Untitled design (1)

Sedapnya Nasi Kerabu Golok perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam, sambal dan ayam bakar. Malah resipinya juga diolah supaya lebih sihat dan sesuai untuk orang yang sedap diet. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI NASI KERABU GOLOK

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi berherba @ nasi biru
  • 1 sudu makan sambal kelapa parut
  • 1 sudu makan sambal isi ikan
  • 2 genggam ulam
  • 1 sudu teh (sudu kfc) sambal jantan
  • 1 sudu teh (sudu kfc) budu
  • 1 keping dada ayam bakar blackpepper

CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan di atas di dalam pinggan. Gaul rata dan nikmati segera bersama ayam bakar.
2. Boleh juga tambah keropok ikan goreng untuk menaikkan lagi keenakan nasi kerabu.

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

 

CARA MENYEDIAKAN BAHAN SAMPINGAN NASI KERABU

1. SAMBAL NYIUR @ KELAPA PARUT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji kelapa parut 

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 hiris nipis halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu makan gula perang rendah GI – boleh ganti dengan gula melaka
  • 1/2 sudu makan garam bukit
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam

CARA MEMASAK:
1. Sangai kelapa parut hingga kekuningan.

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

2. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mesin blender.

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

3. Kisar semua bahan tanpa menggunakan air atau boleh juga ditumbuk.
4. Satukan bahan yang telah dikisar dalam kelapa parut tadi. Gaul sekata.

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

5. Sangai semula bahan yang digaul tadi menggunakan api perlahan untuk mengelakkan kelapa cepat rosak. Biarkan 2-3 minit sebelum ditutup apinya.

IKLAN

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

6. Sambal Kelapa siap disediakan.

 

2. SAMBAL ISI IKAN

BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 ekor ikan sardin @ selayang
  • 1 sudu makan cuka
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 hiris lengkuas
  • 1/2 sudu makan garam bukit
  • 1/2 inci nise @ manisan
  • Air secukupnya
  • 1/2 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu makan serbuk lada putih
  • Secubit garam bukit

CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan sardin / selayang. Caranya, susun ikan dalam periuk. Masukkan cuka, asam gelugur, lengkuas, garam bukit dan ‘nise’.
2. Tambahkan sedikit air. Rebus sehingga air ikan sedikit kering.
3. Kemudian, asingkan tulang dan isi ikan. Tumbuk isi ikan sedikit lumat.

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

4. Masukkan isi ikan ke dalam kuali. Tambah serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan garam. Gaul sekata.

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

5. Sangai selama 5-6 minit atau sehingga isi ikan jadi kering. Padamkan api dan ketepikan.

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

3. AYAM BAKAR BLACKPEPPER

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ketul isi ayam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam bukit

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 30 minit.

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Kemudian bakar ayam hingga masak.

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

4. NASI BERHERBA ( NASI KERABU BUNGA TELANG)

BAHAN-BAHAN:

  • 10 kuntum bunga telang
  • Beras secukupnya – ikut jumlah yang anda hendak masak
  • Air yang telah disukat ikut jumlah beras yang dimasak
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai – dititik
  • 2 hiris halia
  • 2 helai daun limau purut

CARA MEMASAK:
1. Buang tangkai bunga telang.Kemudian kisar dengan air hingga lumat.

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

2. Cuci beras hingga bersih kemudian masukkan air bunga telang tadi.
3. Masukkan juga daun kunyit, serai, halia dan daun limau purut.

IKLAN

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

4. Masak nasi seperti biasa.

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

5. SAMBAL JANTAN VERSI DIET

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

BAHAN-BAHAN:

  • 1 genggam cili padi merah
  • 1 biji lemon – ambil jusnya
  • 1/2 sudu teh garam bukit
  • 1/2 sudu teh gula perang @ brown sugar
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan sehingga sedikit lumat. Masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk digunakan.
( INFO: untuk menghasilkan rasa sambal yang sedap dan kurang pedas, seeloknya sambal dibuat lebih awal.)

 

6. BUDU ( Campur rata)

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk budu – apa-apa jenama
  • Perahan jus lemon atau limau nipis secukupnya

 

7. ULAM-ULAMAN NASI KERABU

Cara Masak Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar Untuk Orang Diet

BAHAN-BAHAN:

  • Daun kesum
  • Daun selom
  • Daun ulam raja
  • Daun kunyit
  • Bunga kantan
  • Serai
  • Timun jepun
  • Tauge

CARA-CARA:
1. Semua bahan ulam ( kecuali tauge) dihiris halus.

 

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI