Tengok rupa muffin coklat ni yang merekah dan naik gebu pun dah tahu rasanya sure sedap. Tenggelam gigi bila mengiggitnya. Aroma coklatnya semerbak satu dapur.
.
Jom kita ‘membaking’ gaya Azlina Ina yang dikongsikan dalam laman FB nya Azlina Ina Fans. Walaupun wanita ini sendiri adalah usahawan bakeri dan pastri tapi wanita Muslimah ini sudi berkongsi ilmu masak dan resipinya.
Boleh cuba untuk minum petang nanti,dan kalau dibuat ‘door gift’ sure laku keras. Tak kisah majlis perkahwinan, hari jadi atau apa pun. Cubalah…
MUFFIN COKLAT CHIP BAHAN-BAHAN :
2 biji telur gred B
1/2 cawan mentega | dicairkan
Sedikit emulco coklat
1 cawan susu segar
Sedikit esen vanila
1 cawan gula halus
Secubit garam halus
1/2 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sachet serbuk kopi nescafe
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula satukan gula,telur dan esen serta emulco
.
2. Kocak sedikit pakai whisk, kalau tak ada senduk pun boleh juga.
.
3. Masukkan mentega yang dicairkan tadi,whisk lagi.
IKLAN
.
4. Kemudian tambahkan susu segar dan kacau sebati.
5. Masukkan pula tepung,serbuk koko,garam,nescafe sachet yang sudah diayak terlebih dahulu, masuk perlahan-lahan ke dalam adunan bahan-bahan yang dikacau tadi.
.
6. Adunan dan siap. Isikan dalam 1/2 cawan dalam cawan kertas. Tabur la coklat chips pilihan korang kekacang pun boleh.
7. Bakar suhu 170 masa 25-30 minit, panaskan oven terlebih dahulu.
IKLAN
.
8. Ini foto yang dah separuh bakar.
9. Siap bakar
Dah sejuk bolehlah dibungkuskan jadikan cenderahati untuk sebarang majlis.
Pergggh ..kalau dapat makan lauk-pauk berempah ni, pedas memangler tapi sedapnya sampai merecik peluh pun tak perasan. Lagi pulak kalau pekena lauk daging korban.
Lauk pauk daging pedas berempah, hot n spicy ni lama lagi lama mereneh lagi meresap rempah ratusnya. Kalau diperhangatkan esok hari pun masih ummph lagi.
Makan dengan nasi pun best, cicah roti pun bukan main sedapnya. Nah ni 4 sajian daging berempah yang pedas berempah, hot dan spicy sesuai dihidang di Aidiladha.
1. DAGING HITAM HALBA
.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis
400ml santan pekat
2 labu bawang besar | mayang halus
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh halba
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
10 biji bawang merah | kisar
5 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 batang serai | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan dan serai hingga wangi. Masukkan bawang yang dimayang.
2. Masukkan rempah kari, cili kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, halba dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak.
3. Masukkan daging, santan, kicap dan didihkan hingga daging empuk.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa. Didihkan hingga kuah pekat dan kering.
Saiz hidangan: 5-6 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Aroma dan perisa halba yang wangi Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng Info chef: Boleh masukkan cili padi yang diketuk jika mahu lebih pedas.
2. DAGING GORENG KETUMBAR
.
BAHAN-BAHAN:
400gm daging lembu muda |hiris nipis
10 biji cili padi | tumbuk kasar
1 labu bawang besar | potong bulat
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1-2 tangkai daun bawang | potong kecil
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul daging bersama lada sulah, garam secukupnya, ketumbar, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Perap selama sejam.
2. Panaskan 3-4 sudu makan minyak dalam kuali. Goreng daging hingga agak garing.
3. Masukkan bawang besar. Gaul sebati.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa ketumbar dan pedas lada hitam Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis Info chef: Jika suka boleh tambah daun bawang dan hirisan cili merah.
3. DAGING MASAK JINTAN
.
BAHAN-BAHAN:
400gm daging lembu | hiris nipis & rebus hingga empuk
8 ulas bawang putih | kisar
3cm halia |kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, sos tiram dan daging yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
3. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
4. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Daging empuk dan sebati dengan kuah Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis Info chef: Jika suka boleh tambah beberapa biji cili padi.
4. DAGING TETEL DAUN SALAM
.
BAHAN-BAHAN:
500gm daging tetel | rebus hingga empuk
2 batang serai |titik
2 helai daun salam
8 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih |kisar
3cm halia | kisar
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B hingga wangi.
2. Masukkan serai, daun salam dan bahan-bahan kisar lalu tumis hingga beberapa minit.
3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan daging tetel yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
4. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
5. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering. Jika suka berkuah, tutup api setelah semua bahan masak sempurna.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Lemak tetel yang sedap Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan tumis Info chef: Jika tidak suka bahagian tetel, boleh gunakan bahagian daging padat
Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR DAN RUMAH TERKINI DAN CEKAP, JOM LAYARI DI SINI.
Terasa nak makan pisang goreng dengan tepung rangup yang sedap? Ini cara bancuh tepung salutan pisang goreng yang mudah dan dijamin menjadi. Tepung salut rangup ditambah pula dengan pisang yang manis. Hmm…memang terbaik! Nak cuba? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Wani Suhaimi ni. Memang terbaik! Cubalah. Anda pasti berpuas hati dengan rasanya. Baru pertama kali cuba pun pasti menjadi elok sempurna.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dalam bekas. Campur dan adun sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. 2. Celup pisang. Bila melekat elok itu tandanya adunan sudah sempurna. 3. Panaskan minyak masak dan goreng pisang hingga habis.
4. Angkat, toskan minyak dan Pisang Tepung Goreng Tepung rangup sedia untuk dinikmati.