Roti jala kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Malah ada sesetengah dari resipi yang roti jalanya mudah lembik dan basi. Menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat roti jala yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Selamat mencuba!

 

SUKATAN ADUNAN ROTI JALA YANG ‘PERFECT’

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung gandum 
  • 1 sudu makan marjerin 
  • 1 sudu makan garam halus 
  • 1 sudu teh pewarna kuning telur 
  • 1.7 liter air biasa

Cara-Cara Bancuh Dan Masak Roti Jala Yang Sedap, Lembut & Lambat Basi.

IKLAN

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.

IKLAN

Cara-Cara Bancuh Dan Masak Roti Jala Yang Sedap, Lembut & Lambat Basi.

2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.

Cara-Cara Bancuh Dan Masak Roti Jala Yang Sedap, Lembut & Lambat Basi.

IKLAN

3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.

Cara-Cara Bancuh Dan Masak Roti Jala Yang Sedap, Lembut & Lambat Basi.

Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Azwa Mohtar

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI