Dalam mood raya ni, kalau korang nak makan menu yang berkuah, soto antara menu yang sesuai anda sediakan. Isian mi nya anda boleh pelbagaikan ikut cita rasa mahu bihun, kuetiau atau pun mi. Rahsia soto yang sedap terletak pada kuah sup dan sambal kicapnya. Macam mana nak buat, ikut je resipi yang dikongsikan di bawah ini.

BIHUN SOTO & SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
I ekor ayam | potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat
Garam
Serbuk perasa
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai – ketuk
BAHAN SAMBAL KICAP:
1 genggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Gula
BAHAN-BAHAN LAIN:
Taugeh | goreng tanpa minyak
Daun sup | hiris
Daun bawang | hiris
Bawang goreng
Soon goreng | jangan cuci, terus goreng
Begedil
Mee hoon | celur
Nasi Impit | potong kecil

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
IKLAN
  1. Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
  3. Masukkan ayam dan bila masak, keluarkan ayam dan goreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
  4. Masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
  5. Tutup api dan ketepikan
  6. Sediakan pula sambal kicap: Blend semua bahan sambal kicap, kemudian tambah sedikit air dan masak sekejap. Tambah kicap dan gula jika perlu.
  7. Untuk menghidangkan, masukkan bihun dan nasi impit dalam mangkuk, tuangkan kuah sup dan hias atasnya dengan bahan lain seperti tauge, hirisan daun bawang dan sup, bawang goreng, suhun goreng, bergedel dan sambal kicap
  8. Bihun soto sedia dihidangkan. Jika suka boleh tukar bihum kepada mi.

Kredit: Azie Kitchen

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI