Anda yang suka kudapan bercoklat yang rangup dan mudah disediakan sebagai tambahan kuih raya yang semakin menyusut, boleh cuba buat Brownies Nutellah Flat Cookies yang senang dibuat dan tidak perlu mengambil masa lama membuatnya. Gerenti anak-anak sukanya. Kalau sebalang sekali hadap je ni.

BROWNIES NUTELLA FLAT COOKIES
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
250gm coklat dark compound | cairkan.
2 sudu besar nutella | cairkan dalam pengukus /double boil
150gm tepung gandum+ 1sudu kecil baking powder+1/2 sudu besar tepung beras | ayak bersama
2 bijik telur +1/2 cawan gule perang +1sk esen vanila | whiskkan
BAHAN TABUR:
Hirisan badam
Coklat chip

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Masuk campuran coklat ,mentega dan nutella tadi panas-panas dan kacau.
  2. Masuk tepung kacau lagi hingga sebati. Ketepikan
  3. Lapik baking paper dalam dulang pembakar, letak sesenduk, kemudian ratakan dengan spatular nipis-nipis. Lagi nipis lagi bagus.
  4. Tabur kekacang ikut cita rasa anda.
  5. Bakar suhu 160/170 api atas bawah masa 25 minit hingga 30 minit atau sampai nampak kekacang keperangan.
  6. Tengok ye bergantung oven masing-masing,oven ina kurang panas so lama sikit,ade oven cepat panas so 20 minit boleh cek dah.
  7. Masa panas die memang belum cruncy,jadi potong cepat-cepat, se masa panas dia tak mudah pecah.
  8. Bila sejuk baru amik pisau sisip bawah brownies tadi.
  9. Sejukan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit @azanrusks via resipi_ala_kampung

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI