Cucur udang memang sedap dimakan ketika panas-panas. Cecah pula dengan sos atau sambal kicap. Melalui akaun facebook, Izwahani Zainal berkongsi resipi membuat jemput-jemput udang. Resipinya simple saja tapi rasanya cukup sedap dan sambalnya pula menambah cita rasa. Izwahani tidak menggunakan serbuk penaik sebaliknya dia menggantikannya dengan telur ayam.

CUCUR UDANG

Cara Buat Cucur Udang dan Sos Lada Merah, Simple Tapi Sedap

BAHAN-BAHAN
Tepung gandum (BELI DI SINI)
Telur ayam
Bawang besar | potong dadu (BELI DI SINI)
Kucai | hiris halus
Lada merah | hiris halus
Udang saiz sederhana secukupnya | disiang bersih
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung dengan telur ayam, bawang besar, kucai, lada merah, udang dan garam.
2. Bancuh dengan air sehingga teksturnya tidak pekat dan tidak cair. Sesuai untuk digoreng.
3. Panaskan minyak masak dan goreng sesudu demi sesudu sehingga habis bancuhan.

IKLAN

SOS LADA MERAH

BAHAN-BAHAN
Lada merah
Bawang putih (BELI DI SINI)
Garam
Gula
Cuka/limau kasturi
Air masak

CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga lembut.

IKLAN

Selamat mencuba!

IKLAN

Kredit: Izwahani Zainal

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=aEt_c9-AsQo

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI