikit saja)*
Asam Jawa (Agak besar duit 20 sen)*
12 sudu teh gula
2 sudu teh MSG
½ sudu teh × 7
1/2 sudu teh serbuk kunyit*
CARA MEMASAK:
- Bakar belacan.
- Kisar bahan yang bertanda*sampai hancur (air jangan banyak)
- Goreng udang kering dalam minyak. Bila agak masak, masukkan bahan-bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau.
- Masukkan perasa, tumis seketika lagi. Bila nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
- Kacau sebati bihun, buka api slow untuk dapatkan hasil bihun tak hancur. Biar bihun jadi lembut sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air. Nak tahu bihun dah masak elok, kita akan nampak asap di permukaan atas bihun.
- Kredit: Mohd Shukur Mohd Shukur
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official