Kuih Lepat Labu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Asma Mohamed antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI KUIH LEPAT LABU SEDAP & MUDAH

Cara Buat Kuih Lepat Labu Sedap Untuk Minum Petang

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan labu – rebus dahulu labu hingga lembut kemudian baru disukat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung ubi kayu
  • 3 ½ sudu makan gula
  • Secubit garam
  • Santan pekat – jumlah agak-agak supaya adunan tidak cair dan tidak terlalu pekat
  • Daun pisang secukupnya – bersih & layurkan

BAHAN INTI:

  • Kelapa putih parut
  • Manisan @ gula melaka secukupnya
  • Sedikit air
  • Secubit garam
  • 1-2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:
1. Sediakan inti terlebih dahulu. Satukan semua bahan inti dan masak sehingga manisan @ gula melaka larut. Tekstur inti paling sedap ialah bila ia agak lembab dan tidak kering.
2. Untuk adunan lepat, satukan semua bahan dan adun hingga sebati.
3. Untuk membungkus lepat, ambil daun pisang yang telah dipotong dan dilayur.
4. Ambil 2 sudu makan adunan lepat, letak atas daun pisang.
5. Seterusnya, ambil 1 sudu teh inti. Balut daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.

Cara Buat Kuih Lepat Labu Sedap Untuk Minum Petang
6. Panaskan periuk kukusan dan susun kuih lepat tadi. Kukus selama 25 minit atau hingga masak.

IKLAN

Cara Buat Kuih Lepat Labu Sedap Untuk Minum Petang
7. Sedia untuk dinikmati.

Cara Buat Kuih Lepat Labu Sedap Untuk Minum Petang

Kredit resipi & foto: Asma Mohamed

IKLAN

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:

Sangat Sedap. Ini Resipi Wajik Durian Guna 100% Gula Anau.

Resipi Kuih Bom Sedap, Lembut & Gebu Hanya Guna 4 Bahan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI