Enaknya sajian Pajeri Terung perkongsian saudari Umi Watie ni. Lauk yang ringkas tapi cukup padu untuk buat tambah nasi berkali-kali. Padanannya senang sahaja. Cukup sekadar nasi panas dan juga gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Pasti makan bertambah. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering. 2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk. 4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
IKLAN
6. Pajeri Terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Pernah cuba hidangan Mi Gulung? Sedap tau menu ni. Mi yang dibalut bersama telur dan dimakan bersama kuah berperisa. Ada isi ayam, daging dan aneka makanan laut. Memang berselera dan tak jemu. Jom cuba masak Mi Gulung untuk makan malam hari ni. Sesuai dijadikan menu untuk seisi keluarga. Saudari Nadia Muharam ada kongsikan resipinya.
RESEPI MI GULUNG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN (Untuk 2-3 orang makan): Mi kuning Daun bawang – cincang 2 biji telur 1/2 biji bawang besar – potong dadu Bawang goreng – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Basuh atau celur mi kuning 2. Pecahkan sebiji telur pukul sekali dengan daun bawang cincang dan juga bawang besar yng telah dipotong dadu. Jumlahnya agak-agak dengan selera. 3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali/pan, tuang bancuhan telur tadi buat macam telur dadar. 4. Susun mi secara memanjang kemudian gulungkan. 4. Dah siap, letak Mi Gulung di atas pinggan kemudian tuangkan kuah. Tabur sedikit bawang goreng. Siap!
BAHAN KUAH: Isi ayam/daging/sotong/udang 4 biji cili padi 3 biji bawang merah – beli online disini 2 ulas bawang putih – beli online disini 2 sudu makan sos tiram/sos seafood – beli online disini 1 sudu makan sos ikan – beli online disini 1 sudu teh garam (tidak letak pun tak apa kerana sos ikan sudah rasa masin) 2 cawan air 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah) – beli online disini 1/2 kiub pati daging (jika tiada, abaikan) – beli online disini Sayur secukupnya (lobak merah/kubis bunga@kubis/saderi
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga halus. 2. Panaskan kuali, letak sedikit minyak masak. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. 3. Masukkan bahan mentah seperti ayam/daging/udang/sotong. Kacau rata. 4. Bila sudah naik bau bahan tumis tu, masukkan sos tiram @ sos seafood. 5. Seterusnya masukkan air, sos ikan dan juga garam jika perlu. Rasa terlebih dahulu sebelum letak garam. 6. Masukkan hirisan sayur-sayuran dengan secukupnya. 7. Bila sayur kelihatan lembut, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebati dan padamkan api. 8. Tuang kuah pada Mi Gulung yang siap dimasak tadi. 9. Sedia untuk dinikmati.
Ni dia olahan resipi berasaskan ikan siakap dan dori, inspirasi tenaga pengajar dari SG Academy, Kuala Lumpur yang terdiri daripada Chef Faribusz bersama pasukannya Chef Nadzirah dan Chef Wan Noraini.
.
Sekali sekala tukar selera, best jugak nih. Hidangan yang sihat lagi menyelerakan, jom cuba.
1. FISH ROULADE SEABASS WITH VELOUTE SAUCE
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan hidangan ikan :
1 ekor ikan siakap | jadikan fillet, ambil isinya
40gm asparagus | dicelur
80gm kentang | direbus
20gm ceri tomato
5gm thyme
5gm serbuk lada hitam
1 biji lemon
30gm zuchini hijau | dicelur
30gm zuchini kuning | dicelur
30gm lobak merah | dicelur
5gm bawang putih | dicincang
5gm parsli
Garam secukup rasa
Sedikit minyak | untuk menumis
Bahan untuk sos veloute:
1 biji bawang Holland | dicincang halus
1 helai daun bay
50gm krim masakan
3 sudu makan mentega
40ml susu segar
100ml stok ayam | pati rebusan
Garam secukup rasa
Beberapa hirisan lemon
CARA MEMASAK : Cara masak ikan roulade : 1. Buat fillet ikan terlebih dahulu, asingkan isi daripada tulang. 2. Perapkan fillet ikan dengan garam dan lada hitam. Selepas itu gulungkan isi ikan yang sudah diperap tadi dengan pembalut plastik. 3. Gulung ikan perlahan supaya isi ikan tidak pecah. 4. Kemudian kukus ikan gulung selama 10 minit. 5. Sementara tunggu ikan, rebus kentang sehingga lembut. 6. Celur asparagus, lobak merah dan toskan. 7. Panaskan kuali, tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak dan masukkan asparagus, lobak merah ceri tomato, anggaran dua minit supaya sayur tak layu. 8. Masukkan sedikit garam dan lada hitam, tutupkan api
Cara masak sos: 1. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Kemudian masukkan bawang putih, bawang Holland dan daun bay,tumis hingga naik bau. 2. Selepas itu masukkan susu segar, krim masakan, lada hitam dan sedikit garam. Kacau hingga menjadi tekstur sos. 3. Sedia untuk dihidang bersama hirisan lemon, bersama ikan roulade.
Saiz hidangan : 1-2 orang Waktu memasak : 35 minit Cara memasak : Rebus dan tumis Jenis masakan : Sajian barat,ikan Keistimewaan : Hidang lazat dan menyihatkan Anggaran kos : Rm 20
INFO CHEF : Jika sos terlalu cair boleh dipekatkan dengan roux (ejen pemekat) iaitu mentega dengan tepung.
2. FISH PAUPIETTE WITH ESPAGNOLE SAUCE
.
BAHAN-BAHAN :
250gm ikan dory
50gm zuchini hijau
50gm zuchini kuning
300gm jejari ketam
150gm mentega
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu makan jus lemon
Bahan untuk sos espagnole :
1 helai daun salam
10gm daun parsli
8gm serbuk lada hitam
10gm bawang holland | cincang halus
1 batang saderi
10gm tepung gandum
5 sudu makan serbuk brown stock ( stok perang) | ada dijual di pasaraya
350ml air | larutkan stok perang dalam air ini
CARA MEMASAK IKAN : 1. Gaulkan dan perap ikan dengan garam, jus lemon dan serbuk lada hitam. 2. Kemudian tambahkan satu sudu besar isi ikan mengisi setiap filet, gulung dan potong. Masukkan jejari ketam di di dalam gulungan fillet. 3. Kukus dalam dua hingga tiga minit. 4. Dalam kuali berasingan panaskan mentega dan tumiskan sayuran zucchini hijau dan kuning, dan perasakan dengan garam. 5. Kemudian letakkan di atas pinggan dan hiaskan dengan zucchini tadi dan tuangkan sos espagnole di atasnya.
Cara masak sos espagnole : 1. Cara masak sos espagnole : 1. Masukkan daun bay, thyme, daun parsli dan lada hitam dalam kain kapas jarang (cheesecloth), ikat dengan sehelai tali. 2. Biarkan tali cukup panjang supaya anda boleh mengikatnya ke pemegang periuk untuk memudahkan anda mengambilnya. 3. Tambah ‘mirepoix'(campuran lobak merah, saderi dan bawang holland yang dipotong kecil), tumis beberapa minit hingga perang. 4. Masukkan tepung ke dalam mirepoix sedikit pada satu masa,sehingga ia sebati dan membentuk pes tebal (ini dipanggil roux egen pemekat). 5. Kecilkan api dan masak roux selama 5 minit atau lebih,sehingga ia menjadi warna coklat yang sangat terang.Jangan biarkan ia hangus. 4. Kacau perlahan-lahan dan tambahkan brown stok, kacau betul-betul supaya tiada ketulan. 5. Tapis bahan-bahan yang terapung menggunakan penapis.Perasakan dengan lada hitam dan sedikit garam dan siap dihidang bersama fish paupiette tadi.
Saiz hidangan : 1-2 orang Waktu memasak : 35 minit Cara memasak : Gril Jenis masakan : Sajian barat, ikan Keistimewaan : Makanan yang berkhasiat dengan ikan dan sayur-sayuran Anggaran kos : Rm 12
INFO CHEF : Ini ialah hidangan klasik Francis dengan menggunakan kaedah menggulung,hidangan ini sesuai untuk pengemar makanan laut
FOTO : AZFARINA SULAIMAN RESIPI :Faribusz Anak Kandau,Chef Nadzirah Abdul Razak &, Wan Noraini Syuhada Mohamad TERIMA KASIH : SG ACADEMY, Putra Majestik,Jalan Kasipillay, off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.www.sgacademy.edu.my
Ingin memberi peraalatan dapur baru, cuba layari di sini dari Shoppe. Canggih, berkualiti dan selamat sampai di destinasi
Hidangan tanpa sambal rasa tak lengkap. Walau sambal apa dihidang makan pula dengan nasi panas-panas memang bertambah. Siapa suka sambal kacang ikan bilis ni, ada rasa pedas pedas manis, memang leka bila dah mula makan. Makan begitu sahaja pun sedap.Buat banyak boleh simpan untuk stok makan bila-bila pun.
SAMBAL KACANG IKAN BILIS
Bahan-bahan: 500gram kacang (goreng garing) 100gram ikan bilis (goreng garing)
Blend halus Cili kering segenggam rebus lembut(buang biji) 5 biji bawang merah kecil 2 biji bawang putih
Cara memasak:
1.Tumis semua bahan blend dengan minyak yang banyak sampai naik minyak.
2.Masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. Gula kena lebihkan untuk dapat kilat dan manis pedas.
3.Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup.