Cara Masak Nasi Ayam Citarasa Keluarga Paling Sedap & Mudah Untuk Berbuka

Cara Masak Nasi Ayam Citarasa Keluarga Paling Sedap & Mudah Untuk Berbuka

Bila berbuka puasa, ibu-ibu tentunya suka menyediakan sajian yang digemari ramai tidak kira dewasa mahupun anak-anak. Selain memenuhi selera ramai, masa memasak juga boleh dijimatkan. Tidak perlulah memasak pelbagai jenis lauk pauk.

Salah satu menu terbaik yang boleh anda masak untuk berbuka hari ini ialah Nasi Ayam. Ada resipi dari MAGGI® ni, memasak jadi cukup mudah, sedap dan tentunya lebih jimat. Cubalah. Anda sekeluarga pasti sukakannya.

 

 

CARA MASAK NASI AYAM HAINAN CITA RASA KELUARGA

Cara Masak Nasi Ayam Citarasa Keluarga Paling Sedap & Mudah Untuk Berbuka

 

Waktu memasak: 101 mint

Saiz hidangan: 6 orang

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 sudu kecil minyak masak
  • 300gm dada ayam
  • 300gm peha ayam
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 2 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 helai daun pandan
  • 500gm beras
  • 2 Kiub Pati Ayam MAGGI®
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 700ml air
  • 30gm mentega
  • 200gm timun
  • 300gm daun salad
  • 100gm tomato

CARA MEMASAK:

1. Perapkan ayam bersama kicap pekat, Sos Tiram MAGGI, bawang putih and halia yang ditumbuk lumat selama 1 jam atau semalaman.

2. Apabila ayam sedia dimasak, panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan daun pandan hingga wangi.

3. Masukkan beras dan goreng seketika.

IKLAN

4. Pindahkan nasi ke dalam periuk nasi elektrik, tambahkan Kiub MAGGI Ayam dan masukkan air.

5. Masak nasi sehingga masak. Selepas wap nasi keluar,masukkan minyak bijan.

6. Panaskan periuk leper atau pemanggang. Masakkan ayam sehingga masak. Hidangkan bersama nasi dan sayuran.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
- Advertisement -spot_img

Mesti Baca!

- Advertisement -spot_img