Jika ada sotong di rumah, boleh cuba masak menu sotong sumbat masak merah ni.
Nampak sedap dan menyelerakan. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Uya Masbah ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
SOTONG SUMBAT MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
4 ekor sotong
Bawang besar | dikisar
Bawang kecil | dikisar
Bawang putih | dikisar
Halia | dikisar
4 biji telur
1 biji lada besar merah | dihiris
1 biji lada besar hijau | dihiris
1 batang daun bawang
1 biji tomato
½ biji bawang besar | dipotong dadu
1 ketul kiub ayam
5 sudu besar cili kering | dikisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Garam
Serbuk perasa | optional
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Campurkan telur, lada besar merah, lada besar hijau, daun bawang, tomato, bawang besar dan kiub ayam.
2. Pastikan kiub ayam hancur. Gaul hingga sebati.
3. Panaskan minyak dan goreng bahan yang telah digaul tadi sehingga menjadi scramble egg. Ketepikan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia yang sudah dikisar ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau.
5. Masukkan juga garam atau serbuk perasa. Masukkan cili kering ke dalam kuali dan kacau hingga sebati sehingga sebati. Masak sampai pecah minyak.
6. Sementara tunggu cili masak, sumbat scramble egg ke dalam sotong sehingga padat.
7. Letak kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya telur tak keluar.
8. Bila cili dah pecah minyak, masukkan sos cili dan sos tiram dan kacau hingga sebati.
9. Tambah garam dan perasa mengikut kesesuaian tekak.
10. Akhir sekali, masukkan sotong tadi. Jangan kacau terlalu kuat, takut kepala sotong tercabut.
11. Bila sotong dah masak, boleh padamkan api. Siap!
Kredit resipi: Uya Masbah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Fuh, Sedap Tak Terkata Resipi Kambing Paratal Olahan Bersantan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mesti Cuba! Resipi Aiskrim Gabungan Rasa Coklat & Bluemint Lain Dari Yang Lain
Memang lain dari yang lain resipi aiskrim bluemint ni. Senang je nak buat aiskrim bluemint ni yang penting ada bahan utama dia iaitu gula-gula Dynamite yang dalam dia coklat dan salutan luar dia rasa bluemint. Resipi asal telah dikongsikan oleh Che Marlyah Ina Saad di Facebook melalui Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official dan kebanyakan komen telah mencuba resipi aiskrim bluemint dan sangat berpuas hati!
Ibu di rumah tu bolehlah cuba resipi aiskrim bluemint ini untuk anak-anak di rumah yang suka makan aiskrim batu Malaysia. Sekali sekala buat perisa lain dari yang lain apa salahnya kan?
Jom kita cuba!
AISKRIM BLUEMINT
BAHAN-BAHAN:
3 Menu Seafood Yang Sedap & Senang Dimasak
Bosan berlaukkan daging dengan ayam, anda cuba pula seafood . Kalau korang nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu seafood yang sedap dan senang cara memasaknya, sesuai untuk sahur mahupun berbuka.
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
- 300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh minyak bijan
- ½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
- 4 ulas bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar | cincang
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk lada putih
- 50gm daun bawang | potong 3cm
- 1 sudu makan susu segar
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
- Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
- Kacau rata dan tutup api.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
- 300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
- 1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
- 1/4sudu teh serbuk lada sulah
- 2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
- 1/2 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu makan kicap
- 3 sudu makan air
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh gula
- Sedikit garam jika perlu
- Bahan-bahan lain:
- 4 ulas bawang putih | cincang kasar
- 4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
- 5 tangkai cili kering | potong 2cm
- 1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
- Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
- Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
- Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
- Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
- Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
- Tutup api, dan gaul rata.
- Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
- 500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 serbuk lada sulah
- Bahan tumisan:
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- Bahan-bahan lain:
- 2 biji cili hijau | hiris bulat
- 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh rempah masala
- 1 biji tomato | potong dadu
- 2 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa.
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
- Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
- Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
- Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
- Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Pelbagai Hidangan Istimewa Ketam..Macam-Macam Ado..Guarantee Bertambah Nasi!
Ketam merupakan antara menu makanan laut kegemaran ramai. Ia boleh dihidangkan dalam pelbagai gaya serta cara masakan. Dengan isinya yang manis, ditambah dengan rasa pedas, masin memang bertambah-tambah lah nasi kan? Jom kita cuba koleksi resipi ni, confirm puas hati!
MASAK LEMAK KETAM NANAS
BAHAN-BAHAN
- 1.5 kg ketam merah saiz sederhana (lebih kurang 10 ekor)
- 1 biji nanas madu – dihiris nipis (guna nanas biasa pun boleh, tapi pilih yang masak)
- 5 batang serai (dititik)
- ½ biji cili epal hijau (cili benggala) – dipotong memanjang
- 2 helai daun kunyit – disiat dan disimpul
- 1 kg pati santan (ambil 1 cawan pati santan dan campur 1 cawan air untuk dijadikan santan cair)
- 1 keping asam gelugor
- Garam, gula, dan serbuk perasa
BAHAN-BAHAN (DIKISAR HALUS)
- 40 gram kunyit hidup
- 1 biji bawang besar India
- 1 biji bawang besar Holland
- 3 ulas bawang putih
- 20 gram halia
- 5 biji cili padi merah
- Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Ketam disiang dan dibasuh bersih. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang telah dikisar, serai, dan asam gelugor. Masukkan air sehingga paras ketam tenggelam. Masak sehingga mendidih dan ketam bertukar warna.
- Tuangkan santan cair, kacau dan biar mendidih sekali lagi.
- Masukkan nanas. Selepas nanas lembut, tuangkan pati santan dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa jika suka. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih dengan api yang sederhana. Akhir sekali masukkan cili epal hijau dan tutup api.
Kredit resipi & foto: Kak Noor
KETAM GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- Ketam
- Sedikit tepung jagung
- Telur masin direbus
- Daun kari
- Cili padi ikut kepedasan masing-masing
- 2 sudu makan mentega
- Susu cair | anggaran 1/2 cawan
- Minyak untuk menggoreng
- Sedikit gula
CARA MEMASAK:
- Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.
- Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
- Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.
- Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.
- Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.
- Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi.
- Ok siap! Sedia dimakan dengan nasi panas.
Kredit resipi & foto: Izzati Insyirah Rosli
KETAM REBUS KETUK SERAI
BAHAN-BAHAN
- 2 ekor ketam- belah dua
- 2 batang serai- diketuk
- 5 ulas bawang putih diketuk
- Air- dalam 1 1/2 – 2 gelas
- Garam- dalam 1/2 sudu kecil
- Gula- dalam 1 1/2 sudu kecil (rasanya mesti manis masin)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan ketam ke dalam periuk.
- Masukkan serai, bawang putih, garam dan gula.
- Masukkan air.
- Rebus hingga menggelegak dan ketam masak.
- Siap.
Kredit resipi & foto: Cik Wan
CHILLI CRAB
BAHAN-BAHAN
- 2 ekor ketam saiz besar (anggaran 1kg)
- *2 labu bawang besar – saiz sederhana
- *3 ulas bawang putih
- *3 batang serai
- *1 inci halia
- 5-6 sudu besar cili kisar
- 2 sudu kecil rempah kari ikan
- 2 sudu kecil sos ikan
- 2 susu kecil seasoning sauce jenama Maggi
- 2-3 sudu besar sos tomato
- 2-3 sudu besar sos cili
- Air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- 1 biji telur
- Minyak
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan ketam dan kukus hingga masak. Pastikan jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras.
- Kisar bahan bertanda *. Tumiskan bersama cili kisar hingga garing.
- Masukkan rempah kari.
- Masukkan semua sos dan seimbangkan rasanya.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan sedikit air jika sos terlalu pekat.
- Kacau telur dan masukkan ke dalam sos. Kacau cepat-cepat.
- Masukkan ketam dan kacau sebati.
INFO: Terdapat juga versi ketam digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sos, tetapi hasilnya isi agak kering berbanding dikukus.
Kredit resipi & foto: Chah
SAMBAL KETAM BERTELUR
BAHAN-BAHAN
- 2 ekor ketam – cuci bersih dan kerat dua
- 7 tangkai cili kering – (dikisar berasingan)
- 4 biji bwg merah (dikisar)*
- 2 ulas bawang putih (dikisar)*
- 1 inci halia (dikisar)*
- 1 biji telur
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu sos tomato
- Sedikit air
- Garam dan gula
- Minyak utk menumis
- Hiasan – daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN
- Kisar semua bahan yang bertanda *
- Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau sebati.
- Selepas itu masukkan ketam dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. dan terbalikkan ketam sekali-sekala.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kacau dengan garfu.
- Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas ketam. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap dan tutup api.
- Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Norizam Kadir
KETAM GORENG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN
- 2 ekor ketam (dibersihkan dan dibelah 2)
- 3 sudu besar cili sos
- 1/4 cawan cili kering (dikisar)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- Sedikit air
- 5 helai daun limau purut
- Sedikit minyak
- Sedikit kunyit serbuk
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Perasa (optional)
BAHAN HIRIS
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
- Gaul ketam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit serta serbuk lada hitam. Ketepikan.
- Panaskan minyak. Goreng ketam setengah masak. Ketepikan.
- Dengan minyak yang berbaki tambah bahan hiris. Goreng sehingga naik bau.
- Tambahkan cili kering. Biarkan cili masak. Kemudian tambahkan sos tiram, daun limau purut serta sos cili. Gaul rata. Tamabahkan juga sedikit air,garam gula serta sedikit perasa. Letakkan ketam yang telah digoreng tadi. Kemudian gaul rata.
- Biar sos mereneh dan memekat dan meyelaputi ketam tadi. Letakkan bawang besar dan biarkan bawang sedikit layu dan bolehlah diangkat.
Kredit resipi & foto: Umie Jazz
KETAM KARI GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN (UNTUK PERAPAN KETAM)
- 1 kilo ketam bunga *cuci bersih dan toskan
- 3 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Gaulkan kesemua bahan di atas dan perapkan.
BAHAN (UNTUK BATTER@SALUT)
- 2 cawan tepung beras
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 2 sudu besar serbuk bawang putih *ada di pasaran *garlic powder
- Sedikit garam
- Air secukupnya
- 1 biji telur
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan kesemua bahan di atas dan jadikan batter yang separa pekat *tidak cair.
- Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng, minyak haruslah betul-betul panas.
- Celupkan ketam di dalam batter dan gorengkan sehingga keperangan dan bukan terlalu garing!
INFO: Untuk dapatkan daun kari yang garing dan cantik, pastikan minyak betul-betul panas. Lurutkan daun kari *kering dan tidak basah. Masukkan ke dalam minyak panas dan angkat setelah daun kari tidak lagi berbuih di atas minyak (daun kari dah tak meletop)
Taburkan diatas ketam.
Kredit resipi & foto: Shahriah Abdullah
KETAM MASAK LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
- 3 ekor ketam di belah dua dan siang
- 3 biji bawang merah kecil – di mayang halus
- 3 -4 ulas bawang putih – di mayang halus
- 1/2 inci halia- mayang halus
- 5 biji cili bangla merah – potong dua serong
- 1 helai daun kunyit – potong besar
- 1 kotak santan
- 3 cawan air
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan dalam periuk dan masukkan air 1 cawan.
- Apabila mendidih sedikit, masukkan ketam dan sedikit santan, tambahkan 2 cawan air dan biarkan dalam 10 minit.
- Perasakan dengan garam dan boleh matikan api.
- Siap dihidangkan, paling sesuai ada hidangan sambal sebab masak lemak ni memang tidak pedas.
Kredit resipi & foto: Norhidana Miswan
KETAM PAPRIK THAI
BAHAN-BAHAN
- Ketam (sekilo)
- Serai -2 batang ( dihiris halus)
- Daun kari – lebih kurang 20 helai ( terpulang pada anda)
- Daun limau purut – 8 helai
- Bawang putih – 4 ulas
- Garam
- Kunyit hidup
- Limau nipis
- Gula
- Cili
- Sos tiram
- Sos tomato
- Sos cili
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk garam + kunyit sehingga lumat dan sapu pada ketam dan perap dahulu lebih kurang 30 minit. – goreng menggunakan minyak panas.
- Tumbuk bawang putih, cili dan sedikit serai yang dihiris tadi sehingga lumat.( Bahan A).
- Panaskan minyak dan masukkan bahan A tadi sehingga naik bau dan masukkan serai yang dihiris, daun kari, daun limau purut, perahkan asam limau nipis tadi. Kemudian masak sehingga naik bau, setelah itu masukkan air (terpulang pada anda) samada nak banyak kuah atau tidak.
- Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, garam, gula, serbuk perasa. Teruskan menggoreng sehingga menggelegak.
- Setelah menggelegak, masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan masak di dalam sos yang dibuat ini. Masak bersama ketam sehingga menggelegak.
- Ambil tepung jagung sedikit+air sedikit, kacau dan masukkan dalam kuah ketam ini. Gaul (bertujuan untuk memekatkan kuah). Siap dimasak dan boleh dihidangkan (boleh dihias dengan daun ketumbar)
Kredit resipi & foto: Cik aszpalela
TOMYAM SEAFOOD
BAHAN-BAHAN
- 200gm sotong (dihiris)
- 200gm udang sederhana (dibuang urat)
- 2 ekor ketam (belah 2)
- 1 liter air
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 2 batang serai (dipotong serong)
- 3 hiris lengkuas
- 4-5 tangkai cili padi (diketuk)
- 2 biji tomato (belah 4)
- 2 sudu besar pes tomyam
- 2 sudu besar sos ikan
- 3-4 biji limau nipis (ambil jusnya)
- 2-3 helai daun limau purut
- ½ labu bawang besar (potong tegak)
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun ketumbar dan daun bawang (dihiris)
CARA PENYEDIAAN
- Didihkan air bersama serai, lengkuas dan bawang putih. Masukkan udang, sotong dan ketam. Celur sebentar dan angkat. Ketepikan.
- Masukkan pes tomyam, sos ikan, bawang besar, cili padi dan tomato. Biarkan hingga mendidih.
- Akhir sekali, perasakan dengan jus limau, garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan masukkan semula udang, sotong dan ketam yang dicelur tadi.
- Sajikan dengan daun ketumbar dan daun bawang.
INFO: Udang, sotong dan ketam dicelur dahulu bagi mengelakkan jusnya mempengaruhi rasa masam tomyam.
Kredit resipi & foto: kakwan
Selamat mencuba!