Sesetengah dari kita ada yang alah terhadap cuka buatan / tiruan. Asal makan je, pasti perut rasa sakit. Jadi, cuba resipi Cili Jeruk homemade perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni. Menurut beliau, resipi cili jeruk ni menggunakan bahan organik seperti cuka epal dan madu sahaja. Malah boleh juga ganti dengan cuka delima. Hasilnya, cili jeruk yang dihasilkan mempunya rasa lebih sedap, rangup dan peram dalam 5 jam sahaja dah boleh makan. Malah jika simpan selama beberapa hari pun, tekstur cili jeruk masih rangup dan sedap. Bestkan? Jom cuba!

 

CILI JERUK HOMEMADE TANPA GUNA CUKA TIRUAN

BAHAN-BAHAN:

  • Cili hijau secukupnya – dipotong bulat atau serong ikut citarasa
  • 3 sudu makan madu asli
  • 1 cawan cuka epal
  • Air suam secukupnya
  • Garam asli

CARA MEMASAK:

1. Masak air dalam cerek hingga mendidih. Pada masa yang sama, potong cili ikut bentuk yang dikehendaki.

IKLAN

Cara Buat Cili Jeruk Homemade Tanpa Guna Cuka Tiruan.

2. Letak cili dalam bakul berlubang dan basuh. Alirkan air supaya biji cili boleh keluar.

3. Masukkan potongan cili ke dalam mangkuk atau bekas dan tuang air panas. Biar terendam dalam 10-15 minit. Toskan.

4. Dalam botol kaca atau bekas bersesuaian, bancuh madu bersama cuka epal. Kacau hingga sebati.

IKLAN

Cara Buat Cili Jeruk Homemade Tanpa Guna Cuka Tiruan.

5. Masukkan hirisan cili hijau yang telah direndam air panas tadi. Mampatkan.

6. Tambah air suam anggaran 1/4 dari kandungan botol. Tambahkan juga secubit garam asli/Himalaya/pink. Tabur dalam botol atau bekas berisi cili tadi.

IKLAN

Cara Buat Cili Jeruk Homemade Tanpa Guna Cuka Tiruan.

7. Tutup botol dan goncang untuk melarutkan garam.

8. Biar selama 5 jam dan bolehlah dinikmati.

Cara Buat Cili Jeruk Homemade Tanpa Guna Cuka Tiruan.

Cara Buat Cili Jeruk Homemade Tanpa Guna Cuka Tiruan.
Kredit resipi & foto: Norashikin Bt Hasan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI