Roti Pizza Tuna ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Lepas ni kalau ada roti sandwich hamper expired, tak risau dah sebab boleh masak menu ni. Masak poun guna dapur je. Nak cuba buat untuk anak-anak? Saudari Ain Aziz ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1. Ambik roti dan poting empat segi kecil. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan telur yang telah dipukul. Gaul rata hingga roti menyerap dengan sempurna.
3. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Sebaiknya guna kuali non-stick yang ada penutup.
IKLAN
4. Masukkan roti tadi. Ratakan bagi membentuk seakan kerak @ ‘crust’ pizza.
5. Sapukan sos cili, mayones, hirisan cendawan, kepingan nanas, tuna, sos thousand island dan parutan keju mozzarella secukupnya.
6. Tutup kuali di atas dapur gas dan masak guna api perlahan hingga semua bahan masak sekata dan keju cair.
IKLAN
7. Bahagian bawah roti akan garing dan gelap tetapi tidak hangit. Enak dimakan ketika panas. Namun, jika makan ketika pizza sejuk, roti masih lagi lembut. Memang enak.
Nasi antara juadah wajib selain lemang, nasi impit atau ketupat sebagai menu utama. Antara nasi yang kerap menjadi pilihan adalah Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas dan Nasi Jagung. Kali ini RASA sharekan menu simple dan mudah buat untuk kesemua resipi nasi ini supaya korang boleh masak sendiri di rumah.
NASI TOMATO BAHAN-BAHAN:
1 kg beras Basmathi | rendam sekurang-kurang 30 minit
1 liter air
1 cawan susu cair
1 cawan tomato puri
5 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
2 kiub perasa ayam
1 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa BAHAN HIRIS:
5cm halia
2 biji bawang besara
6 ulas bawang putih BAHAN PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam periuk nasi, kemudian tambah dengan minyak sapi.
2. Masukkan bahan hirisan dan rempah penumis, kacau hingga wangi.
3. Seterusnya masukkan puri tomato, air, susu cair, kiub ayam dan garam secukup rasa.
4. Seterusnya masukkan beras dan daun pandan.
5. Tutup periuk dan masak seperti biasa.
6. Setelah masak Nasi Tomato sedia dihidangkan.
NASI MINYAK BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit.
1 liter air
1 cawan susu cair
3 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
3 sekawan | kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang ,6 biji buah pelaga
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1/2 cawan kismis
1 helai daunp pandan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumiskan bahan penumis bersama daun pandan hingga wangi, baru masukkan bahan kisar.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan tadi.
Kacau rata, masukkan air, susu, serbuk perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
Setelah kering air masukkan kismis yang telah digoreng.
Tutup semula dan biarkan lebih kurang 5 minit.
Nasi sedia dihidangkan bersama lauk pauk yang telah disediakan.
NASI HUJAN PANAS
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit
1 liter air
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan
2 kiub perasa ayam | hancurkan
3 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
Pewarna merah, kuning dan hijau
Garam dan gula secukup rasa BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga BAHAN HIRIS:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan mentega dalam periuk.
Tumiskan bahan penumis, daun pandan dan hirisan hingga wangi.
Masukkan beras yang telah direndam, kacau rata supaya sebati dengan bahan penumis.
Tambahkan ke dalamnya air, susu, kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, pindahkan dalam periuk elektrik, masak seperti biasa.
Bila air nasi sudah kering dan hampir masak, titiskan pewarna hijau, kuning dan merah. Tutup semula periuk dan biarkan 4-5 minit.
Tutup api, gemburkan nasi supaya pewarna rata dalam nasi.
Nasi sedia dihidangkan.
NASI JAGUNG: BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit
1 liter air
1 cawan susu cair
3 sudu makan minyak sapi/mentega
2 sudu makan minyak masak
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan krim jagung dalam tin
1 helai daun pandan
2 kiub pati ayam | hancurkan
Garam dan gula secukup rasa BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga BAHAN HIRIS:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi/mentega bersama minyak masak.
Tumis bahan penumis, daun pandan dan bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan krim jagung dan jagung, kacau rata dan masukkan beras.
Kacau dan masukkan air, susu cair, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, pindahkan ke dalam periuk elektrik.
Telur bungkus antara lauk mudah dan menjadi kegemaran anak-anak. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak berbuka dengan menu telur Bungkus hari ni? Ini resipi step by step mudah yang boleh dicuba.
TELUR BUNGKUS SEDAP
BAHAN INTI:
Isi ayam – dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
1/4 batang lobak merah – dipotong dadu
1/2 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit cili merah
BAHAN LAIN:
2 biji telur
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos Thai
1 sudu makan sos tiram
Secubit garam
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam dan kacau seketika.
3. Seterusnya masukkan sos cili, sos Thai, sos tiram. Kacau sebati. Tambahkan juga sedikit air dan secubit garam.
4. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Biarkan masak selama 1-2 minit.
5. Tambahkan tomato dan cili. Kacau rata. Siap.
6. Pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan pukul sebati.
7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan telur yang dipukul tadi.
8. Lenggang telur hingga nipis dan memenuhi kuali.
9. Isikan inti yang dimasak tadi. Bungkus dengan kemas.
10. Ambil pinggan dan letakkan seperti ini. Terbalikkan.
Tak salah pun raya-raya makan sambal tempoyak. Asyik makan rendang je kan. Kalau tiba-tiba rasa kurang berselera, cuba buat sambal ni. Tak percaya, cubalah buat. Bayangkan korang makan nasi panas dengan sambal tempoyak bilis petai ni. Kemudian ada pula telur goreng mata yang kuningnya cair. Itu sudah cukup untuk menaikkan selera. Seperti sambal-sambal lain, petua untuk menyedapkan sambal adalah anda perlu tumis lama sambal tu supaya betul-betul masak cilinya.
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis gred A
1 labu bawang holand
4 ulas bawang putih
15 biji cili api kampung
Minyak masak secukupnya
6 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Segenggam petai
Sedikit garam
Sedikit gula perang
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Kemudian kisar kasar. Ketepikan.
2. Kisar bawang holand, bawang putih dan cili api kampung.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis sampai garing dan asingkan. Keluarkan minyak masak dan hanya tinggalkan sebahagian untuk tumis kisaran bawang holand, bawang putih dan cili kampung tadi.
4. Selepas menumis, masukkan tempoyak, sedikit air dan petai. Biarkan garing dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula perang. Biarkan keketika.
6. Masukkan ikan bilis yang dikisar kasar tadi.
7. Gaul sebati. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang.