Anda suka makan Apam Lenggang? Ni min nak kongsi resipi mudah perkongsian saudari Zaimah Zakaria yang anda boleh cuba buat secara homemade. Senang je rupanya. Bahan-bahan mudah kita perolehi dan sukatannya menggunakan cawan serta sudu. Senanglah nak sukat kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI APAM LENGGANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan tepung beras – beli online DISINI
- 1/2 cawan tepung gandum – beli online DISINI
- 1 1/2 sudu teh yis – beli online DISINI
- 7-8 sudu makan gula pasir – beli online DISINI
- 1 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan kecuali santan. Adun dan perap selama 1-2 jam.
2. Masukkan santan dan kacau sebati. Kalau adunan masih berkutil @ berketul, tapis untuk dapatkan adunan yang sebati.
3. Panaskan kuali dan sapu minyak pada kuali. Jika guna kuali non-stik, tak perlu gris minyak.
4. Ambil 1 senduk adunan dan tuang ke dalam kuali. Lenggang seperti buat Kuih Ketayap.
5. Masak dengan api perlahan. Bila apam sudah kekuningan, bolehlah digulung atau dilipat dua.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Enak dimakan panas.
Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria
Tercari-cari KUALI NON -STICK yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kek Pisang Coklat Adun Guna Blender. Resipi Paling Mudah & Cepat
Resipi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan
Cara Masak Ayam Pedas Korea Paling Ekspress. 10 Minit Dah Siap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Hitam Pahang Memang Ketagih Makan
Makan tanpa ada sambal bagai tidak lengkap dalam hidangan. Sambal pula ada pelbagai jenis terpulang pada pilihan masing-masing. Salah satunya yang tidak kurang menarik ialah sambal hitam Pahang. Ini cara paling mudah dan cepat untuk anda cuba buat sendiri sambal hitam Pahang dalam portion yang sedikit.
SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
- Minyak masak
- Belimbing buluh yang sudah di rebus
- 1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing korang)
- 1/2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
- 7 ulas bawang merah (5 ulas ditumbuk, 2 ulas dihiris nipis)
- 5 ulas bawang putih (3 ulas ditumbuk, 2 ulas dihiris nipis)
- 1/2 bawang besar dihiris nipis *jika perlu
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih sehingga lumat. Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. Bawang merah dan bawang putih dihiris nipis.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
4. Masukkan bahan bahan tumbuk sekaligus & tumislah bahan bahan tersebut sehingga pecah minyak.
5. Tambahkan garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit
6. Masukkan bawang besar jika perlu. Bagi lembut/layu.
INFO: Sambal ini boleh disimpan lama tau. Boleh makan dengan roti dan nasi kosong pun boleh.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ain Nazirah Roslan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sedapnya Goreng Cendawan Inoki, Layan Ni Kalau Buat.
Korang pernah makan Cendawan Inoki Goreng? Kalau belum lagi, wajib cuba sebab sedang sangat, kalau makan panas-panas memang rangup dan garing. Cecah pulak dengan sos cili atau sos mustard memang terbaik. Kalau makan kat kedai bebelas ringgit satu piring, apa kata korang goreng sendiri baru makan puas.
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket cendawan enoki
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit perasa ayam
Bahan Sos:
- 2 sudu makan sos mustard
- 1 sudu makan mayones
- 1 sudu makan madu
- 1/2 sudu makan jus lemon
- Sedikit hirisan cili padi
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Campurkan tepung gandum bersama tepung beras di dalam mangkuk.
LANGKAH 2: Masukkan garam, serbuk lada hitam, dan serbuk perasa ayam. Gaul rata dan ketepikan.
LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk kemudian celupkan cendawan di dalamnya.
LANGKAH 4: Seterusnya, gaulkan di dalam campuran tepung tadi.
LANGKAH 5: Goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.
LANGKAH 6: Campurkan semua bahan sos, kacau sebati dan hidangkan dengan cendawan goreng.
5 Resipi Nasi Goreng Kampung Paling Mudah Nak Buat. Bila-bila Nak Makan Boleh Masak
Nasi goreng kampung antara menu kegemaran seisi keluarga. Lebihan nasi yang ada boleh dijadikan hidangan ini untuk sarapan mahupun makan malam. Letak ikan bilis, sayur kangkung, dah siap. Yang suka pedas boleh letak cili banyak-banyak.
5 kompilasi resepi nasi goreng kampung yang mudah untuk anda sediakan. Boleh cuba masak semua dan pilih mana yang paling menepati citarasa sendiri. Simple dan sedap!
5 Resepi Nasi Goreng Kampung
- NASI GORENG KAMPUNG PEDAS PADU
BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk
Ikan bilis – Boleh beli online di sini
Kangkung
2 biji telur
Bawang putih
Bawang merah
Halia – Boleh beli online di sini
Cili api – Boleh beli online di sini
Belacan – Boleh beli online di sini
Ketulan dada ayam
CARA MEMASAK:
Sediakan nasi sejuk baki malam tadi.
Cuci bersih kangkung dan dipotong.
Gorengkan ikan bilis hingga garing.
Ketepikan.
Gorengkan pula 2 biji telur ayam. Kacau-kacau.
Masukkan pula bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris.
Tumbukkan cili api dan belacan hingga lumat.
Masukkan ketulan kecil dada ayam.
Nak lagi padu, boleh masukkan budu.
Kemudian, boleh masukkan nasi sejuk. Kacau nasi dan gaul hingga rata.
Akhir sekali, masukkan kangkung.
Kacau rata dan dah siap Nasi Goreng Kangkung.
Kredit: Hajar Mohd
- NASI GORENG KAMPUNG BUBUH BELACAN
Bahan-Bahan:
1 mangkuk nasi sejuk
5 biji bawang merah (kisar) – boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih (kisar) – boleh beli online di sini
Cili padi hijau (terpulang pada tahap kepedasan yang kita nak) – boleh beli online di sini
Ikan bilis – boleh beli online di sini
Telur
Kicap cair
Sedikit garam – boleh beli online di sini
Sedikit belacan – boleh beli online di sini
Sawi (potong halus)
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi hijau hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan kisar dan belacan. Tumis hingga terbit wangi dan berubah warna jadi lebih gelap.
Kena masak agak lama supaya cili masak sepenuhnya. Kalau tak cukup masak, boleh sakit perut. Kalau perlu, boleh tambah minyak sikit lagi,
Setelah cili masak, bolehlah masukkan nasi sejuk. Gaul sebati. Masukkan kicap cair. Gaul lagi.
Masukkan pula potongan sawi yang telah dipotong dan perasakan dengan garam secukup rasa. Rasa dulu kerana belacan dan kicap cair dah masin.
Setelah itu, masukkan pula telur dan kacau lagi.
Tutup api dan barulah masukkan ikan bilis goreng. Gaul sekata.
Siap!
- NASI GORENG KAMPUNG IKAN BILIS ASING
BAHAN TUMBUK:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih –BELI ONLINE
Belacan –BELI ONLINE
Sedikit ikan bilis –BELI ONLINE
10 tangkai cili padi/api (lagi pedas lagi sedap) –BELI ONLINE
BAHAN UNTUK NASI:
6 cawan nasi
5 biji telur
1 ikat kangkung
Ikan bilis (digoreng)
Minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUAT:
- Tumbuk ke semua bahan, bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk tadi.
- Apabila bahan tumbuk tadi sudah naik bau, masukkan telur. Apabila telur sudah agak hendak garing, kacau-kacaukan sehingga sebati. Boleh masukkan garam.
- Kemudian masukkan nasi. Gaul sebati.
- Masukkan kangkung. Gaulkan kesemua bahan. Tip hendak nasi goreng sedap, goreng dengan api yang kuat.
- Nasi goreng kampung sudah siap!
- Basuh ikan bilis dan toskan. Kemudian goreng sehingga garing.
- Tip hendak ikan bilis garing, semasa mula-mula goreng pastikan minyak panas. Selepas itu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata. Jika hendak tahu ikan bilis sudah masak ke belum, tunggu smpai minyak habis berdesir. Itu bermakna ikan bilis sudah masak.
- Sedia untuk dimakan. Lebih sedap sekiranya nasi goreng kampung ada banyak kangkung dan ikan bilis lebih. Makan pula dengan sambal belacan. Memang berselera.
Bolehlah cuba buat sendiri. Bila sudah tahu tekniknya senanglah hendak masak.
Sumber kredit: Siti Hawa Abdul Aziz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
- NASI GORENG KAMPUNG SEMPOI
BAHAN KISAR
• 1 biji cili merah
• 5 biji cili padi hijau
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas kecil bawang putih
• 1 inci belacan
BAHAN LAIN
• segenggam ikan bilis (digoreng asing)
• 1 biji telur ayam
• semangkuk nasi
• sayur sawi
• garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak goreng ikan bilis tadi, tumis Bahan Kisar.
3. Masukkan telur ayam. Kacau rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan nasi. Gaul rata.
5. Masukkan sayur. Gaul lagi.
6. Masukkan garam dan gaul lagi sampai rata semuanya. Matikan api.
7. Taburkan ikan bilis yang sudah digoreng asing tadi. Sedia dihidang.
Resipi oleh Nur Faeizah dari Telegram KakiMakan
- NASI GORENG KAMPUNG DENGAN SAYUR KUBIS
BAHAN-BAHAN:
- 7 Senduk besar nasi putih
- 20 Biji cili padai(Ikut Selera Pedas Yee)
- 2 Biji telur
- Sos Tiram
- 2 Biji bawang merah
- 8 Ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- 4 Sudu makan minyak
- Kubis (Boleh tukar sawi)
- Ikan bilis ( Kopek & bersihkan)
- Isi Ayam / Daging
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bahan-bahan asas cili padi, ikan bilis, bawang putih dan belacan. Akhir sekali bawang merah sebab berair.
- Panaskan minyak dan goreng isi ayam. Bila sudah garing boleh angkat dan toskan.
- Guna minyak yang sama tdai. Tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk. Tumis sampai garing dengan api sederhana.
- Ini pilihan, pecahkan telur biarkan seketika dan kacau hingga hancur.
- Selepas itu masukkan sos tiram dan garam. Gaul sebati dan biarkan tumis dalam 2 minit.
- Masukkan isi ayam yang digoreng tadi serta sayur kobis. Boleh tukar atau tambah sayur ikut kesukaan anda.
- Kacau rata dalam 1-2 minit biar kering sedikit dengan api sederhana supaya tidak hangit.
- Akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau rata dalam 3 atau 4 minit. Siap boleh dihidangkan.
KREDIT: Siti Nur Sahida Ibrahim
Jangan lupa cuba semua resepi yang ada ini, memang terbaik!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resepi Bubur Nasi Simple & Sedap, Sesuai Jadi Hidangan Siang Dan Malam
Cara Masak Kuah Spageti Bolognese, Campur 2 Sos Ni Barulah Lebih Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official