Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Cara-Cara Masak Nasi Guna Beras Basmathi Bagi Beginner. Comfirm Lembut & Gebu.

Cara-Cara Masak Nasi Guna Beras Basmathi Bagi Beginner. Comfirm Lembut & Gebu.

Di hari-hari biasa, kita pasti jarang menggunakan beras Basmathi dalam masakan harian kerana beras jenis ini boleh dikatakan agak mahal dek kerana kualitinya yang bagus. Namun untuk memasak hidangan istimewa seperti Nasi Minyak, Briyani, Nasi Arab dan lain-lain nasi tumis, amat sesuai menggunakan beras ini kerana hasilnya nanti, nasi akan menjadi cantik, tidak patah dan enak.

Namun untuk memasak beras ini, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.

IKLAN

Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:

IKLAN
  1. Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
  2. Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
  3. Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
  4. Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya.

 

IKLAN

Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI