Untitled design - 2021-02-09T110619.480

Pagi tadi bangun tiba-tiba rasa nak buat tau sar peah atau kuih tambun. Resipi ni saya amik kat web iluminasi. Cuma saya kurangkan adunan itu kepada separuh. Tak larat nak buat kalau guna sukatan asal. Sukatan ni boleh hasilkan tau sar peah sebanyak 10 biji. Cukuplah untuk minum petang.

Doh Air
Bahan-bahan:
120g tepung gandum (ayak)
1 sudu (jangan penuh) gula – saya guna gula kastor
35g lemak sayur / shortening
60ml air (tak perlu air suam)

Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan dan sebatikan. Bila dah sebati, bulatkan adunan kepada 5 bahagian.

Doh minyak
Bahan-bahan:
90g tepung gandum (ayak)
60g lemak sayur / shortening
Sedikit garam

Cara Buat Tau Sar Peah Atau Kuih Tambun . Adunan Ini Dapat Hasilkan 10 Biji Cukup Untuk Minum Petang
Langkah 1
Campurkan semua bahan dan sebatikan. Bulatkan adunan dan bahagikan kepada 5 bahagian.
Inti: saya guna inti yang dah siap. Beli kat Bake with Yen. Bulatkan inti dalam 10 biji dan setiap satu berat lebih kurang 20g.

Cara Buat Tau Sar Peah Atau Kuih Tambun . Adunan Ini Dapat Hasilkan 10 Biji Cukup Untuk Minum Petang

Cara Buat Tau Sar Peah Atau Kuih Tambun . Adunan Ini Dapat Hasilkan 10 Biji Cukup Untuk Minum Petang

Cara Buat Tau Sar Peah Atau Kuih Tambun . Adunan Ini Dapat Hasilkan 10 Biji Cukup Untuk Minum Petang
Penyediaan doh

IKLAN

Langkah 2, 3 & 4
Leperkan doh air dan masukkan doh minyak. Bulatkan doh tersebut kemudian dileperkan.

Cara Buat Tau Sar Peah Atau Kuih Tambun . Adunan Ini Dapat Hasilkan 10 Biji Cukup Untuk Minum Petang

Langkah 5
Selepas dileperkan, kemudian digulung seperti swiss roll dan leperkan sekali lagi. Ulang proses tersebut untuk 4 kali. Lakukan perkara yang sama ke atas bahagian yang lain sehingga selesai.
* Ni yang bahagian yang tak larat kalau sorang je buat.

Cara Buat Tau Sar Peah Atau Kuih Tambun . Adunan Ini Dapat Hasilkan 10 Biji Cukup Untuk Minum Petang

IKLAN

Langkah 6
Ambil bahagian yang telah digulung dan potong dua.
Cara Buat Tau Sar Peah Atau Kuih Tambun . Adunan Ini Dapat Hasilkan 10 Biji Cukup Untuk Minum Petang

Cara Buat Tau Sar Peah Atau Kuih Tambun . Adunan Ini Dapat Hasilkan 10 Biji Cukup Untuk Minum Petang
Langkah 7 dan 8
Bulatkan kemudian dileperkan. Setelah dileperkan, masukkan inti dan bulatkan semula.

Cara Buat Tau Sar Peah Atau Kuih Tambun . Adunan Ini Dapat Hasilkan 10 Biji Cukup Untuk Minum Petang

Langkah 9
Selepas itu, leperkan adunan tersebut. Ulang proses tersebut kepada bahagian yang lain.

IKLAN

Cara Buat Tau Sar Peah Atau Kuih Tambun . Adunan Ini Dapat Hasilkan 10 Biji Cukup Untuk Minum Petang

Langkah 10
Setelah selesai, griskan dulang pembakar dan letak adunan yang telah dileperkan, untuk sedia dibakar.
Cara Buat Tau Sar Peah Atau Kuih Tambun . Adunan Ini Dapat Hasilkan 10 Biji Cukup Untuk Minum Petang
Langkah 11
Tekan adunan tersebut dengan garfu dan sapukan dengan kuning telur. Taburkan bijan (jika ada).
Bakar kuih tersebut selama 20-30 min, suhu 200c.
Okay, selamat mencuba.

Kredit : Robita Robinson

Resipi Mian Bao Xia @ Shrimp Toast Yang Sangat Sedap & Dijamin Halal

Cara Mudah Nak Buat Apam Nasi Yang Lembut & Sedap

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI