Mentega ni banyak gunanya. Selain digunakan dalam penghasilan kek, biskut dan manisan, ia juga enak dinikmati sebagai olesan pada roti dan sebagainya. Memang layan!

Tapi tahukah anda, mentega boleh dihasilkan sendiri di rumah? Ha…menarik kan? Mentega homemade ni memang sedap. Rasanya sungguh berkrim, ‘buttery’, lemak-lemak. Memang cukup enak! Cer cuba buat sendiri. Pasti anda kagum. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 250ml Whipped cream/Thickened cream/Heavy Cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat) – KakDah guna jenama Paul’s
  • Mixer
  • Ais sejuk campur air batu
  • Garam
  • Parsley flake – option
  • Garlic – option

 

CARA-CARA:

1.Pukul (mixed) whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju. Pukul hingga susu terpisah dari pada air. (biasa kes, kalau kita terlajak pukul whipped cream ianya menjadi cair dan lumpy, betul x?) kita nak keadaan yang sebegitu rupa. Moral story, lain kali kalau terlajak pukul, jangan terus buang, jadikan ianya butter.

Cara-Cara Membuat Mentega Secara Homemade. Halal, Bersih & Penuh Kasih Sayang.Cara-Cara Membuat Mentega Secara Homemade. Halal, Bersih & Penuh Kasih Sayang.

2. Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk membuat benda lain pula.

IKLAN

Cara-Cara Membuat Mentega Secara Homemade. Halal, Bersih & Penuh Kasih Sayang.Cara-Cara Membuat Mentega Secara Homemade. Halal, Bersih & Penuh Kasih Sayang.

3.Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau mentega hingga menjadi kental dan bulat. Buat begini dua tiga kali sehinga air yang di tuang tadi menjadi hampir jernih. Faham tak ni?  Maksudnya, buh air ais, kacau, buang. Buh lagi air ais kacau dan buang air, buat macam ni sampai air hampir nak jernih.

Cara-Cara Membuat Mentega Secara Homemade. Halal, Bersih & Penuh Kasih Sayang.Cara-Cara Membuat Mentega Secara Homemade. Halal, Bersih & Penuh Kasih Sayang.

4.Tadaaaaaa. siap dah. Selepas ini baru lah kita boleh campur garam atu apa sahaja bahan yang kita mahu.

Cara-Cara Membuat Mentega Secara Homemade. Halal, Bersih & Penuh Kasih Sayang.Cara-Cara Membuat Mentega Secara Homemade. Halal, Bersih & Penuh Kasih Sayang.

IKLAN

 

TIPS :

Segala campuran bahan tambahan hendaklah dicampur setelah mentega terjadi dengan eloknya.

 

Nota:

IKLAN

Lepas ni, tak payah beli mentega. Buat sendiri lagi sedap rasanya. Kalau nak jadikan garlic spread, campur ajerlah bawang putih yang telah di cincang, sedikit gaam dan parsley flake.

 

Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & gambar: http://rapidahramli.blogspot.my/2015/03/homemade-butter.html

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI