Kuih Tako Sengkung ni memang jadi kegemaran ramai. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa rangup sengkuang menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan ramai. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako Sengkuang ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Iza Fenny ni. Pasti menjadi dan puas hati.

RESIPI KUIH TAKO SENGKUANG CINA COMEL

Cara Buat Kuih Tako Letak Sengkuang Cina Paling Senang & Sedap

BAHAN LAPISAN BAWAH (HIJAU @PANDAN)
1 cawan tepung jagung – beli online disini
5 cawan air
1 cawan gula – beli online disini
5 biji sekuang cina (jika suka)
Pewarna hijau – beli online disini

LAPISAN ATAS: (SANTAN @PUTIH)
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan (empunya resipi guna 1 kotak kecil (200ml) santan kotak kara. Jadikan 4 cawan) – beli online disini
Sedikit garam

Cara Buat Kuih Tako Letak Sengkuang Cina Paling Senang & Sedap

CARA MEMASAK:

1. Sediakan acuan daun pandan atau bekas plastik. Ketepikan.

Cara Buat Kuih Tako Letak Sengkuang Cina Paling Senang & Sedap

Cara Buat Kuih Tako Letak Sengkuang Cina Paling Senang & Sedap

IKLAN

2. Masukkan semua bahan-bahan lapisan bawah (kecuali sengkuang cina) ke dalam periuk. Kacau sampai sebati.

3. Letak periuk di atas api dan masak guna api sederhana kemudian guna api perlahan.

4. Bila adunan kelihatan likat, masukkan sengkuang cina.

5. Bila adunan sudah menggelegeka likat, padamkan api.

6. Sudukan adunan ke dalam acuan daun pandan atau ke dalam bekas kecil yang bersesuaian. Ketepikan.

Cara Buat Kuih Tako Letak Sengkuang Cina Paling Senang & Sedap

IKLAN

7. Seterusnya untuk memasak lapisan santan, masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak hingga mendidih. Padamkan api.

8. Sudukan ke dalam bekas berisi lapisan hijau tadi.

Cara Buat Kuih Tako Letak Sengkuang Cina Paling Senang & Sedap

9. Masukkan Kuih Tako Sengkuang Cina ke dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati kerana kuih ini enak dimakan sejuk.

 

Kredit resipi & foto: Iza Fenny

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Cokodok Pisang Sedap, Lembut & Tak Serap Minyak.

Resipi Daging Dendeng Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Kg Daging.

Resipi Kek Buah Paling Mudah. Hanya Guna 3 Bahan Sahaja.

Resipi Mi Celup Thai Paling Padu & Sedap. Masak Sendiri Je

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI