Terasa nak buat biskut Tat Gulung Cadbury untuk raya nanti? Ramai yang dah cuba dan rasanya memang sedap. Namun biskut ni ada pelbagai versi. Bezanya hanya pada bahan-bahan doh. Salah satu resipi yang mudah ialah resipi yang perkongsian saudari Sri Noratika Hassan ni. Guna 4 bahan je. Jom cuba!

 

RESIPI TAT CADBURY  4 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega/marjerin
  • 1 sudu teh minyak sapi
  • 3 1/4 cawan tepung gandum – disangai sehingga ringan dan diayak.
  • Kepingan coklat cadbury secukupnya – empunya resipi guna yang Dairy Milk
  • Acuan tart
  • Kuning telur | hiasan

Cara Buat Biskut Tat Cadbury Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

CARA MEMASAK:

1. Satukan mentega bersama minyak sapi. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul menggunakan spatula hingga sebati.

2. Uli dan satukan bahan-bahan sehingga menjadi doh yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Rehatkan dalam chiller selama 5-10 minit sebelum diterap.

3. Masukkan doh ke dalam acuan dan terap ke atas dulang. ( jika doh tak pecah atau tak melekat di dulang sewaktu gulung, ia menandakan doh tersebut sangat sempurna.)

IKLAN

Cara Buat Biskut Tat Cadbury Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

4. Ambil sekeping coklat dan gulung bersama doh yang telah diterap tadi dengan secantik mungkin.

Cara Buat Biskut Tat Cadbury Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

Cara Buat Biskut Tat Cadbury Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

5. Akhir sekali, sapukan kuning telur diatas biskut dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C menggunakan api atas bawah.

IKLAN

Cara Buat Biskut Tat Cadbury Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

6. Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar.

Cara Buat Biskut Tat Cadbury Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

7. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang.

Cara Buat Biskut Tat Cadbury Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

IKLAN

TIP : Untuk mendapatkan kesan topping kuning telur yang cantik berkilat, campurkan kuning telur dengan pewarna kuning dan juga setitis dua susu cair.

 

Kredit resipi & foto: Sri Noratika Hassan

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Biskut Semperit Susu Paling Mudah. Hanya Guna 4 Bahan.

https://rasa.my/biskut-raya-ala-famous-amos-yang-sedap-mudah-rangup/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI