Kalau rasa teringin nak makan pizza, boleh je buat sendiri di rumah. Menariknya, resipi yang dikongsi oleh Mengrong Chai ini hanya menggunakan cup bersaiz kecil. Comel-comel belaka. Anak-anak mesti teruja nak makan. Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan.
Mesti ramai sukakan kuih Bakar Daging atau dikenali juga sebagai Kuih Bakar Berlauk. Kali ini RASA sharekan resipinya dengan cara membuat yang sangat mudah, sukat guna cawan je. Bahan-bahan pun hampir setiap dapur rumah kita ada menyimpannya. Apa lagi petang ni korang boleh cuba, taka da acuan, boleh guna loyang je.
KUIH BAKAR DAGING BAHAN: BAHAN INTI: 250 gm daging | dicincang halus 1 1/2 sudu makan rempah daging | jenama ikut pilihan 1 labu bawang besar | dicincang Sedikit daun sup/ketumbar | boleh lebih jika suka Garam dan perasa secukup rasa
BAHAN ADUNAN TEPUNG: 3 cawan tepung gandum 3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak 3 cawan air 5 biji telur Sedikit garam Sedikit pewarna kuning Daun bawang Minyak sapi/marjerin
CARA MEMBUAT:
Sediakan inti:Panaskan kuali dan masukkan satu makan minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan.
Masukkan rempah dan goreng sampai wangi.
Kemudian masukkan daging dan masak sehingga kering.
Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk adunan tepung: Pukul telur hingga kembang. Masukkan semua bahan cecair ( susu dan air ). Kacau sampai rata
Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan dalam blender dan kisar supaya halus.
Tambah sedikit pewarna kuning dan sedikit garam ( Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging tadi kan dah ada perisa).
Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar.
Ambil acuan kuih bakar. Letakkan di atas dapur, bubuh 1/2 sudu besar minyak sapi atau marjerin. Panaskan.
Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan.
Biar kira-kira satu minit, kemudian sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan-lahan dan taburkan hirisan daun sup atau ketumbar. Mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan.
Bila nampak garing pada bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 C, menggunakan api atas sahaja ( jika ada ) selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven.
Dengan menggunakan pisau, keluarkan kuih ketika masih panas.
Acar Rampai antara menu sayur sampingan yang dihidangkan bersama lauk-pauk bila ada pelbagai jenis kenduri kendara. Gabungan sayur lobak merah dan timun dalam acar ini akan lebih sedap kalau ia rangup, tidak berair serta cukup rasa masam, manis dan sedikit pedasnya. Kalau anda nak cuba, berikut disertakan resipinya.
RESEPI ACAR RAMPAI BAHAN-BAHAN : BAHAN HIRISAN:
2 biji timun
2 batang lobak merah
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 biji cili padi hijau
4 inci halia BAHAN KISAR:
1 peket kecil udang kering
15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia BAHAN LAIN:
2 cawan cuka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
Garam halus
Ajinomoto
Kapur makan
Minyak masak
Biji sawi | disangai
CARA MEMBUAT :
Timun (dibuang empulur), lobak merah dan halia dihiris memanjang seperti batang mancis.
Rendam dalam air kapur selama 15 minit (supaya rangup). Kemudian dibasuh dan dituskan hingga kering airnya.
Bawang merah dan bawang putih jika besar ukurannya hendaklah di belah dua. Cili Padi dibuang tangkai.
Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering hingga halus.
Panaskan minyak hingga pijar dan tumiskan bahan-bahan yang telah diblend tadi hingga naik minyak.
Kemudian masukkan cuka, air, gula, garam halus dan perasa. Masak bahan selama 1/2 jam hingga kuahnya pekat.
Bila kuah telah pekat baru masukkan halia, lobak merah, bawang merah, bawang putih, cili padi dan timun. Gaulkan hingga rata baru masukkan biji sawi yang telah disangai dan gaul lagi hingga rata dan tutup api.
Biarkan acar di dalam kuali selama 1/2 jam barulah dihidangkan ( supaya bahan tumisan meresap dalam bahan hirisan tadi)
INFO: Acar rampai sedap di makan bersama nasi panas atau nasi minyak atau nasi beriani.
Memang wajib jika makan soto kena ada sambal kicap untuk menambah rasa keenakan soto. Sambal kicap nampak mudah tetapi kena betul bahan ramuannya untuk dapat rasa yang padu.
SAMBAL KICAP BIHUN SOTO
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang besar dipotong kasar
1 labu bawang putih
15 tangkai cili hijau besar
33 tangkai cili merah
1 botol kicap pekat
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Info: Jika ingin lagi pedas boleh tambahkan cili padi
CARA MEMASAK:
Semua bahan dipotong kasar-kasar
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu hingga naik bau.
Selepas itu baru masukkan bawang merah. Tumis hingga layu.
Kemudian masukkan semua cili. Goreng sampai semua layu. Selepas itu matikan api.
Bila semua bahan sudah sejuk. Baru masukkan dalam blender. Masukan satu sudu gula dan 1 sudu kecik garam.
Masukkan kicap dan kisar hingga halus. Jika tidak mahu terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.