Jika anda penggemar kerabu, inilah resipi yang anda perlu cuba hari ni. Mudah dan sedap! Sekali cuba, pasti susah nak berhenti makan ni.

KERABU KERANG

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Kerang – rebus dahulu
  • Tomato – potong dadu atau hiris kecil
  • Bawang holland – potong dadu atau hiris kecil
  • Cili padi – potong dadu atau hiris kecil
  • Daun ketumbar – potong dadu atau hiris kecil
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Cili merah secukupnya
  • Cili hijau secukupnya
  • Jus limau nipis
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sos ikan
  • Perasa ( jika suka)

* semua bahan diatas letak ikut citarasa. Bergantung pada jumlah kerang yang anda guna untuk hasilkan kerabu

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Tumbuk bawang putih bersama cili hijau dan cili merah. Ketepikan seketika.
  2. Kupas kulit kerang seperti dalam gambar diatas. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
  3. Kemudian campurkan bahan hiris dan juga bahan tumbuk tadi. Gaul rata.
  4. Akhir sekali, perasakan dengan jus limau nipis, gula, garam, sos ikan dan perasa.Gaul sebati.
  5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Epy Za

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI