Sekarang ni asyik hujan je kan? Sedap kalau buat jemput-jemput pisang atau juga dipanggil cekodok pisang. Melalui facebook group Rasa Share Resipi, Iedaa Jahaya berkongsi resipi jemput-jemput pisang yang garing dan tak serap banyak minyak. Jom cuba!
JEMPUT-JEMPUT PISANG
BAHAN-BAHAN
10 biji pisang emas
5 sudu besar gula (beli di sini)
2 cawan tepung gandum
Setengah sudu kecil baking soda
Secubit garam
Air suam
Minyak masak untuk menggoreng.
IKLAN
CARA MEMBUAT
1. Lenyek pisang emas bersama gula sehingga halus.
2. Masukkan tepung gandum, baking soda dan garam. Gaul.
3. Masuk air suam sedikit demi sedikit sambil gaul adunan.
4. Adunan jangan cair sangat. Adunan mestilah boleh dijemput dengan jari.
5. Panaskan minyak masak. Biar betul-betul panas.
6. Masukkan sejemput adunan pisang sehingga muat kuali ikut jumlah minyak masak.
7. Goreng hingga nampak garing dan terus angkat.
Kuih Gegatas merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Banjar. Rasanya yang lemak-lemak manis pasti memikat selera. Namun ia agak sukar diperolehi. Jadi bagi yang nak rasa, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nadia Ismail. Istimewanya, resipi yang dikongsi ini tidak terlalu manis kerana ia tidak disira. Sesuai sangat bagi anda yang tak berapa gemas kuih yang terlalu manis. Namun jika suka Kuih Gegatas yang disira, boleh juga buat sedemikian. Ikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.
Tekak ni kadang-kadang rasa nak makan menu simple je contohnya macam lempeng pisang. Jadikan menu minum petang memang layan. Resipi lempeng pisang ni telah dikongsikan oleh Tiahsa Ariffin di facebook ni nampak mudah dan confirm menjadi resipi lempeng pisang ni. Paling best resipi ni boleh guna blender sahaja dah siap tinggal goreng je lempeng pisang tu. Tunggu apa lagi tu? Jom cuba!
Banyak menu boleh diolah dari roti, asalkan kreatif semua boleh buat. Misalnya, roti dilenyek jadi nipis boleh buat kulit samosa dan didadu kecil kemudian gaul dengan telur campur bahan lain dan boleh menjadi cucur. Hasilnya memang terbaik, mak-mak kalau buat ni, anak-anak mesti suka.
SAMOSA INTI KENTANG BAHAN-BAHAN: 1 paket roti putih 1 sudu tepung | campur dengan sedikit air Minyak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis BAHAN UNTUK INTI KENTANG 3-4 biji kentang | buang kulit dan potong dadu kecil 100gm daging kisar 1 biji bawang Holland | potong dadu kecil 4 ulas bawang putih | cincang halus 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai 2 sudu makan rempah kari daging 1/2 sudu makan serbuk cili Garam dan gula secukup rasa. Sedikit air
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti: Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali. 2. Tumis bawang Holland, bawang bawah putih dan daun kari hingga kekuningan dan wangi. 3. Kemudian masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air. 4. Kacau rata hingga timbul minyak, masukkan daging kisar. 5. Setelah daging kisar bertukar warna, masukkan kentang. 6. Kacau rata dan tambahkan sedikit air untuk mengempukkan kentang. 7. Sentiasa kacau hingga air kering dan kentang empuk. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Setelah cukup rasa, tutup api dan sejukkan. 10. Untuk kulit karipap: Buang bahagian tepi karipap, kemudian gelek roti menjadi nipis. 11. Beruskan campuran tepung dengan air tadi sebagai gam di keliling bahagian tepi roti. 12. Letakkan inti di atas roti dan lipat menjadi bentuk tiga segi. 13. Tekan dengan garpu bahagian tepi (untuk lebih mudah gunakan acuan karipap). 14. Setelah siap karipap sedia digoreng. 15. Panaskan minyak, goreng karipap menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan. 16. Karipap sedia dihidangkan.
INFO : Selain inti kentang, jika ada lebihan sambal bilis atau rendang boleh juga dijadikan inti.
BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ BAHAN-BAHAN:
6 keping roti putih | potong dadu
2 batang sosej | dadu halus
1 biji telur | kacau
2 biji cili merah | cincang halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk. 2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti. 3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata. 4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut. 5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan. 7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi satey. 8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
CHEF: Selain sosej anda boleh juga cincang isi ayam, udang atau ketam. Ikut cita rasa.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...