Menerusi perkongsian saudari Khairani Binti Ismail, berliau berkongsi cara-cara membuat pulut lemang atau ketupat lemak versi homemade. Memang mudah sebab tak perlu kukus atau bakar. Hanya masak guna plastik bersesuaian yang sesuai untuk suhu tinggi dan tahan panas. Jom cuba!
RESIPI PULUT LEMANG / KETUPAT LEMAK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut – anggaran 1 kg
Secubit garam
1 keping asam gelugur
Daun pandan – disimpul
Plastik bersesuaian
1 kotak santan
Air secukupnya
Sedikit gula – ikut citarasa. Nak abaikan pun tak apa.
CARA MEMASAK:
IKLAN
1. Rendam beras pulut bersama garam, asam keping dan daun pandan. Biarkan selama 5 jam. Jika guna beras pulut susu, rendam sekejap sahaja.
2. Isi beras pulut ke dalam plastik. Jangan letak penuh supaya bila dimasak, santan boleh meresap pada pulut.
3. Cucuk lubang pada plastik pulut tadi.
IKLAN
4. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan santan dan air sehingga pulut tenggelam. Tambah sedikit gula ikut citarasa masing-masing. Tutup periuk dan tunggu hingga masak.
IKLAN
5. Ketupat /lemang homemade ni dah masak bila air dah kering, santan putih-putih dan tak ada dan jadi berminyak.
6. Angkat, biarkan sejuk dan bolehlah dinikmati bersama rendang.
INFO: Bila pulut hampir masak, tolak beras pulut supaya padat di dalam plastik kemudian ikat balik. ( supaya teksturnya lemak, lembut dan gebu.)
Jangan ingat sibuk di depan kamera, Dilla Ahmad tidak sempat ke dapur ye… Bila ada kesempatan rehat tanpa lakonan, dia tetap masuk dapur menyediakan hidangan yang ringkas dan mudah untuk keluarga. Tak percaya? Ini dua menu yang dikongsikan oleh Dilla dengan RASA yang anda semua boleh cuba.
AYAM BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | gaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam
3 sudu makan rempah briani
1 cawan susu cair
1/2 cawan kismis
3 sudu makan bawang goreng
3 sudu makan puri tomato
2 sudu makan sos cili
1 biji tomato | belah enam
1 pokok daun ketumbar | botong 3-4cm
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4cm halia
5 biji cili hijau
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah briani yang dibancuh dengan sedikit air, kemudian tambah dengan puri tomato dan sos cili.
Seterusnya, masukkan ayam, bawang goreng, kismis, daun ketumbar dan santan.
Kacau atas api sederhana sehingga kuah pekat dan timbul minyak.
Akhir sekali masukkan tomato, dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Selepas beberapa minit bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi beriani.
CUCUR BAWANG
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
250gm bawang besar | cincang
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
1/2 cawan hirisan daun bawang
1 biji telur
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk, kecuali telur dan air. Gaul rata.
Seterusnya masukkan telur dan air secukupnya.
Adun adunan tepung hingga sebati.
Panaskan minyak, dan goreng cucur hingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan bersama sos cilia tau kuah kacang.
Teringin nak makan donut yang sedap? Resipi Donut Pandan Susu yang gebu dan ada wangi bau pandan perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni memang anda kena cuba. Lebih istimewa sebab donut ni ada rasa yang lebih lemak sebab ada guna susu tepung. Memang terbaik! Nak cuba buat untuk minum petang ni? Memang sesuai sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT DONUT PANDAN SUSU
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil garam
500gm tepung roti
11gm yis
10gm bread improver
20gm susu tepung
50gm gula pasir
2 biji telur gred A
80gm mentega atau marjerin
160gm air sejuk
2 sudu kecil pes pandan
Susu tepung atau gula halus untuk salut donat
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk mixer kecuali air sejuk.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang licin.
3. Asingkan kepada doh kecik dan timbang setiap satu 50gm.
4. Bulatkan dan canai sedikit dan ambik penutup botol tekan bahagian tengah doh.
5. Tunggu doh naik sedikit dan boleh di goreng menggunakan api perlahan.
6. Salutkan dengan susu atau gula halus. Sedia untuk dinikmati.
Tengah usha MIXER baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan mesin pengadun terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Sedapnya Kuih Cara Berlauk. Lembut dan ada inti yang enak. Memang tak puas makan. Jika terasa nak puas makan, lebih baik buat sendiri. Bahan-bahan tak susah dan boleh dapat dalam jumlah banyak. Sangat jimat berbanding kuih yang dibeli. Jom cuba resipi perkongsian saudari Qaseh Izzaty ni.
RESIPI KUIH CARA BERLAUK
BAHAN INTI:
200gm daging kisar
2 sudu besar rempah raja kari faiza (bancuh dgn sedikit air)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
Sedikit daun bawang/sup – diracik
Cili merah – dipotong serong
Garam dan sedikit gula
BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 biji telur
Pewarna kuning
Sedikit garam
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI:
Kisar atau tumbuk bawang putih dan bawng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit sahaja.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
Setelah siap, angkat dan ketepikan dulu.
CARA MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG:
Pukul telur bersama sedikit garam.
Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
Jika adunan berketul-ketul, tapis dahulu adunan. Kemudian titikkan sedikit pewarna. Adun sekata.
Untuk lebih mudah, kisar adunan menggunakan pengisar.
CARA MEMASAK KUIH CARA:
Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
Tuang adunan hingga 3/4 penuh acuan sahaja.
Kemudian masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong hirisan cili merah. Taburkan juga daun sup dan daun bawang.
Tutup kuih cara guna tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak. Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...