Kalau kreatif apapun bahan makanan boleh dipelbagaikan cara olahannya, termasuklah mi segera. Siapa sangka mi segera boleh gantikan roti untuk burger daging. Rasa memang sedap, nak buat tak susah mana. Mak-mak kalau buat ni mesti anak-anak suka dan teruja nak makan.

BURGER DAGING MI KERING

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

UNTUK MI

IKLAN
  • 3 keping mi kering | rebus dan tos
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Piring sos saiz besar | untuk acuan

BAHAN PATTY DAGING:

IKLAN
  • 250gm daging kisar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan serbuk roti
  • 1/2 sudu teh garam halus

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • Hirisan timun
  • Hirisan tomato
  • Tomato ceri
  • Beberapa keping keju
  • Sos cili secukupnya
  • Mayones secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat membentuk mi bagi mengantikan roti, pecahkan telur dalam mangkuk kemudian tambahkan garam dan perasa ayam.
  2. Kacau rata, masukkan mi yang telah dicelur ke dalamnya, Gaul lagi.
  3. Seterusnya masukkan campuran telur dan mi dalam piring sos saiz besar sebagai acuan.
  4. Panaskan pengukus dan kukus lima minit.
  5. Setelah mi membentuk seperti roti, bakar pula lebih kurang 7-10 minit supaya mi kelihatan garing keperangan. Setelah siap ketepikannya.
  6. Untuk sediakan petty. Campurkan daging kisar, serbuk lada hitam, serbuk roti dan garam. Gaul rata hingga sebati.
  7. Bentukkan bulat kemudian leperkannya.
  8. Panaskan sedikit mentega di atas kuali leper kemudian goreng daging hingga keperangan lebih kurang lima minit. Jangan terlalu garing, asal masak cukup.
  9. Untuk membuat burger. Ambil dua keping roti mi segera yang telah siap tadi. Sapukan bahagian bawah dengan sos cili, bahagian atas dengan mayones.
  10. Lapiskan atas roti mi lapisan sos cili dengan hirisan timun dikuti, pattie kepingan keju dan tomato.
  11. Akhir sekali lapiskan dengan satu lagi lapisan mi segera yang disapu dengan mayonies..
  12. Burger mi siap dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI