Brownies kedut, menu mudah untuk dibuat bagi santapan keluarga. Sesuai untuk minum petang santai-santai di laman rumah.

Nak buat sendiri yang rasanya kurang manis dan kena dengan tekak yang tak suka makan manis-manis sangat, boleh cuba resipi yang dikongsi Shida Razak KC ini.

 

BROWNIES KEDUT MUDAH

Cara Mudah Hasilkan Brownies Kedut, Semua Orang Boleh Buat! 

BAHAN A:

*Cairkan bahan di bawah dalam microwave selama 1 minit atau double boil.

50g mentega (saya guna salted butter Anchor) – beli online di sini
50g minyak masak – beli online di sini
150g dark chocolate coin/bar

*Dah cair, kacau-kacau sebati letak tepi dulu

TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live

TONTON Roti Pintal Kurma | Dapur Rasa Live

IKLAN

BAHAN B:

*Masukkan ke dalam basin/bekas

2 biji telur gred A atau B
½ sudu teh esen vanila beli online di sini
140g gula perang – saya guna dark molases sugar lebih sedap sebab rasa lemak manis yang kurang manis. Kalau nak jadikan 130g pun boleh untuk gula perang ya. Laras kemanisan anda mengikut jenis gula pilihan anda. Ikut citarasa masing-masing
½ sudu teh garam

CARA-CARA:

1. Kacau rata dan sebati saja semua bahan di atas ya. Agak-agak gula dah larut, berhenti mengacau
2. Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Gaul rata, sebati saja.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

IKLAN

Cara Mudah Hasilkan Brownies Kedut, Semua Orang Boleh Buat! 

BAHAN C:

*Ayakkan bahan di bawah

100g tepung gandum – beli online di sini
½ sudu teh baking powder (kalau nak hasil yang fudge lagi, jangan letak baking powder)
25g serbuk koko (saya guna vanhouten)

Cara Mudah Hasilkan Brownies Kedut, Semua Orang Boleh Buat! 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

CARA-CARA:

1. Masukkan bahan C ke dalam adunan sebati A dan B. Gaul sebati. Hasil dia memang adunan tu akan jadi likat, itu yang kita inginkan.
2. Nak rich lagi, boleh cincang coklat bar dalam ½ cawan. Gaul dalam adunan sekali. Nanti dia cair-cair coklat masa kita gigit.

Cara Mudah Hasilkan Brownies Kedut, Semua Orang Boleh Buat! 
3. Sediakan loyang 8×8 inci yang dah sapu mentega dan kertas pembakar. Masukkan adunan dan bakar ke dalam ketuhar selama 170⁰C selama 30-35 minit ikut kapasiti ketuhar masing-masing.
4. Jangan terlebih masak, nanti kering sangat pula. Sedang elok gitu. Ambil lidi cucuk, kalau dah tak melekat, masak la tu.

Cara Mudah Hasilkan Brownies Kedut, Semua Orang Boleh Buat! 

Kredit resipi: Shida Razak KC

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Mudah & Cepat, Sedapnya Kentang Bakar Berkeju Ni

Sedapnya Menu Kari Kepala Ikan Masak Stail Kampung

Cara Buat Apam Sunquick Gebu Gebas, Simple Je 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI