Sambal Tahun paling mudah, sedap dan cepat disediakan. Selain sedap dimakan bersama nasi, boleh juga makan dengan pulut atau lemang. Memang padu! Yang mana suka menu pedas, ni salah satu hidangan yang boleh dicuba.
SAMBAL TAHUN
BAHAN-BAHAN:
- 3 genggam cabai burung / cili burung
- 3 genggam ikan bilis
- 5 biji bawang merah
- 1 labu bawang putih
- 1 inci halia
- 2 apket taucu
- Belacan – sebesar ibu jari
- Air asam jawa
- Santan pekat – dari 1 biji kelapa
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ikan bilis pula ditumbuk kasar.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Kemudian masukkan cabai burung dan ikan bilis.
4. Seterusnya masukkan taucu, belacan dan air asam jawa.
5. Tambahkan santan dan perasakan dengan garam serta gula. Kacau rata.
6. Masak sehingga Sambal Tahun menjadi agak pekat.
7. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Hamsiah Saaid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Selalu Minta Buat Sambal Bilis Hancur Ni Buat Bekal, Memang Sedap!
Bagi pencinta sajian sambal, resipi Sambal Bilis Hancur perkongsian saudari Ziela Mazlan ini antara yang perlu dicuba.
Menurut beliau, menu ini adalah antara lauk yang suami beliau sentiasa minta untuk dimasakkan jika beliau membawa bekal ke tempat kerja. Wah..Bila suami asyik minta lauk yang sama, maksudnya memang sedap ni.
Bahan-bahannya cukup mudah. Menurut empunya resipi lagi, jika ada tomato, boleh masukkan sekali dalam pengisar. Rasanya akan jadi seakan Sambal Hitam. Wow…menarik kan? Jom cuba!
CARA BUAT SAMBAL BILIS HANCUR SEDAP HANYA GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis – beli online disini
Cili padi merah & hijau
Bawang putih – beli online disini
Bawang merah – beli online disini
Garam, gula & perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk kesemua bahan di atas hingga lumat. Jika nak mudah, boleh guna chopper.
2.Panaskan minyak masak dalam kuali bersesuaian. Goreng bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi.
3. Masak dengan guna api sederhana sampai kering air.
4. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya. (serbuk perasa optional.Empunya resipi tak letak)
5. Kacau lagi sambal sampai kering.
6.Sambal Bilis Hancur siap disediakan dan menu ini enak dimakan bersama telur dadar.
Kredit resipi & foto: Ziela Mazlan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Sambal Geprek Original Jogjakarta Paling Enak
Bagi penggemar sajian sambal, resipi Sambal Geprek perkongsian saudari Juwita Afifah ini antara yang harus dicuba. Katanya resipi ini sedikit berbeza namun kena dengan selera beliau. Malah ia diperolehi dari blog orang Indonesia dan merupakan resipi asal Sambal Geprek dari Jogjakarta.
Menerusi perkongsian beliau juga menerangkan mengenai perbezaan antara Sambal Penyet, Sambal Geprek dan Sambal Gepuk. Jika Sambal Penyet, ia perlu dimasak dua kali atas api. Sambal Geprek pula tidak perlu dimasak, sama macam Sambal Gepuk. Hanya letak minyak panas. Cuma bezanya, Sambal Gepuk tidak perlu digaul dengan ayam manakala Sambal Geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.
Wow…nampak menyelerakan. Jom cuba!
CARA MASAK SAMBAL GEPREK PALING ENAK
BAHAN-BAHAN:
20-30 biji cili padi
Cili besar – dicincang kasar
4 ulas bawang putih
10-12 biji kacang gajus
3 sudu makan minyak panas bekas goreng ayam
Ayam tanpa tulang – digoreng celup tepung. (empunya resipi guna ayam celup tepung readymade)
CARA MEMASAK:
1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Jika ada lesung cobek boleh juga guna.
2. Lumatkan semua bahan menggunakan lesung.
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Ambil terus dari kuali semasa sedang panas adalah paling bagus supaya sambal masak sedikit.
5. Gaul rata semua bahan hingga lumat.
6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprekkan ayam tersebut bersama dengan sambal.
7. Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih.
NOTA: Geprek = lenyek/tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.
Kredit resipi & foto: Juwita Afifah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Dendeng Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Kg Daging.
https://www.rasa.my/koleksi-resipi-lauk-telur-ayam-daging-boleh-masak-sepanjang-pkp/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Resipi Sambal ‘Berhantu’, Lagi Pedas Lagi Sedap! Ikuti Tips Untuk Tahan Lama
Buat peminat sambal, pasti gembira dengan koleksi lima resipi sambal yang dikongsi cikgu Afy AL Habibi ini.
Cukup lengkap dengan rasa, pedas pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur dengan lima menu sambal ini.
Tapi jangan tak tahu, sambal pun kena simpan dengan cara yang betul juga agar dapat bertahan lama. Silap haribulan, boleh rosak pula.
Jom kita tengok resipi sambal yang ada. Ada lima sambal kesemuanya. Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu.
SAMBAL BELACAN MENYENGAT
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah + hijau – beli online di sini
3 sudu besar cuka – beli online di sini
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Secubit dua ajinomoto
Sedikit air masak
*2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
*1/4 bawang Holland – beli online di sini
*1 biji tomato saiz kecil
*1 ulas bawang putih – beli online di sini
*2 inci belacan – beli online di sini
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
CARA-CARA:
1.Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
2. Kemudian, tambahkan cuka, garam, gula, ajinomoto dan sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis. Siap! Betul-betul sedap!
IBU SAMBAL KICAP MABELESS
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi hijau
8 ulas bawang putih
1/2 genggam kismis
3 sudu besar bawang goreng – beli online di sini
Kicap (boleh guna apa jenama tapi saya guna Jalen lemak manis)
CARA-CARA:
1. Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama; goreng seketika cili padi dan bawang putih di atas. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Saya tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, saya tambahkan kismis dan bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
BAHAN-BAHAN:
20 batang cili merah – beli online di sini
1 genggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang holland
2 biji bawang merah saiz bola pingpong
4 ulas bawang putih
2 biji tomato kecil
2 genggam kecil ikan bilis – beli online di sini
1 sudu kecil udang kering – beli online di sini
1/2 inci belacan
CARA-CARA:
1. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika. Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
2. Semua bahan yang sudah siap digoreng, disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
3. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
4. Masukkan pula baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
5. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa. Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
6. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
*Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama, letakkan dalam freezer.
*Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller. Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan di luar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
AIR ASAM KETAGIH
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi*. Nak makan baru letak.
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah saiz bola ping pong
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
*Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick. – beli online di sini
*Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
5 biji limau kasturi – beli online di sini
2 biji limau nipis – beli online di sini
*Perah jusnya. Asingkan biji
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
1 1/2 gelas air asam jawa (Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
1 sudu besar garam bukit – beli online di sini
1/2 sudu besar gula perang – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.
2. Tambahkan sekali air asam jawa, garam bukit dan gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
3. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan; ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
SAMBAL JANTAN POWER
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah
2 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam (atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah @ dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
CARA-CARA:
1.Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
2. Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat.
Kredit resipi: Afy AL Habibi
Anda ada banyak tips memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda!
Nak kongsi tips masakan anda? Klik DI SINI untuk penyertaan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sambal Pedas Simple Yang Boleh Buat Bubur Nasi Bertambah Sedap
Cara Buat Kerisik Homemade Yang Sedap Berminyak & Wangi Tanpa Tumbuk
Sambal Garing Ikan Bilis Ala-Ala Che Nor, Padu Rasa Buat Ketagih Nak Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: