Aiskrim Malaysia semestinya menjadi kegemaran ramai tidak mengira usia. Ia dihasilkan dengan pelbagai perisa dan menjadi penghilang dahaga dikala cuaca panas. Jika dulu, aiskrim ini dihasilkan menggunakan perisa asam boi, bubur jagung, bubur kacang, milo, sirap dan oren. Namun kini, pelbagai inovasi perisa baharu menjadikan aiskrim homemade ini semakin menjadi kegilaan ramai. Nak try? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Aien Yuss ini.
Assalammualaikum. Saya penjual aiskrim malaysia baru 3 tahun. Saya hanya sekadar nak berkongsi resepi dan cara-cara nak buat untuk peniaga aiskrim seperti saya.
Step1: Saya tiru bulat-bulat resepi dibelakang pack dadih. Cuma tambah 3 sudu makan gula sahaja.
Step2: Bila dadih dah siap masak, asingkan dalam mangkuk untuk letak pewarna dan untuk proses separa beku. Anggaran masak lebih kurang setengah jam.
Step3: Bila adunan dadih sudah separa beku, cedok sedikit adunan dadih dan masukkan ke dalam corong. Ia bagi memudahkan adunan dimasukkan ke dalam plastik aiskrim.
Step4: Masukkan adunan ke dalam plastik aiskrim. Ulang langkah hingga selesai.
Step 5: Ikat plastik aiskrim dan bekukan di dalam peti sejuk.
TIPS: Warna dadih tidak perlu terlalu gelap bagi mengelakkan ia kelihatan lebam apabila telah beku.
Kredit resipi & gambar: Aien Yuss
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna Santan Pekat, Padanlah Kek Chiffon Pandan Ni Cantik, Gebu & Berlemak.
Cantik dan sedap resipi kek olahan Fuza ni menarik perhatian semua penggemar kek chiffon dan pandan. Menariknya kek ini menggunakan santan yang menjadikan rasanya bertambah lemak dan padat seperti sedang menikmati kuih dan kek dalam masa yang sama. Jika kamu teringin untuk merasainya, inilah masanya untuk cuba dan tunjukkan skill memasak kek.
KEK CHIFFON PANDAN GEBU
Bahan A
- 7 biji telur kuning
- 120g santan pekat (Fuza guna santan perah kalau nak guna kotak pun boleh)
- 80g minyak (Fuza guna minyak jagung)
- 140g tepung MFM self-rising diayak (tepung khas untuk kek)
- Daun pandan (Fuza pakai 5-6 helai untuk daun besar/ 7-8 helai kalau daun kecil)
Bahan B
- 7 biji putih telur
- 120g gula castor (Fuza guna *ORCS blend dulu baru timbang)
- 1/2 tsp cream of tar tar
- 1/4 tsp garam
CARA MEMASAK:
Panas oven dalam 180c bergantung pada oven masing2. Fuza punya oven sederhana, tak besar tak kecil. Jadi, mana yang oven kecil suhu dalam 160-170c bergantung pada oven masing2. Kena faham ragam oven dulu ye.
- Blend santan dengan daun pandan dan perah untuk dapatkan pati santan dan pandan. Timbang biar cukup 120g. Kalau tak cukup tambahkan lagi santan bagi cukup 120g juga.
- Pukul telur kuning bagi kembang dalam seminit je lebih kurang (Fuza pukul guna garfu).
- Masukkan pati santan pandan, minyak dan tepung kek tu. Dan whisk sebati.
- Mangkuk lain, *pukul putih telur, masukkan garam dan cream of tar tar. Dan masukkan gula sikit-sikit sampai habis. Pukul sampai kembang, sampai dapat stiff peak.
- Mula2, ambil 1/3 telur putih yang sudah jadi meringue kacau lembut2 sahaja. Kemudian yang lebih, ambil sedikit2 guna teknik kaup balik ulang sehingga habis.
- Alaskan loyang 8×8 dengan baking sheet dan tuang adunan kemudian hentak sikit bagi pecah air bubble dalam adunan tu. Fuza guna dua loyang 6 inci, kiranya satu adunan tapi bahagi kepada dua loyang 6 inci.
- Bakar selama 50-60 minit ikut pada suhu oven masing2. Teknik bakar ni, menggunakan tekinik water bath. Maknanya, loyang kek tadi dimasukkan dalam lagi satu loyang yang diisikan air pans mendidih ye. Wajib, guna air pans mendidih ye.
- Bila kek dah sejuk, bahagikan kepada 3 bahagian sama rata.
PUDING PANDAN
Bahan A
- 680g jus pandan (blend daun pandan dengan 680g air. Saya guna pandan dalam 10 helai. Dah blend tapis, perah buang hampas. Timbang balik untuk dapatkan 680g. Kalau tak cukup tambahkan lagi air bagi cukup.
- 1 tsp white agar-agar powder
- 80g gula
- 50g unsalted butter
- 1/4 tsp salt
*Fuza pakai salted butter (Anchor). Mana yang pakai salted butter tak payah masukkan garam lagi ye.
Bahan B
- 240g santan (Fuza pakai santan perah, nak pakai santan kotak pun boleh)
- 70g gree hun kwee flour
- 2 tsp instant jelly
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua Bahan A dalam periuk dan panaskan atas api dapur sampai aga-agar larut. Pastikan larut, kalau tak nanti puding tak mengeras.
- Sambil tunggu agar-agar larut, dalam 1 mangkuk campurkan Bahan B.
- Bila Bahan A dah ready, masukkan bahan B dalam periuk dan kacau guna whisk or spatula. Ni ambil masa kejap je sebab adunan puding akan memekat cepat.
- Bila puding dah mula memekat, warna pun tak berubah boleh tutup api. Proses menyalut kek, perlu pantas untuk mengelakkan puding sejuk. Bila sejuk, puding akan mengeras dengan cepat.
Tip nak bagi chiffon cake gebu:
- Semua bahan kita guna mesti pada suhu bilik. Tak nak sejuk. Tak nak panas.
- Bila kek masak terus keluarkan dari oven dan keluarkan dari loyang. Biarkan kek menyejuk atas rack. Jangan biar kek menyejuk dalam loyang. Confirm kek jadi kecut.
- Oven jangn terlalu panas, untuk mengelakkan kek retak di atas.
Tip untuk dapatkan meringue telur putih yang cantik bertanduk:
- Pastikan telur segar.
- Pastikan, tak ada sikit pun telur kuning pada telur putih.
- Pukul putih telur dulu, sehingga timbul buih2 kecil. Kemudian baru masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga jadi bertanduk diingatkan jangan over beat.
- Bekas dan mixer kering dari sebarang air dan minyak. Air dan minyak boleh mencacatkan kejadian meringue.
Tip puding pandan:
- Untuk dapatkan, layer kek pula. Fuza guna juga loyang saiz 6 inci juga. Asingkan dulu 100g puding sebagai, persediaan untuk touch up mana yang lompong.
- Layer pertama puding, kemudian kek kemudian puding lakukan step ni sampai habis kek.
- Ulang sampai habis step layer kek, kemudian hentak untuk padatkan kek dan puding pandan tersebut.
Akhir sekali, sejukkan kek baru boleh keluarkan dari loyang. Wajib tunggu sejuk ye, kalau tak, tak dapat puding yang licin dan rata.
Selamat mencuba.
Kredit resipi: Zulfa Mahfudzah Mohammad Zaki
Cara Nak Buat Talam Cendol & Seri Muka Yang Sedap & Cantik
Menu kuih talam dan seri muka, antara yang popular dihidangkan dalam majlis dan juga ramai yang buat tempahan. Senang untuk dihidangkan kerana boleh dibuat dalam saiz yang diinginkan.
Dua resipi yang dikongsi Niessa Chang ini, iaitu kuih talam cendol dan kuih seri muka, memang sedap dan sesuai sebagai menu minum petang.
TALAM CENDOL
LAPISAN BAWAH: BAHAN A
230g gula merah – beli online di sini
500ml air
*Masak hingga gula hancur dan tapis
LAPISAN BAWAH: BAHAN B
180g tepung gandum – beli online di sini
250ml santan – beli online di sini
2 biji telur gred B
½ sudu teh garam
Sedikit esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN:
Campurkan bahan A bersama bahan B. Kacau rata, kemudian masak hingga naik wap. Tuang ke dalam loyang. Kukus selama 25 minit hingga masak.
LAPISAN ATAS: BAHAN A
130g gula – beli online di sini
230g tepung beras – beli online di sini
1sdb tepung jagung – beli online di sini
250ml santan
500ml air
1 sudu teh garam
LAPISAN ATAS: BAHAN B
200g cendol
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan semua bahan kecuali cendol dan gaul hingga sebati. Masak hingga naik wap.
2. Masukkan separuh cendol ke dalam adunan dan tuang ke atas adunan lapisan bawah.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Tabur lebihan cendol di permukaan lapisan atas. Kukus selama 30 minit atau hingga masak. Saya guna loyang 10x10x3.
TALAM SERI MUKA
LAPISAN BAWAH:
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
1 sudu kecil minyak masak – beli online di sini
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Cuci pulut dan rendamkan selama 2 jam.
2. Masukkan pulut yang telah direndam ke dalam loyang 10x10x3 yang sudah digris minyak atau alas plastik.
3. Tuangkan santan cair yang dicampur sedikit garam. Tambahkan minyak, ratakan dan kukus selama 25 minit atau sehingga pulut masak.
4. Sementara tunggu lapisan bawah masak, sediakan bahan untuk lapisan bawah.
5. Setelah pulut masak, tekan-tekankan pulut sehingga padat. Masukkan semula ke dalam kukusan, dan tuangkan adunan bahagian atas.
LAPISAN ATAS:
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan gula pasir – beli online di sini
1 biji telur gred B
50g tepung gandum – beli online di sini
50gtepung kastard – beli online di sini
25g tepung beras – beli online di sini
1 sudu kecil garam
Sedikit pes pandan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan santan, gula, dan telur ke dalam pengisar dan kisarkan.
2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung beras, garam dan pasta pandan. Kisar lagi sampai sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Kemudian masukkan adunan yang telah dikisar ke dalam periuk. Masakkan sebentar adunan tadi dengan api yang sangat perlahan. Kacau guna whisk sehingga naik wap (jangan sampai mendidih ya) selama 10 minit.
4. Tuangkan adunan pandan ke atas pulut tadi dan kukus lagi selama 25 minit dengan api yang sederhana sehingga masak.
TIP UNTUK LAPISAN ATAS SERI MUKA CANTIK RATA:
1. Pulut yang dah masak tekan-tekan bagi padat. Jangan ada ruang sikit pun supaya adunan tepung tak menggelembung masa mengukus.
2. Masak adunan tepung sampai naik wap dengan api paling kecil, jangan terlalu likat dan tuang ke atas lapisan pulut perlahan-lahan.
3. Selepas tamat waktu mengukus lebih kurang 25 minit, buka tudung periuk kukus dengan suhu api yang sama semasa mengukus selama 5 minit. Tujuannya, supya air lebihan di atas adunan tepung tadi jadi kering dan berkilat. Selepas 5 minit, bolehlah keluarkan loyang dan letak pada suhu bilik.
Kredit resipi: Niessa Chang
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Mudah Ala Chawanmushi @ Telur Kukus, Hanya Guna 3 Bahan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Kuih Kaswi Pandan Lemak Lemak Manis, Memang Buka Selera
Kuih muih Melayu memang istimewa cukup rasa dan lemak manisnya. Kuih kaswi antara yang disukai ramai. Bau haruman daun pandan sangat membuka selera. Kalau ada yang nak cuba membuatnya dikongsikan resipi oleh Siti Hadirah.
KUIH KASWI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum – beli online
- 1 cawan tepung ubi – beli online
- 5 cawan air daun pandan
- 1 cawan gula putih – beli online
- 1 sudu kecil air kapur
- Kelapa putih
- Garam – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Campur tepung gandum, tepung ubi, gula kemudian masukkan air daun pandan. Masukkan air kapur dan kacau lagi. Jika mahu lagi senang, kisar semua bahan ini dan kemudian tapis.
2. Panaskan periuk kukus air sampai mendidih.
3. Sapukan acuan dengan minyak. Tuang adunan ke dalam acuan.
4. Kukus selama 15-20 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut dengan tuala kecil supaya wap air tidak masuk dalam adunan.
5. Selepas masak, sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.
6. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dan garam. Kukus seketika lebih kurang 3 minit. Bolehlah gaulkan dengan kuih kaswi yang sudah siap dimasak tadi. Hidangkan.
Sumber kredit: Siti Hadirah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.
Resipi Telur Puyuh Balado Sawadikap Lauk Simple Ketika Malas
Campak-Campak Dah Siap, Resipi Mudah Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official