Jika rasa nak makan sesuatu yang sedap dan enak, boleh cuba resipi ala Twister KFC ni. Bahan-bahannya mudah sahaja dan senang didapati di pasaraya. Cara nak buat pun tak susah. Anda boleh cuba. Sangat sesuai dinikmati semasa minum petang atau dijadikan sajian makan malam.

TWISTER ALA KFC

 

BAHAN-BAHAN:

Cara-Cara Buat Twister Ala KFC. Wow! Mudah & Memang Mengenyangkan.

  • Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
  • Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
  • Mayones secukupnya
  • Sos Thousand Island secukupnya
  • Daun salad secukupnya
  • Tomato – potong dadu  
  • Lobak merah – disagat
  • Timun – disagat
  • Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa

BAHAN PERAP AYAM

  • Tepung gorengan serbaguna
  • Telur – dipukul
  • Bahan perasa

CARA MEMASAK:

1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.

IKLAN

2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.

3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.

Cara-Cara Buat Twister Ala KFC. Wow! Mudah & Memang Mengenyangkan.

4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.

IKLAN

5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.

6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.

Cara-Cara Buat Twister Ala KFC. Wow! Mudah & Memang Mengenyangkan.

 

IKLAN

7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.

 

8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.

Cara-Cara Buat Twister Ala KFC. Wow! Mudah & Memang Mengenyangkan.

9. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Mastura Razali

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI