Terasa nak makan lauk Ayam Paprik Thailand yang sedap dan mudah masak? Resipi perkongsian saudari Maslinda Kamaruddin memang kena cuba. Sangat senang dan bahan-bahan pun yang mudah didapati. Jom cuba! Pasti berselera makan nasi hari ni.

RESIPI AYAM PAPRIK WARUNG THAILAND

Cara Masak Ayam Paprik Sedap Macam Dekat Warung Thailand

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping dada ayam -dihiris nipis
  • 4 biji cili padi -dihiris
  • 2 sudu makan cili kering kisar (beli online disini)
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 bawang besar -dihiris memanjang (beli online disini)
  • 2 ulas bawang putih -dihiris (beli online disini)
  • 1 biji cili merah -dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili (beli online disini)
  • 2 sudu makan sos tomato (beli online disini)
  • 1 sudu makan sos tiram (beli online disini)
  • 1/2 inci halia -dihiris halus
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit kicap manis (beli online disini)

BAHAN-BAHAN SAYUR

  • 2 biji putik jagung -dihiris
  • 2 tangkai kacang panjang -dihiris pendek
  • Sedikit bunga kobis -dipotong kecil
  • 1/2 batang lobak merah – dihiris memanjang
  • Sebatang serai yang diketuk

Cara Masak Ayam Paprik Sedap Macam Dekat Warung Thailand

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan ayam hingga warnanya bertukar menjadi keputihan. Angkat dan toskan.

Cara Masak Ayam Paprik Sedap Macam Dekat Warung Thailand
2. Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga harum. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

IKLAN

Cara Masak Ayam Paprik Sedap Macam Dekat Warung Thailand
3. Masukkan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram dan sos tomato, kemudian kacau rata.

Cara Masak Ayam Paprik Sedap Macam Dekat Warung Thailand
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata. Masukkan juga cili padi, cili merah, serai, air dan daun limau purut. Gaul sebati.
5. Masukkan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata.
6. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang dihiris tadi ke dalam kuali serta bawang besar. Masak sehingga sayur agak empuk.

Cara Masak Ayam Paprik Sedap Macam Dekat Warung Thailand
7. Akhir sekali, bila dah masak. Angkat dan hidangkan bersama-sama nasi panas.

Cara Masak Ayam Paprik Sedap Macam Dekat Warung Thailand

Info: Boleh tukar atau tambah dengan sotong, udang, lala, daging dan sebagainya.

IKLAN

Kredit resipi & foto: Maslinda Kamaruddin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Chicken Chop & Sos Lada Hitam Homemade. Sedap & Tak Berminyak

IKLAN

Masak Kuah Mi Rebus Utara Yang Sedap & Padu. Begini Caranya

Cara Masak Kuah Bakso Sedap Tanpa Guna Banyak Bahan

“Daging Kena Rebus Dulu Baru Sedap”. Ini Cara Masak Daging Merah Sebijik Macam Kedai Siam

Resipi Kuih Asam Gumpal. Menu Minum Petang Mudah Buat Masa PKP

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI