Di musim perayaan ini, bila adik beradik yang dekat datang berkumpul pastinya kita akan masak dalam jumlah yang banyak. Namun ada juga yang ragu-ragu tentang cara dan teknik memasak nasi ni. Maklumlah, biasanya masak nasi dalam 1-2 pot sahaja sehari. Panduan masak nasi dalam jumlah yang banyak, gebu dan lambat basi yang dikongsi oleh Noorastella Muhamma ni boleh dicuba. Pasti puas hati.

 

TUTORIAL MASAK NASI PUTIH YG MUDAH, GEBU BERDERAI SEBIJI-BIJI,

TAHAN LAMA, SEDAP DAN WANGI.

Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

1. Isikan air dalam periuk hingga penuh. Masak atas dapur gas hingga mendidih. Ia bertujuan untuk nasi yang tahan lama dan tidak cepat basi.

Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

2. Bila air mendidih, buang air panas tersebut di dalam sinki. Boleh juga letak daun pandan semasa merebus supaya berbau wangi.

Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

3. Lap kering periuk nasi tersebut dan isikan dengan kuantiti beras yang ingin dimasak. Dalam gambar ini, jumlah untuk masak 3 kilo beras sekaligus. Pastikan periuk anda mampu menampung jumlah beras yang ingin anda masak.

IKLAN

Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

4. Basuh bersih-bersih beras yang hendak di masak. Pastikan beras dicuci berkali-kali sampai air basuhan betul-betul jernih dan semua kekotoran/kutu hilang.

Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

5. Setelah siap basuh bersih beras, teknik mengukur sukatan air yang paling tepat adalah dengan menggunakan jari tengah. Masaklah berapa banyak beras pun, 1 kg, 3 kg, 5 kg, 10 kg sekaligus. Tekniknya TETAP SAMA. Ukur menggunakan jari tengah. Tidak perlu ukur beras di bawah dasar periuk, cuma ukur ketinggian air sahaja. Sebelum ukur air, pastikan ratakan dahulu permukaan beras.

Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

6. Kaji beras yg anda gunakan.

IKLAN
  • Beras biasa (tidak keras tidak lembik), sukatan air betul-betul di tengah garisan jari tengah.
  • Beras yang perlu guna banyak air, sukatan air guna garisan atas jari tengah.
  • Beras yang jenis lembut, kurangkan penggunaan air. Gunakan garisan bawah jari tengah.

Kawan-kawan boleh rujuk gambar jari tengah yang saya ikat gunakan getah untuk memudahkan kawan faham sukatan air beras.

Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

7. Saya gunakan beras biasa. Sukatan air betul-betuldi tengah garisan jari tengah.

Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

8. Masukkan sedikit garam. Bagi jumlah beras 3 kilo, masukkan 2 sudu teh garam. Kemudian ratakan. Garam ini bertujuan agar nasi yang masak menjadi tahan lama, sedap dan kenyal.

IKLAN

Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

9. Kemudian masukkan beberapa helai daun pandan untuk aroma nasi yang wangi dan menyelerakan.

Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

10. Bila nasi sudah masak (suis periuk nasi telah naik), kais-kaiskan nasi supaya nasi masak secara rata. Wap yang terkumpul akan keluar dan nasi tidak akan lembab. Inilah petua menghasilkan nasi yang cantik dan tidak cepat basi.

Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

Selamat mencuba!

 

 

Kredit petua & foto:  Noorastella Muhamma. 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI