Suka makan Puding Roti? Ha…Berita baik buat anda. Biasanya kalau buat sandwich atau kudapan anak-anak yang menggunakan roti, pastinya bahagian tepi @ kerak roti ni tidak mahu dimakan. Betul tak? Tak sedap katanya. Tapi sayangnya nak buang. Untuk elakkan pembaziran, anda boleh hasilkan Puding Roti sedap mengguna kerak roti ni.  Tengok hasilnya. Macam hidangan mewah pula. Jom cuba resipi perkongsian Iman Aisya ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI PUDING ROTI SEDAP 

Cara Buat Puding Roti Sedap Guna Kerak Roti.

BAHAN-BAHAN:

  • Roti – potong kecil (sebab masukkan dalam bekas loyang muffin. Nak letak dalam aluminium foil pun boleh).
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan gula
  • 1/2 ketul mentega -cairkan
  • Susu segar@susu full cream@susu cair

( Pukul bahan-bahan di atas ( kecuali roti) dalam 3 minit untuk sebati.)

IKLAN

 

CARA MEMASAK:

  1. Rendam roti di dalam bancuhan berisi telur, susu, gula dan mentega tadi. Gaul hingga basah semuanya.
  2. Masukkan ke dalam acuan muffin. Jika perlu, oles dulu acuan dengan sedikit mentega.
  3. Jika suka, boleh taburkan kismis, bijan, coklat cip atau pumpkin seeds.
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170C selama 30 minit.

Cara Buat Puding Roti Sedap Guna Kerak Roti.

BAHAN SOS KASTARD:

IKLAN
  • 1/2 ketul mentega
  • 1/2 tin susu cair atau susu segar
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu makan tepung kastard – bancuh dengan sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega di dalam periuk.
  2. Masukkan susu cair, gula dan tepung kastard.
  3. Didihkan seketika. Kepekatannya punya terpulang pada kesukaan masing-masing sama ada inginkan sos yang sedikit pekat atau cair.
  4. Angkat dan nikmati bersama roti yang dibakar tadi.

 

Kredit resipi & foto: Iman Aisya

 

IKLAN

JANGAN LUPA CUBA RESIPI NI JUGA YA

Cara Buat Roti Sandwic Homemade Yang Sedap & Lembut

Cara Buat Puding Roti Keju Sedap Guna Lebihan Roti Sandwic.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI