Anda pernah cuba donut labu? Ha…bagi peminat donut, resipi perkongsian saudari Nita-nvoo Daniels ni boleh anda cuba. Donutnya kelihatan sedap dan gebu. Kalau makan ni, mesti rasa cair di mulut. Fuhhh..Percayalah, satu je tak cukup. Nak cuba buat? Boleh cuba resipi di bawah ini.

 

Cara Buat Donut Labu Gebu Yang Sangat Mudah & Sedap.

IKLAN

BAHAN A:

  • 500gm tepung gandum cap rose
  • 50gm gula halus ( bole lebihkan jika nak manis + labu pun dah manis)
  • 20gm susu tepung 
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 10gm instant yis
    >>( Campurkan 1/2 cawan air suam + 1 sudu besar gula dan instant yis. Sebatikan sehingga yis aktif dan berbuih)

BAHAN B:

IKLAN
  • 2 biji kuning telur
  • 3gm Ovallate
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan labu yang dikukus & dilenyek sehingga halus biarkan sejuk.
  • 150gm air sejuk dari peti ais.
    >> Isi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut . Jangan isi air sekali gus nanti doh terlalu lembik. Bila doh tak melekat ditangan berhenti isi air. ( Puan Nita guna mixer. Kalau uli dengan tangan, guna air suam.)

BAHAN C:

  • 50gm shortening / marjerin 
  • 5gm cream super ( kalau tak ada, boleh abaikan )

BAHAN D:

IKLAN
  • 5gm garam

CARA MEMASAK:

  1. Gaul rata bahan A hingga sebati.
  2. Masukkan bahan B + air sikit demi sedikit. Jangan isi sekali gus nanti doh lembik. Bila dah menjadi doh, berhenti isi air.
  3. Masukkan bahan C dan adun rata. Masukkan juga bahan D dan gaul sebati .
  4. Uli sampai doh menjadi licin dan elastik. ( saya guna mixer dalam 30 minit lebih kurang)
  5. Matikan mixer dan uli dengan tangan selama 3 minit. Tak perlu perap .
  6. Timbang doh 40gm setiap satu dan bulatkan sehingga habis adunan. ( uli sikit sehingga permukaan doh licin )
  7. Tutup adunan dengan kain selama 15 minit.
  8. Selepas 15 minit, tekan doh dan leperkan sedikit dengan tapak tangan. Pastikan tapak tangan disapu dengan sedikit tepung gandum.
  9. Lubangkan adunan donut dengan nozzle atau penutup botol dan tutup dengan kain sehingga doh naik 2 kali ganda (lebih kurang 30 minit.)
  10. Panaskan minyak dan goreng donut dengan api perlahan. Angkat dan toskan.

Kredit resipi & foto: Nita-nvoo Daniels

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI