Siapa di sini suka makan roti? Tak kisahlah jenis roti yang macam mana pun, sama ada kosong mahupun ada inti di dalamnya.

Plain buns ni guna resipi asas roti. Boleh bentukkan dan letak inti kegemaran.

Menerusi perkongsian resipi daripada Keroroyz Royz, plain bun ini kalau saiz kecil berat 40g-50g. Saiz bun besar 60-80g. Resipi ini menghasilkan 6 biji bun.

 

CARA BUAT PLAIN BUNS

Cara Buat Plain Bun Homemade Lembut & Gebu

BAHAN-BAHAN:

500g tepung roti | diayak – beli online di sini
250ml susu segar
75g mentega | dicairkan – beli online di sini
3 sudu besar gula kastor – beli online di sini
1 biji telur gred A | dipukul ringan
2 sudu teh yis segera – beli online di sini
1 sudu teh bread softener (BS) | optional – beli online di sini
1 sudu teh bread improver(BI) | optional – beli online di sini
1 sudu teh garam
Sapuan – 1 biji telur + 2 sudu besar susu segar | whisk
HIASAN – bijan hitam & putih

IKLAN

Cara Buat Plain Bun Homemade Lembut & Gebu

TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung

TONTON Dapur Rasa Live: Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese

CARA-CARA:

1. Masukkan kesemua bahan cecair iaitu susu, mentega dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Diikuti dengan garam dan gula.
2. Kemudian masukkan tepung, BS & BI. Buatkan satu lubang kecil dengan jari di atas tepung lalu, masukkan yis.
3. Tekan setting doh (10) dan tunggu selama 1 jam 30 minit hingga selesai dan doh naik cantik.

IKLAN

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Cara Buat Plain Bun Homemade Lembut & Gebu
4. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh. Keluarkan doh, bahagi doh sebanyak 6 biji atau timbang seberat 148g sebiji doh.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Cara Buat Plain Bun Homemade Lembut & Gebu

5. Rounding dan susun di dalam loyang. Biarkan doh naik selama 40 minit atau hingga 1.5 – 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan bahan sapuan.
6. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Keluarkan dari ketuhar. Selepas 5 minit, pindahkan ke atas rak dawai dan biarkan sejuk.

IKLAN

Kredit resipi: Keroroyz Royz

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi Bomboloni Lembut, Mudah & Gebu, Guna Dua Filling Berbeza

Resipi Mudah Bun Sardin, Kejap Je Buat Dah Siap

Guna Resipi Sama, Boleh Dapat 2 Jenis Roti Bun

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI