Dodol panas-panas memang sedap. Malah ada yang suka makan dodol cair. Dapat sepiring, fuhhh…layan sungguh! Bagi anda yang ada periuk tekanan, selain masak lauk pauk, anda juga boleh guna buat masak dodol ni. 12 minit je dah boleh siap makan. Tak perlu tunggu berjam-jam. Bagi yang tak ada periuk tekanan, anda juga boleh masak dodol guna kuali non-stick. Menarik! Nak cuba? Ini resipinya.

 

DODOL SEGERA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kotak kecil santan – jadikan 1 cawan. Kalau tak cukup, tambah air untuk genapkan sukatannya.
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah  
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Daun pandan – simpul kasih

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ( kecuali daun pandan) dan kisar.

2. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk noxxa. Masukkan juga daun pandan.

IKLAN

Cara Cepat Masak Dodol Guna Periuk Tekanan & Kuali. 12 Minit Je Dah Siap!

3. Tutup dan steam kan selama 4 minit.

Cara Cepat Masak Dodol Guna Periuk Tekanan & Kuali. 12 Minit Je Dah Siap!

4. Buka penutup dan kacau hingga sebati.

Cara Cepat Masak Dodol Guna Periuk Tekanan & Kuali. 12 Minit Je Dah Siap!

IKLAN

5. Kemudian tutup kembali periuk dan steam lagi selama 4 minit.

Cara Cepat Masak Dodol Guna Periuk Tekanan & Kuali. 12 Minit Je Dah Siap!

6. Ulang langkah ini sebanyak 3 kali.

Cara Cepat Masak Dodol Guna Periuk Tekanan & Kuali. 12 Minit Je Dah Siap!

IKLAN

7. Siap! Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.

 

RESIPI DODOL MASAK GUNA KUALI NON STICK

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm tepung pulut
  • 3 cawan gula melaka (*) (boleh juga gunakan gula merah)
  • 2 cawan gula pasir (*)
  • 3 cawan air (*)
  • 2-3 helai daun pandan (*)
  • 1 kg santan pekat

CARA MEMASAK:

  1. Masak bahan-bahan bertanda (*)hingga gula larut. Tapis dan tunggu sejuk sebentar.  
  2. Masukkan tepung pulut dan bahan yang dimasak tadi kedalam blender dan kisar
  3. Tuangkan adunan tepung ke dalam kuali non-stick. Sentiasa kacau adunan bagi mengelakkan dodol berkerak.
  4. Adunan akan meletup-letup dan pecah. Kacau dodol sehingga terbit minyak pada dan tidak melekat. 
  5. Padamkan api dan masukkan dodol ke dalam bekas untuk disejukkan.
  6. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Are Peace

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI