Tidak sukar untuk menyediakan sajian Honey Chicken Wings ala restoran ni jika tahu resipinya. Sangat mudah malas kos nya juga tidak mahal. Menurut empunya resipi, saudari Aliah Yahaya Alia, rempah perapan ayam ini tidak disukat, boleh dihasilkan mengikut cita rasa sendiri. Menurutnya lagi ayam jika perap lebih lama, rasanya juga jadi lebih sedap. Wow…Bolehlah cuba buat untuk suami dan anak-anak. Pasti puas hati.

RESIPI HONEY CHICKEN WINGS

Cara Masak Honey Chicken Wings Sedap Guna Rempah Homemade

BAHAN-BAHAN:

Kepak ayam secukupnya
Bawang putih & halia – tumbuk guna lesung
Gula perang @ brown sugar secukupnya (beli online disini)
Sos tiram (beli online disini)
Sedikit kicap manis (beli online disini)
Serbuk cili – tambah untuk menaikkan warna dan pedas (beli online disini)
Madu (beli online disini)
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2. Dalam satu bekas, satukan bahan-bahan lain. Sebatikan. Jumlahnya bergantung kepada cita rasa masing-masing dan banyak mana kepak ayam yang digunakan.
3. Perap kepak ayam tadi. Lagi lama diperap, lagi sedap rasanya.
4. Bakar kepak ayam menggunakan air fryer pada suhu 170C selama 15 minit.
5. Kemudian ubah suhu ke 180C dan bakar lagi selama 5-6 minit atau hingga ayam masak.
6. Masa mungkin berbeza mengikut saiz dan jenis air fryer masing-masing.
7. Angkat dan Honey Chicken Wings sedia untuk dinikmati.

IKLAN

Cara Masak Honey Chicken Wings Sedap Guna Rempah Homemade

Kredit resipi & foto: Aliah Yahaya Alia

Suka shopping online? Dapatkan baucar FREE SHIPPING dengan belian minima RM10 DISINI!

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Daging Masak Black Pepper Confirm Sedap

Uli Guna Tangan. Begini Cara Buat Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu

IKLAN

Resipi Bahulu Viral 3 Bahan Bakar Guna Sandwich Maker. Sedap & Confirm Jadi

Resipi Bubur Merah Putih. Manisan Tradisi Paling Mudah & Sedap

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI