Selalunya kalau masak telur mesti kita akan buang sahaja kulitnya tapi mesti tidak sangka yang kulit telur ada fungsinya. Lepas ni jangan buang! Ia boleh dijadikan  racun untuk menghalau serangga atau binatang kecil seperti tikus, lipas dan semut merayap mencari makanan di dalam dapur anda. Namun racun ni selamat dan tidak berbahaya. Jadi sesuai sangat guna di kawasan dapur.

Cara Halau Lipas, Tikus & Semut Hanya Guna Kulit Telur.

Petua mudah ini dikongsi oleh saudari Abel Lione Karia melalui akaun facebook.

Syukur Alhamdulilah… hari ini saya nak berkongsi petua untuk halau segala benda merayap sekitar rumah hanya menggunakn kulit telur.. kita banyak gunakan telur kan?? tapi terus buang kulitnya. ok sekarang jangan buang sebab ia sangat berguna untuk djadikan ubat halau benda yang menjadi perosak contohnya lipas, semut, lipan, anai-anai, tikus dan ular serta yangg sewaktu denganya. Saya sudah cuba buat Alhamdulilah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur sudah tak ada. Saya letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur.

 

CARA MUDAH MEMBUAT ‘RACUN SELAMAT’ UNTUK HALAU SERANGGA PEROSAK

 

1. Cuci bersih kulit telur yang sudah tidak digunakan. Selepas itu jemur sampai kering.

Cara Halau Lipas, Tikus & Semut Hanya Guna Kulit Telur.

IKLAN

 

2. Kemudian kulit telur ditumbuk halus.

Cara Halau Lipas, Tikus & Semut Hanya Guna Kulit Telur.

 

3. Simpan dalam botol untuk djadikan stok racun kepada perosak disekitar rumah nanti.

IKLAN

Cara Halau Lipas, Tikus & Semut Hanya Guna Kulit Telur.

 

INFO: Hanya taburkan serbuk telur dikawasan yang menjadi laluan serangga atau binatang kecil.

 

IKLAN

KREDIT PETUA & FOTO: Abel Lione Karia

 

ANDA MUNGKIN SUKA PETUA INI:

Masak Sedap Macam Mana Pun Kalau Dapur Berkerak Tak Guna Juga. Guna Ubat Gigi Sental Dapur Jadi Baru Berkilat

Rimas Dapur Penuh Semut & Lalat. Sembur Dengan Spray Serbaguna Campuran Cuka Yang Selamat Untuk Keluarga Anda

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI