Jika dijangkiti batuk, memang letih. Perit tekak lagi. Nak makan dan tidur pun tak selesa. Bagi yang sedang mengalami masalah ini, boleh cuba ubat batuk homemade ni. Hanya menggunakan TIGA bahan semulajadi yang ada di dapur anda.

CARA BUAT UBAT BATUK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN: ( guna balang kaca 250ml)

IKLAN
  • Madu ( jumlahnya suku dari balang yang digunakan)
  • 2 biji lemon | dipotong
  • 10 kuntum bunga cengkih

CARA-CARA:

  1. Masukkan hirisan lemon, bunga cengkih dan madu ke dalam botol.
  2. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya semalaman. Ia bertujuan supaya air lemon keluar dan sebati dengan bahan-bahan lain.
  3. Goncang bancuhan sebelum dinikmati.

Cara Buat Ubat Batuk Homemade Guna 3 Bahan Semulajadi.

IKLAN

 

IKLAN

NOTA:

  1. Bila nak makan ubat batuk ni, gunakan sudu plastik.
  2. Tidak perlu letak air masak atau air mineral.

Kredit resipi & foto: Halis Hanifi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI