Untitled design - 2021-06-29T104851.613

Kadang-kadang nak juga bertukar selera bila dah muak mengadap menu yang sama nasi dan lauk pauk. Boleh saja kita pesan dari grab atau foodpanda tetapi harganya jauh lebih mahal. Nak jimat bolehlah cuba buat resipi ini. Rasanya sama sedap macam yang dijual . Ikut langkah membuat pasti menjadi. Resipi ini lengkap dengan cara membuat kentang putar, coleslaw dan sosnya. Jadi memang berbaloi cuba.

Cara Buat Chicken Chop Lengkap Dengan Sos Dan Kentang Putar, Memang Berbaloi Cuba
CHICKEN CHOP
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong 4
Tepung bestari
Minyak untuk menggoreng

Untuk Sos Blackpepper:
1 biji bawang Holland – potong dadu
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 kiub pati ayam
2 sudu besar tepung gandum -bancuh dengan sedikit air dulu
4 -5 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos cili-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk lada hitam-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan air – kalau nak kuah banyak tambah air
Garam dan sedikit gula

Untuk Coleslow:
1/2 biji kubis -hiris halus
2 biji karot – disagat
4 sudu besar mayonis – agak-agak ikut banyak mana kita punya sayur
Sedikit lada sulah, garam dan gula

Kentang putar:
5-6 biji kentang
1 sudu besar butter
1/4 cawan susu segar
Serbuk lada sulah
Garam

IKLAN

Cara memasak:
1.Ayam dibuang tulang, basuh dan toskan airnya.
2.Gaulkan ayam dengan tepung dan sedikit air.
3.Panaskan minyak, masa nak goreng celupkan lagi ayam ke dalam tepung bestari.
4.Goreng dengan api sederhana.
5.Untuk sos pula panaskan butter.
6.Tumiskan bawang hingga layu.
7.Masukkan air.
8.Masukkn kicap, sos tiram, sos cili kalau nak hitam letakkan kicap lebih.
9.Masukkan kiub pati ayam dan bancuhan tepung gandum ( kalau nak kuah pekat boleh tambahkan tepung gandum lagi)
10.Perasakan dengan garam dan gula.
11.Kacau dan masak hingga pekat.
12.Tapiskan dan bawang yang kita tapis nanti kisarkan semula dan masukkan ke dalam kuah sos tadi.

Coleslow
1.Untuk coleslow pulak campurkan semua bahan-bahan tadi dan gaul rata.
2.Boleh letakkan sedikit susu segar jika suka.
3.Dah siap simpan dalam peti sejuk.

Kentang putar
1.Untuk kentang putar pula rebuskan kentang sampai empuk.
2.Lenyekkan dan campurkan dengan bahan-bahan lain.
3.Perasakan dengan garam.
** ayam kalau nak goreng dengan bread crumb pun boleh, salutkan ayam dengan tepung bestari, celupkan dalam telur dan salut dengan bread crumb.
Kredit: Hidayati Hana

IKLAN

Ayam Masak Kurma Resipi Abah. Letak Bahan Rahsia, Patutlah Sedap, Pekat 

Resipi Gulai Ayam Pegaga Buat Yang Merindui Masakan Nogori

IKLAN

http://www.rasa.my/20-resipi-kukus-rebus-istimewa-sempena-ulang-tahun-rasa-ke-20/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI