Kain pengelap atau kain lap memang sangat penting dan perlu ada di dapur. Ia sangat berguna dalam membersihkan sisa kotoran, sisa minyak masak dan sebagainya. Bila dah diguna untuk mencuci kotoran, kesan yang melekat itu tentunya agak susah dibersihkan.
Ada kalanya, walau dibasuh dengan sabun yang banyak, kain pengelap tetap kelihatan kurang bersih dan berbau. Khas untuk anda, RASA kongsikan satu petua mudah yang mampu menjadikan kain pengelap anda kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci. Jom cuba.
CARA CUCI KAIN LAP DAPUR SUPAYA LEBIH BERSIH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 cawan soda bikarbonat
- 1 cawan cuka
- 1 mangkuk air panas
- Kain pengelap
CARA-CARA:
1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
2. Kemudian masukkan cuka. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan kain pengelap. Pastikan kain tersebut terendam sepenuhnya. Tambah air panas jika perlu. Biarkan kain terendam semalaman.
4. Bilas kain dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hasilnya kain pengelap anda lebih bersih dan tidak busuk.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah & Berkesan Untuk Tampal Periuk Bocor Tanpa Perlu Beli Baru.
Periuk yang selalu digunakan untuk memasak, lama kelamaan akan bocor dan berlubang. Ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi membaiki periuk bocor ini dan salah satunya ialah dengan menggunakan kulit pisang.
Cara-caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu panaskan periuk yang bocor tu kemudian kecilkan apinya. Kemudian ambil kulit pisang yang di sebelah dalam, tenyeh @ tonyoh berulang kali ditempat yang bocor. Biarkan seketika diatas api.
Hasilnya, periuk yang bocor sudah boleh digunakan seperti biasa. Ia mungkin disebabkan oleh getah yang ada pada kulit pisang membuatkan lubang tersebut tertutup dan melekat. Dengan cara ini, walau periuk dibasuh berkali-kali, periuk tetap tidak bocor.
Kredit petua & gambar: Puan Normah Bahari
Ambil Tahu Peralatan Dapur Yang Bertoksin, Tukarlah Alternatif Selamat.
Kalau anda ingin membeli peralatan dapur, pastikan ia tidak diperbuat daripada bahan-bahan yang akan Min nyatakan ini. Makanan paling sihat sekalipun kalau dimasak atau disimpan dalam bekas yang bahan buatannya bertoksin, boleh menjadi ‘racun’ yang menjejaskan kesihatan kita.
Jom semak dan teliti, senarai bahan ini…
1.PERALATAN ALUMINIUM
Kuali dan periuk ada yang diperbuat daripada aluminium. Malah aluminium adalah material yang mampu beli murah dan pelbagai kegunaannya. Walaubagaimanapun, makanan berasid seperti sos tomato dan garam boleh menyebabkan aluminium terserap masuk ke dalam makanan.
Kertas aluminium atau aluminium foil sebaiknya diguna hanya untuk membungkus makanan sahaja. Kerana suhu yang tinggi boleh menyebabkan proses ‘leeching’ pengeluaran logam yang menjadikan makanan tidak ‘selamat’ dimakan .
2.PERALATAN KUPRUM @ ‘copper’
Kuprum terkenal mampu mengekalkan suhu dan menahan haba, malah periuk dan kuali kuprum adalah kegemaran kebanyakkan chef kan. Kuprum atau ‘copper’ sebenarnya dibuat daripada bahan logam lembut dan biasanya campuran bahan buatannya sering digandingkan dengan nikel. Kedua logam ini boleh membebaskan toksin logam bila dipanaskan dan boleh meresap dalam makanan.
Apabila anda memerah lemon contohnya, lagi lah terhakis logammya dan makanan pun menyerap logammnya dan boleh menjejaskan kesihatan . Kuprum yang berlebihan masuk ke tubuh sering dikaitkan dengan masalah kanser, tisu penghubung, dan pengeluraran estrogen yang tinggi.
3. PERALATAN DARI PLASTIK
Jika dibiarkan pada suhu yang tinggi, peralatan plastik akan cair dan mengeluarkan bahan dan gas kimia yang bahaya ke dalam makanan.Peralatan kayu dan besi adalah lebih selamat digunakan.
4. PERALATAN DARI TEFLON/TIDAK MELEKAT (NON STICK)
Kuali teflon memang kerap digunakan untuk menumis, menggoreng dan sebagainya kerana Teflon memudahkan aktiviti memasak tanpa minyak lebih mudah. Bahan tidak lekat menyebabkan semua makanan seperti meluncur di atas permukaannya. Bahan saduran ‘tidak melekat’ ni dibuat dari ‘fluoropolymers’ , ia boleh mengeluarkan ‘perfluorooctanoic’ asid (PFOA) bila dipanaskan. Dan PFOA ni boleh terkumpul dalam badan dan tubuh kita tidak boleh metabolisasikannya.
Kalau nak tahu Teflon boleh mencapai suhu konduktif dan membebaskan asap atau gas beracun selepas 2 hingga 5 minit di atas api
5. PERALATAN DARIPADA KELULI TAHAN KARAT DAH CALAR.
Ada apa dengan keluli tahan karat nih (stainless steel) ? Jika ia masih elok dan tiada kesan calar. Ia selamat digunakan. Tapi awas, jangan sampai ada kesan calar, terutamanya jenis yang tidak berkualiti atau rendah kualitinya .
Besi tahan karat memang pelbagai guna dan tahan lasak, namun tidak semuanya tahan calar. Apabila sudah tercalar, ia boleh membebaskan mineral seperti besi, kromium, dan nikel ke dalam makanan. Ia boleh menjejaskan kesihatan bila terkumpul dalam tubuh.
NI DIA ALTERNATIF PERALATAN SELAMAT:
1. BESI ALOI (CAST IRON)
Jadi elakkan dari menggunakan kuali, periuk, senduk atau bekas makanan daripada bahan-bahan tadi ya. Peralatan yang dibuat daripada ‘cast iron’ iaitu besi tuang (dicetak atau dikenali dengan besi aloi) lebih selamat. Begitu juga keluli tahan karat yang tidak tercalar.
2. GELAS TEBAL
Begitu juga dengan peralatan memasak daripada gelas tebal tahan haba contohnya seperti bekas daripada pyrex.
3. STONEWARE
Ia adalah bahan seakan seramik, dibuat dari tanah liat yang dibakar dengan api dan haba tinggi dan telah digunakan zaman berzaman oleh manusia. Walau pun ia dibuat daripada tanah liat alami adalah lebih bijak memilik peralatan masak stoneware yang bermutu tinggi dan berkualiti. Terdapat jenama murahan yang mungkin mengandungi kesan raksa atau bahan merbahaya yang boleh membebaskan toksin ke dalam makanan.
Lain-lain peralatan masak yang boleh dijadikan alternatif selamat adalah yang dibuat daripada tanah liat seperti periuk tanah dan seramik.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR TERBAIK, LAYARILAH DI SINI.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA PETUA PETUA DI LINK INI :
Selain Menyejukkan Badan, Ini 5 Manfaat Air Kelapa Muda Dalam Masakan.
Bunga Cengkih Lambatkan Nasi Basi
Masalah nasi basi ni memang tak berkesudahan. Sama ada nasi atau periuk yang bermasalah, nasi yang anda masak adakalanya cepat basi. Pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini bukan? Pelbagai petua dicuba namun kesannya tidak seperti yang diharapkan.
Penat bertukar jenis beras, apa kata anda cuba pula petua ini. Ketika hendak memasak nasi, ambil beberapa kuntum bunga cengkih bersama secubit garam. Basuh dan rendam beras seketika bersama-sama cengkih kemudian barulah dibilas dan ditanak seperti biasa hingga masak. Hasilnya nasi akan menjadi lebih harum dan lambat basi.