Sedapnya Nasi Ayam Hainan perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Rupanya tak sukar pun nak sediakan hidangan ini secara homemade. Lihatlah hasilnya, Nampak sedap dan macam sajian yang dibeli di restoran kan? Jom cuba buat untuk keluarga. Pasti suami dan anak-anak suka.

 

CARA MASAK NASI AYAM HAINAN SEDAP SECARA HOMEMADE

Cara Masak Nasi Ayam Hainan Homemade Sedap Macam Restoran

BAHAN-BAHAN SUP & AYAM:

  • 1-2 keping ayam whole leg
  • Beberapa keping lemak ayam
  • 2 hiris nipis halia
  • Air secukupnya (sekadar tenggelam ayam)
  • 1 kiub pati ayam – beli online disini
  • Garam halus secukup rasa – beli online disini
  • Bebola ikan secukupnya
  • Ais secukupnya

BAHAN SOS (TUANG PADA AYAM):

CARA MEMASAK:

1. Panaskan beberapa ketulan lemak ayam ( ia boleh cantikkan warna kulit ayam jadi kekuningan). Setelah lemak cair, masukkan hirisan halia. Tumis seketika.

2. Kemudian, didihkan air. Barulah masukkan ayam yang telah dicucuk-cucuk isinya dengan garpu. Masukkan juga kiub pati ayam serta garam halus secukup rasa.

Cara Masak Nasi Ayam Hainan Homemade Sedap Macam Restoran

3. Angkat ayam selepas dicucuk sedikit untuk memastikan ayam sudah masak. Pastikan tidak terlalu lama dimasak. Ayam ni jika nak kukus pun boleh.

4. Tambahkan bebola ikan sebelum ditutup api. Ketepikan.

Cara Masak Nasi Ayam Hainan Homemade Sedap Macam Restoran

5. Tengok kulit ayam. Ini yang empunya resipi maksudkan lapisan kulit ayam kuning cantik masak guna lemak ayam. Sediakan ketulan ais.

Cara Masak Nasi Ayam Hainan Homemade Sedap Macam Restoran

6. Rendam seketika ayam yang telah diangkat untuk mematikan proses isi ayam terlebih masak. Isi ayam juga lebih segar. Toskan.

7. Potong 4 ayam yang telah ditos. Susun di atas pinggan.

IKLAN

8. Satukan bahan sos dan kacau sebati. Tuang ke atas ayam. Jika suka, boleh juga tambahkan minyak bijan.

Cara Masak Nasi Ayam Hainan Homemade Sedap Macam Restoran

 

BAHAN NASI AYAM:

  • 1-2 cawan beras basmathi – basuh dan tos
  • Beberapa keping lemak ayam
  • Sedikit mentega
  • Beberapa keping halia
  • Serai
  • Daun pandan – disimpul
  • Kuah sup secukupnya
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan sedikit ketulan lemak ayam. Juga sedikit mentega. Masukkan kepingan halia, serai dan daun pandan simpul.
  2. Selepas naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup dan sedikit air mengikut sukatan yang betul.
  4. Masak seperti biasa.

Cara Masak Nasi Ayam Hainan Homemade Sedap Macam Restoran

 

BAHAN SAMBAL CILI

  • 1 hiris nipis halia
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu makan cuka
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit kuah sup

CARA MEMASAK:

1. Kisar halia, cili merah dan bawang putih dengan cuka dan sedikit air. Masukkan juga sedikit garam serta gula.

IKLAN

Cara Masak Nasi Ayam Hainan Homemade Sedap Macam Restoran

2. Panaskan kisaran sambal cili dalam periuk supaya tahan lama. Masukkan sedikit kuah sup. Kacau dalam api perlahan untuk seketika.

Cara Masak Nasi Ayam Hainan Homemade Sedap Macam Restoran

 

BAHAN TAUGE STIR FRY

  • 2 genggam tauge
  • Sedikit kucai
  • 2-3 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos ikan
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang putih hingga wangi.

2. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Juga sedikit sahaja air. Kacau.

Cara Masak Nasi Ayam Hainan Homemade Sedap Macam Restoran

3. Terus masukkan taugeh dan sedikit daun kucai. Balik-balikkan.

IKLAN

4. Tak perlu masak lama. Cukup hanya seminit sahaja bagi mengekalkan kerangupan dan kesedapan taugeh.

5. Untuk menikmatinya, hidangkan bersama nasi, ayam Hainan dan juga sup.

Cara Masak Nasi Ayam Hainan Homemade Sedap Macam Restoran

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

Cara Masak Nasi Ayam Hainan Homemade Sedap Macam Restoran

 

Nak mudah? Masak je Nasi Ayam Hainan ni guna RICE COOKER. Sekejap je dah masak.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Lempeng Legend. Bahan Simple Je Tapi Sedap.

Resipi Siakap Kengsom Thai Paling Sedap & Mudah Masak.

Resipi Bingka Kelapa. Kuih Tradisional Sedap Yang Makin Susah Nak Jumpa.

Ini Cara Yang Betul Buat Gulai Ayam Paling Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI