Sedapnya dapat makan kuey teow theng panas-panas ni. Tambah pula, bila lengkap dengan lauk sampingan yang banyak.

Resipi kuey teow theng yang dikongsikan Azlia Shakiela ini, sesuai untuk hidangan 4 hingga 6 orang makan. Resipinya pun simple je.

 

KUEY TEOW THENG

Cara Masak Kuey Teow Theng Yang Mudah & Sedap, Padu Sangat!

BAHAN SUP:

1 biji sengkuang (saiz paling kecil, ini untuk maniskan sup)
1 inci halia | diketuk – beli online di sini
2 batang serai | diketuk – beli online di sini
2 sudu besar lada putih
Ayam (ikut anda nak banyak mana, lepas rebus, nanti carik-carikkan)
2 kiub pati ayam – beli online di sini
3-5 ketul besar gula batu (untuk jernihkan & maniskan sup)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

TONTON Wantan Goreng Mudah & Ringkas | Dapur Rasa Live

TONTON Danish Cinnamon Cheese | Dapur Rasa Live

Cara Masak Kuey Teow Theng Yang Mudah & Sedap, Padu Sangat!

CARA MASAK:

Semua bahan di atas rebus sekali bersama kuantiti air yang anda inginkan.

TIP:

IKLAN

*Untuk sup, rasa manis lebih dominan berbanding masin. Jadi, anda boleh adjust sendiri ya.
*Tak perlu tambah ajinamoto sebab nanti boleh hilangkan manis sup tu.
*Tak perlu letak sup bunjut atau daun sup sebab kuey teow theng lebih kepada sup chinese style. Takut nanti ada rasa rempah-rempah. Bahan-bahan kuey teow theng bertujuan panaskan badan, buang angin.
*Kalau gula batu kecil, boleh letak sepeket sebab manisnya kurang sikit berbanding gula putih.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA BUAT PES CILI MERAH:

Kisar cili kering. Kemudian, masak cili kering atas api sampai masak. Masukkan 1 kiub ikan bilis. Letak gula dan garam ikut rasa.

TIP: Rasa manis lebih dominan.

Cara Masak Kuey Teow Theng Yang Mudah & Sedap, Padu Sangat!

CARA PES CILI HITAM:

Kisar 30-40 cili padi dan 2 ulas bawang putih. Masak bahan kisar atas api. Letak gula ikut rasa. Garam saya tak letak dah sebab saya nak rasa pedas manis tu lebih dominan.

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

TIP: Kalau rasa malas nak buat cili hitam, boleh ja potong cili hitam halus-halus tuang kicap. Cili merah kena ada.

Cara Masak Kuey Teow Theng Yang Mudah & Sedap, Padu Sangat!

CARA BUAT BAWANG PUTIH GORENG RANGUP:

1. Tumbuk bawang putih sejumlah yang anda nak makan. Tak perlu terlalu halus. Kalau ada chopper, lagi cantik kisarannya.
2. Goreng bawang putih dalam minyak yang banyak. Goreng sehingga kuning keemasan, kemudian angkat.
3. Ambil sedikit bawang putih goreng bersama sedikit minyak untuk ditabur atas sup. Nanti sup anda akan harum semerbak.

Cara Masak Kuey Teow Theng Yang Mudah & Sedap, Padu Sangat!

TIP: Harus sentiasa kacau ya supaya bawang goreng tak hangit. Kalau hangit, rasa pahit dan tak sedap.

IKLAN

BAHAN SAMPINGAN:

Tauge
Fish ball
Fish cake
Isi ketam

Cara Masak Kuey Teow Theng Yang Mudah & Sedap, Padu Sangat!

CARA HIDANG:

1. Semua bahan sampingan ni saya celur ja dalam air yang telah mendidih atas api. Anda boleh juga goreng ikut citarasa masing-masing.
2. Letak daun bawang dan tomato sebagai hiasan. Selamat menjamu selera semua.

Kredit resipi: Azlia Shakiela

Cara Masak Kuey Teow Theng Yang Mudah & Sedap, Padu Sangat!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Penuh Dengan Aroma Rempah Ratus, Ini Cara Masak Kerutuk Daging

Resipi Mudah & Cepat Buat Cakoi Lembut Bersama Sos Karamel

Resipi Dari Tiktok Mudah & Menjadi, Dark Choc Cookies Memang Sedap!

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI