Garlic Nan homemade atau Roti Nan Bawang Putih ni memang sangat sedap kalau makan panas-panas. Jika kena yang betul-betul padu, makan tanpa kuah pun dah cukup membuka selera. Untuk menikmatinya, kebanyakkan kedai-kedai makan mamak ada menjual menu ni. Tapi, di musim PKP ni agak susah nak beli. Jom cuba resipi perkongsian saudari Amie Samuri ni. Sekali cuba pasti puas hati.
RESIPI GARLIC NAN / ROTI NAN BAWANG PUTIH HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN DOH:
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan yis
1 sudu makan susu pekat manis – boleh abaikan
1 sudu makan gula
1 1/4 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu teh RFB atau sebarang pelembut roti (bread improver) – RFB adalah agen untuk menggantikan bread improver yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.
4 sudu makan minyak zaitun / minyak masak
BAHAN SAPUAN:
Mentega
Bawang putih cincang
Daun ketumbar atau parsley cincang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan doh dan uli sehingga agak licin.
IKLAN
2. Perap doh hingga naik 2 kali ganda. Tumbuk buang angina dan canai nipis.
3. Rehatkan doh selama 5 minit.
4. Satukan mentega dan bawang putih. Gaul sebati dan sapukan pada doh tadi. Tabur daun ketumbar atau parsli dengan secukupnya.
IKLAN
5. Masak doh menggunakan kuali non-stick dan tutup penutup periuk.
6. Bila dah keperangan, terbalikkan dan masak sebelah lagi hingga keperangan.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
IKLAN
INFO: Jika tiada pelembut roti (bread improver), boleh gantikan dengan 1 sudu teh baking powder atau double action powder untuk dapatkan tekstur roti yang lembut walaupun sejuk.
Chef Liza Zainol memang wanita luar biasa. Bakatnya bukan sahaja diwarisi oleh anaknya Chef Azrin Zuliani atau lebih dikenai sebagai Chef Erin tetapi kesemua lima anaknya mahir memasak. Paling mengkagumkan putera tunggal beliau seorang anak OKU, Mohamad Azrol Afifi juga boleh memasak makanan mudah.
Bekas guru bahasa Inggeris ini juga telah berjaya mengeluarkan produk makanan sendiri sambal Azza yang juga bakal disusuli dengan beberapa produk perencah dan rempah ratus yang lain. Harapannya adalah semoga anak-anak dapat meneruskan legasinya dalam bidang masakan dan menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang ini.
Bagi sajian Raya ni Chef Liza Zainol dan anaknya Chef Erin sudi berkongsi lauk Nasi Daging Air Asam Morocco.
Nasi Daging Air Asam Ala Moroccan
Bahan-Bahan :
4 cawan beras basmati
5 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
A: Bahan untuk direbus bersama daging :
1 kg daging /dipotong kiub (10 ketul)
1 sudu makan rempah kurma
4 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 ulas bawang merah /dikisar
3 ulas bawang putih /dikisar
3 sm halia – dikisar
1 sudu teh lada hitam/ditumbuk lumat
6 cawan air
B: Bahan untuk ditumis
2 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar/ dihiris nipis
4cm halia
2 helai daun pandan pandan
1 sudu makan rempah Biryani
1 sudu makan rempah kari daging
Bahan air asam: 3 biji tomato merah 2 biji bawang besar/ hiris nipis 2 biji air asam limau/limau nipis 2 sudu makan sambal belacan
Cara Memasak: 1. Rebus daging bersama bahan A sehingga lembut, ketepikan 2. Tumis bahan B sehingga naik bau kemudian masukkan rempah biryani dan rempah kari daging. 3. Kemudian masukkan beras basmati, kacau dan tuang air rebusan daging dan susu cair, masukkan garam, biarkan mendidih.. 4. Setelah beras tadi hampir kering, masukkan daging ke dalam nasi, dan masak lagi 15 minit. Sedia untuk dihidang dalam bekas tajin. (periuk tradisi Morocco) 5. Cara memasak air asam : Campurkan semua bahan di atas, garam dan gula secukup rasa. 6. Hidangkan bersama nasi daging.
TIP CHEF LIZA: Agar beras basmathi lembut dan gebu, rendamkan beras selama setengah jam bersama garam dan cuka.
Roti John adalah antara street food popular di kalangan rakyat Malaysia. Bila bulan puasa, ia ibarat menu wajib ada di waktu berbuka. Jika anda penggemar Roti John, cubalah buat sendiri. Pasti puas hati. Resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni nampak mudah. Jom cuba!
RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
2-3 biji telur
Planta secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.
2. Sapukan plantan pada roti. Ketepikan.
3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.
4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.
5. Bila dah masak, angkat.
6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.
7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
Muffin gebu dan lembut kaya dengan rasa buah beri memang menambat selera. Dalam resipi ni menggunakan bluberi dan strawberi. Sebenarnya boleh aje kalau nak letak buah beri yang lain seperti raspberi.
Rasa buah beri yang lazat, menjadikan muffin ini tidak muak dimakan. Jom semak resipi yang dikongsikan Keroroyz Royz ini.
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven suhu 200c. Griskan dulang pembakar pan dengan mentegar atau lapiskan dengan cawarn kertas.
2. Di dalam mangkuk yang sesuai, kacau sebati tepung, baking powder & gula perang, masukkan choklat chips
3. Di dalam bekas lain satukan telur, susu dan minyak, lalu masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
4. Gunakan spatula kayu dan kacau sekadar sebati sahaja. Kemudian masukkn buah-buahan berries & kacau sedikit sahaja. Jgn over mix bancuhan utk mengelakkn muffin menjadi keras.
5. Guna scoop ice cream atau sudu dan masukkan 3/4 bancuhan ke dalam cawan kertas.
6. Hiaskan ikut selera.
7. Bakar selama 20min atau ikut kesesuaian oven masing-masing. (Oven empunya resipi 30min). Biarkan muffin 5min sebelum dipindahkan ke rak dawai untukdi sejukkan
5. Taburkn dengan gula icing sebelum dihidangkan.
Tip dari pemilik resipi :Keroroyz Royz
1. Saya guna tepung naik sendiri dan tambah 1 sudu kecil baking powder
2. Guna coklat putih yang dicincang pun boleh Boleh juga gunakan buah blackberi dan raspberi.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...