Nasi ulam ada pelbagai versi, ada versi utara, versi timur dan pelbagai cara pembuatannya.
Resipi nasi ulam kali ini versi pantai timur iaitu negeri Terengganu. Menerusi perkongsian daripada Muliadi Ramli, nasi ulam ini salah satu yang digemari suatu masa dahulu.
NASI ULAM TERENGGANU
BAHAN A: ULAM Daun kunyit Daun selom Daun cekur Daun pegaga Pucuk tenggek burung Pucuk putat Pucuk jambu golok Pucuk ulam raja Daun kesom Daun selasih Daun kemangin Bunga Kantan Serai Pucuk pegaga Kacang botol Cili padi – beli online di sini *semua bahan di atas dimayang atau dihiris halus
5 biji bawang merah – beli online di sini 3 sudu besar lada hitam – beli online di sini 3 ekor ikan selayang | dibakar 2 ekor ikan kering | digoreng *semua bahan B ditumbuk
1. Goreng kelapa bagi kering sedikit. Masukkan bahan B, gaul rata. 2. Masukkan kerisik, garam, gula dan perasa. Gaul-gaulkan bersama. Bila agak-agak sebati, tutup api.
IKLAN
3. Kemudian bolehlah dicampurkan nasi, ulam-ulaman dan kelapa bersama bahan B tadi. Gaul rata dan sebatikan, siap. 4. Boleh makan dengan telur masin dan keropok keping atau apa-apa lauk kegemaran.
Siapa yang tak suka makan lauk-pauk warisan orang lama. Sajian kali ni bukan orang Johor aje suka, semua rakyat Malaysia pun boleh ‘jatuh cinta’ dengan masakan ni.
Ni min kongsikan 4 sajian dari daging, sotong dan tempe. Resipi No 4 jangan lupa semak,Nasi Beringin tapi diolah sikit letak daun pudina dari hotel The Pearl KL. Resipi yang lain tu dari Bunga Lawang Cafe dan Hotel Seri Petaling, KL. Cubalah nanti, sedap teramat tau.
1. DENDENG DAGING
Bahan-bahan :
1 kg daging batang pinang
1/2 kg cili merah/ buang biji dan kisar kasar
1/2 kg bawang besar/dikisar
Sedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat
2/3 sudu makan cuka
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak: 1. Rebus daging hingga lembut. 2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang. 3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan. 4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar. 5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata. 6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Dendeng boleh tahan lama, jika disimpan dalam bekas kedap udara
INFO CHEF: Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
2. SOTONG MASAK HITAM
Bahan-bahan :
6- 7 ekor sotong saiz sederhana
*3 ulas bawang putih /ditumbuk
*1/2 inci halia /ditumbuk kasar
*1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar
*1 sudu teh serbuk jintan manis
*1 sudu teh serbuk jintan putih
*1 sudu teh serbuk lada hitam
1 labu bawang besar /dihiris bulat
2 – 3 batang cili hidup/ padi
1 batang serai /diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak : 1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG. 2. Kemudian tos dan ketepikan. 3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *. 4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap. 5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air. 6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap .
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
3. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN :
300 gm hati ayam
200 gm kacang panjang
6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
100 gm fucuk | direndam dahulu
150 gm soo hoon | direndam dahulu
20 ml kicap manis
100 gm pes cili kering
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dihiris :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. 2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam. 4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam. 5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
INFO CHEF: Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
4. NASI BERINGIN DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN :
4 cawan beras basmathi
4 cawan santan /diperah dari sebiji kelapa (pekat dan cair)
2 sudu makan minyak sapi atau majerin
2 batang serai /diketuk
5 ulas bawang putih /dicincang
1 biji bawang besar /dihiris
1.5 sm halia /dihiris
2 helai daun pandan / disiat dan disimpul
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu makan halba
Garam secukup rasa
100 gm daun pudina /dikisar dengan sedikit air
CARA MEMASAK : 1. Basuh berat terlebih dahulu dan toskan. Rendam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam. 2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bawang, bawang putih, serai, halia, bersama rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) dan halba hingga naik bau. 3. Sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi. 4. Kemudian masukkan santan, dan daun pudina yang telah dikisar dan daun pandan. 5. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila kuah pekat dan surut, tutup periuk dan kecilkan api. 6. Biarkan nasi hingga masak, dan kacau sesekali supaya ia berderai. 7. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidang
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan didih Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Seakan rasa nasi lemak, tetapi kurang rasa lemaknya. Ramuan halba dan rempah menjadikan ia lebih berempah dan beraroma.
INFO CHEF : Nasi beringin sangat popular di Muar, Segamat dan Batu Pahat, Johor. Ia adalah masakan tradisi orang Johor lama.
Sajian laut Baba Nyonya atau Cina Peranakan memang serasi dengan tekak orang Melayu. Pengaruh sajian Melayu terutama bahan ramuannya banyak yang menyamai ramuan sajian Melayu.
Ni dua sajian ikan resipi Cina Peranakan yang dikongsi oleh Kolej Yayasan Felda Pahang. Berbaloi-baloi untuk dicuba …
IKAN GERANG ASAM
BAHAN-BAHAN :
1 keping kepala ikan merah
1 kuntum bunga kantan
2 sudu makan asam jawa
2 helai daun limau purut
1 tangkai daun kesum
2 biji bendi
1 biji tomato
1/2 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3-5 sudu makan cili kisar
Bahan kisar halus :
5-7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
50gm kunyit hidup
50gm lengkuas
30gm serai | dihiris
1 biji buah keras | dihiris
15gm belacan
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu. 3. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), biarkan ia mendidih. 4. Masukkan ikan, kiub ikan bilis dan masak seketika. Tambah bendi, daun kesum dan daun limau purut. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa 6. Akhir sekali masukkan tomato yang telah dibela empat, masak sebentar dan rasa. 7. Tutup api dan hidang panas bersama nasi.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 1 jam 15 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya Keistimewaan : Resipi ni seakan asam pedas, tapi ada rasa uniknya tersendiri Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Usah biarkan ikan masak terlalu lama untuk mengelakkan ikan hancur
IKAN TENGGIRI CHUAN-CHUAN
BAHAN-BAHAN :
3 keping ikan tenggiri
50gm kunyit serbuk
10gm garam
Minyak masak secukupnya
Bahan tumis :
2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris atau tumbuk
2 biji cili merah | dihiris
3 sudu makan taucu
100ml air asam jawa
Bahan hiasan :
10gm bawang goreng
10gm daun bawang
CARA MEMASAK : 1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit, garam dan goreng ikan tenggiri sehingga garing, dan ketepikan. 2. Ambil sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bahan tumis seperti bawang besar, bawang putih, dan hirisan cili merah sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa. 4. Biarkan kuahnya pekat sedikit, apabila pekat masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa. 5. Setelah masak tuangkan kuah di atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. 6. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : goreng Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya Keistimewaan : Ramuan taucu memberikan rasa lemak masin yang lazat. Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Gunakan non stick pan ketika menggoreng ikan bagi mengelakkan isi ikan melekat pada kuali.
RESIPI :MOHAMAD RIZAM HUSSIN, MUHAMMAD AMIRUDDIN ABU BAKAR TERIMA KASIH :Kolej Yayasan Felda Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak, Pahang.http://www.yayasanfelda.org
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENARIK, JOM LAYARINYA DI SINI.
Tiada yang lama, tak adalah yang baru! Resipi ni memang sesuai untuk mereka suka makan kudapan ini tapi malas nak buat dan nak menggentel. Terasa teringin nak makan “Kuih Siput” boleh cuba versi pasta shell ni. Memang kreatif! Hanya dengan 3 bahan kamu dah boleh menikmatinya dengan berselera. Jom cuba!
RESIPI GUNA 3 BAHAN:
Pasta shell
Tepung goreng ayam
Daun kari
CARA MEMASAK:
Rebus pasta separuh masak.
Toskan dan gaul dng tepung goreng ayam…
Tepung jangan banyak.. Agak2 pasta tu bersalut je (boleh rujuk gambar)
Goreng dengan minyak yang banyak api sederhana sampai garing… kalau x garing nanti pasta akan liat…
okey… siapppp!