1. Campurkan susu suam, gula dan yis. Kacau dan biarkan 5 minit atau sehingga yis naik. 2. Tepung gandum, mentega, telur, dan garam gaul sebati. Kemudian masukkan air bancuhan yis tadi. 3. Uli sehingga menjadi elastik. Saya uli lebih kurang 20-25 minit (kalau ada bread maker atau mixer lagi senang kerja).
4. Biarkan doh mengembang 2 kali ganda dalam keadaan bertutup (1 jam). 5. Kembang doh tadi, tumbuk-tumbuk sikit buang untuk angin. 6. Buat bulat-bulat dan timbang doh 35g setiap satu. Kemudian, biarkan 10 minit. 7. Ambil doh kemudian gelek memanjang. Ambil pisau atau pizza cutter potong macam dalam gambar. Potong jangan bagi putus okay.
Enak sungguh masakan Kelantan, selain Nasi Kerabu dan Nasi Dagang banyak lagi masakan yang menjadi kegemaran ramai masyarakat Cik Siti Wan Kembang ini yang enak dan menguja rasa. Untuk berbuka hari ni, RASA kongsikan 5 menu popular Kelantan yang pasti membuka selera.
1. KERUTUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam biasa, boleh juga gunakan ayam kampung dan itik.
2. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Apabila terasa bosan dengan kuetiau goreng, apa kita cuba buat kuetiau ladna. Hidangan ini sedikit berkuah dan cukup lengkap dengan protein dan juga sayur-sayuran.
Jom kita lihat langkah demi langkah untuk membuat kuetiau ladna ini.
KUETIAU LADNA
LANGKAH DEMI LANGKAH CARA MEMBUAT
1. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan sebungkus kuetiau yang jenis halus.
2. Letak kicap anggaran 5 sudu besar. Gaulkan sebati. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak masak. Tumis 4 ulas bawang putih yang dicencang halus sampai naik bau.
4. Masukkan isi ayam.
5. Letak sedikit lada sulah. Ini untuk hilangkan bau hanyir ayam.
6. Masuk udang. Boleh juga guna sotong.
7. Masukkan cili padi. Jumlah cili padi bergantung kepada tahap pedas yang anda suka.
8. Masuk lobak merah dan batang pak choy. Kacau lagi.
9. Letak 2 atau 3 sudu besar sos tiram.
10. Masukkan 4 cawan air.
11. Masukkan kiub ayam.
12. Masukkan cili merah dan cili benggala hijau.
13. Perasakan dengan garam ikut cita rasa.
14. Bancuh 1 sudu besar tepung jagung dengan sedikit air.
15. Pecah 2 biji telur ayam. Masuk dalam kuali. Kacau sikit-sikit je.
16. Masukkan sayur.
17. Siap.
18. Cara penyediaan, tuang kuah atas kuetiau yang telah disiapkan tadi.
Bagi anda yang suka makan hidangan barat, boleh cuba buat sendiri Creme Meatball ni. Istimewanya resipi ni ajar anda buat bebola daging hinggalah ke penyediaan sos. Mudah. Tak perlu lagi beli bebola daging sejuk beku. Jom cuba. Anda pasti suka.
CREME MEATBALL
BAHAN MEATBALL:
300gm daging kisar
1/2cawan serbuk roti
Sedikit hirisan daun parsli
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
BAHAN SOS:
2 sudu makan mentega
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan krim masam
1/2cawan susu rendah lemak
2 sudu makan serbuk keju parmesan
2 ulas bawang putih – ketuk kasar
1 mangkuk air
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan meatball, masukkan daging cincang dalam mangkuk dan campurkan serbuk roti, telur, serbuk lada hitam, hirisan daun parsli, garam dan serbuk pati ayam. Gaul rata.
Cubit doh, bulatkan dan golek dalam bekas berisi tepung gandum. Ulang langkah hingga habis adunan.
Panaskan minyak, goreng meatball hingga habis, Ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan mentega, kemudian masukkan bawang putih dan sedikit air. Biarkan hingga bawang agak garing.
Keluarkan bawang putih, masukkan tepung. Kacau hingga keperangan.
Masukkan krim masam dan kacau lagi hingga sebati.
Tambahkan susu rendah lemak. Setelah mereneh, kecilkan api.
Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan serbuk pati ayam. Kacau rata.
Masukkan meatball yang telah digoreng tadi ke dalam sos.
Taburkan serbuk keju parmesan diikuti hirisan daun parsli.
Padamkan api. Creme Meatball sedia untuk dihidangkan.