Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Menerusi perkongsian di facebook oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Boleh sangat kalau nak cuba. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
UDANG KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Udang laut berkulit keras
Garam
Sedikit air
IKLAN
CARA MEMBUAT:
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.
2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.
IKLAN
3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.
4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.
5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.
IKLAN
6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Sebut saja menu seafood atau makanan laut, tidak kira di pelusuk dunia mana, pasti ramai yang menyukainya dan dimasak dengan cara dan tradisi bangsa, budaya sesebuah negara itu. Namun tidak salah jika kita menyukai menu masakan negara lain dan mengolahnya mengikut kesesuaian selera sendiri atau tempatan.
Untuk itu, Chef Mohd Faizal dari Sime Darby Convention Centre, SDCC, berkongsi enam menu olahan seafood beberapa negara jiran dan barat yang disesuaikan dengan selera kita orang Malaysia.
KARI PEKAT UDANG GALAH BAHAN-BAHAN:
500gm udang galah
5 sudu makan serbuk kari |bancuh dengan sedikit air
1 sudu teh halba
3 sudu makan pes cili kisar
3 biji kentang
1 cawan susu cair
1/2cawan yogurt
1 tangkai daun kari |lurut dari tangkai
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm halia
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis halba dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau rata.
Apabila agak kering masukkan pes cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan pes kari yang telah dibancuh dengan air tadi.
Masukkan air asam jawa, kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan kentang.
Apabila kentang empuk, masukkan santan, biarkan mendidih.
Akhir sekali masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Udang sedia dihidangkan.
LALA MASAK SAMBAL HIJAU BAHAN-BAHAN:
500gm lala |bersih dan toskan
1 biji bawang Holland
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili hijau
15 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan hirisan bawang Holland, setelah bawang layu masukkan lala.
Kacau rata rata 3-4 minit atau hingga cengkerang lala bertukar warna.
Tutup api dan Sambal Hijau Lala sedia dihidangkan.
KUPANG MASAK TOMATO BERKEJU BAHAN-BAHAN:
1kg kupang | bersih dan tos
80gm bawang merah | hiris
50gm bawang putih | dihiris
200gm batang saderi |hiris
200gm lobak merah | potong dadu
500gm sos tomato pronto
1 biji lemon
30gm minyak zaitun
20gm keju parmesan
5gm daun parsli Inggris
100 gm buah zaitun hitam
10gm jeruk kaper
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bakar bawang putih dalam ketuhr dengan suhu 150 C sehingga garing dan lembut.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang merah, saderi dan lobak merah.
3. Kemudian masuk bawang putih yang dibakar tadi.
4. Tambahkan ke dalamnya sos tomato pronto dan kacau selama 5 minit.
5. Perasakan dengan garam dengan lada hitam secukupnya.
6. Masukkan kupang, gaul rata hingga kupang terbuka sepenuhnya.
7. Perahkan lemon di dalamnya, kemudian masukkan buah zaitun, sayur kaper dan taburkan keju parmesan di atasnya.
8. Tutup api, kupang sedia dihidangkan.
SALAD KULIT TEMBIKAI BERSAMA SOTONG BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan dan tos
200gm kulit putih bahagian dalam kulit tembikai
1 biji bawang holland | hiris
5 biji cili padi | hiris
1 biji lemon | ambil jus
1 sudu makan minyak zaitun
Sedikit belacan | hancurkan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Sotong dihiris, kemudian celur sekejap dan toskan airnya.
Kulit tembikai dihiris halus memanjang.
Kisar kasar cili padi dengan belacan, sedikit garam dan gula hingga sebati.
Masukkan kulit tembikai, sotong dan hirisan bawang besar ke dalam mangkuk.
Tambahkan minyak zaitun, bahan bumbu yang dikisar tadi ke dalamnya.
Perahkan jus lemon, gaul hingga rata dan cukup rasa.
Setelah cukup rasa, salad sedia dihidangkan.
KERABU KERANG DENGAN PERIA BAHAN-BAHAN:
1 kg kerang | bersihkan dan rebus seketika
5 biji peria katak | hiris nipis
1 sudu makan kerisik
1/2 cawan santan pekat
1 biji lemon| ambil jus sahaja
2 biji bawang Holland | hiris
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3 biji cili merah
Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
Kopek kerang kemudian tos dan ketepikan.
Celur peria sekejap dalam air panas.
Masukkan peria dalam mangkuk bersama kerang, santan, kerisik, bahan kisar.
Gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan jus perahan limau Kasturi.
Asyik masak sambal sotong je apa kata cuba resipi Sotong Siram Petang ni. Ada rasa ala Thai sedikit lauk ni, yang sukakan rasa dan aroma masakan Thai boleh cuba resipi mudah ni untuk lauk tengah hari ataupun makan malam bersama keluarga.
Resipi penuh telah dikongsikan oleh Noor Sabrina Amran di Facebook. Bahan yang digunakan untuk resipi Sotong Siram Petang ni sangat mudah dan ringkas. Jom kita cuba!
SOTONG SIRAM PETANG
BAHAN-BAHAN:
Sotong
Cili padi (dihiris)
Serai (dihiris nipis)
Halia (dihiris nipis)
Bawang putih (dihiris nipis)
Bawang merah (dihiris nipis)
Daun limau purut
Limau nipis / lemon
Sos cili thai
Minyak masak
(Kuantiti ikut jumlah sotong)
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh sotong dan toskan. Potong ikut citarasa masing
2. Gaul sotong dengan garam dan kunyit
3. Goreng sekejap separuh masak. Angkat dan toskan
4. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan serai sehingga naik bau
5. Masukkan Sos Cili Thai dan kacau sebati
6. Masukkan cili padi, perahan limau nipis dan daun limau purut
Menu Udang Masak Lemak Nanas ni pastinya menjadi kegemaran ramai. Jika anda menggunakan nanas yang agak kurang masak, disarankan agar mencelur hirisan buah terlebih dahulu bagi membuang rasa masam yang berlebihan. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam kuah. Sedap sangat menu ni. Jom cuba.
RESIPI UDANG MASAK LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz XL | potong janggutnya dan bersihkannya
1 biji nanas | potong dadu
2 biji tomato | belah empat
2 biji cili merah | hiris
2 keping asam gelugur
2 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | koyakkan
1 mangkuk santan
1/2 mangkuk air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
8 biji cili api
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk masukkan bahan-bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk.
Renehkan seketika sehingga bahan-bahan kisar masak. Kemudian masukkan nanas dan asam gelugur, biarkan ia masak seketika.
Apabila sudah mendidih, masukkan santan, udang, tomato dan cili merah. Biarkan udang masak dan masukkan daun kunyit.
Perakan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.