Bagi yang tercari-cari resipi soto yang sedap, RASA sarankan anda cuba resipi ni. Sekali cuba, pasti dah tak nak yang lain. Ada rasa pedas, manis dan masin yang seimbang. Perahan jus limau kasturi menambahkan lagi kesedapan soto.

SOTO DAGING ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kapit nasi impit segera | rebus hingga lembut, sejukkan dan ketepikan

 

BAHAN UNTUK KUAH:

  • 500ml air
  • 400gm daging | rebus empuk, carik-carik

 

IKLAN

BAHAN UNTUK SUP:

  • 50gm rempah sup
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Air rebusan daging secukupnya
  • 30ml minyak masak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

BAHAN SAYUR:

IKLAN
  • 30gm tauge
  • 40gm kacang goreng
  • Limau kasturi
  • Sedikit daun bawang

 

BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:

  • 50gm cili padi
  • 40ml kicap manis
  • 30gm gula pasir
  • 20ml air

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan untuk sup kecuali minyak dan air rebusan.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
  3. Masukkan air rebusan, diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Biarkan ia mendidih, tutup api.
  5. Untuk menyediakan sambal kicap; kisar kesemua bahan hingga sebati.
  6. Untuk menyediakan soto; masukkan nasi impit ke dalam mangkuk. Tuang sup dan letakkan daging yang telah dicarik-carik, tauge, hirisan daun bawang, limau kasturi dan kacang goreng di atasnya.
  7. Sedia dinikmati bersama sambal kicap.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI