Sup daging, sup tulang, sup perut dan sebagainya memang sedap. Makan panas-panas, kuah semangkuk pun habis. Namun dalam sedap kita menikmati hidangan, tak sedar banyak rupanya lemak-lemak yang menyebabkan kolesterol tu dah kita telan. Aduhhh…
Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan nak nikmati sup secara lebih ‘tenang’, boleh cuba kaedah ni. Agak melambatkan kerja-kerja memasak tetapi berbaloi demi kesihatan yang baik.
Selalunya sebelum memasak sup, anda akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu supaya empuk. Sup yang terhasil bukan sahaja mengandungi pati-pati daging malah lemak juga. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau tulang.
CARA ASINGKAN LEMAK DARI SUP
1. Mula-mula rebus daging atau tulang dengan air biasa hingga empuk.
2. Kemudian asingkan daging dan tulang. Sejukkan sup seketika.
3. Ambil ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel . Celup mangkuk berisi ais tadi di permukaan sup (sila rujuk gambar) selama beberapa minit.
4. Hasilnya, lemak-lemak yang ada dalam sup akan melekat pada mangkuk. Ulang beberapa kali hingga anda puas hati.
5. Cara lain untuk asingkan lemak dengan menyimpan semalaman air rebusan dalam peti sejuk kemudian lemak-lemak putih akan timbul di permukaan. Selepas mengasingkan lemak dari air rebusan, boleh terus gunakan untuk memasak sup istimewa anda.
Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.
Kredit petua & foto: Nileya Nazri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Pulut Kuning Cantik Tanpa Kukus & Tak Perlu Rendam Dahulu.
Cara masak pulut kuning, biasanya kita perlu merendam beras pulut sebelum dikukus. Ia bagi memastikan pulut kuning yang dimasak menjadi sempurna.
Namun ada dikalangan kita yang tak ada periuk kukusan untuk masak hidangan ni. Jangan risau, versi ini sangat mudah. Jom lihat cara-caranya menerusi perkongsian dari saudari Faidhatul Arfah Ahmad ini.
Hi ! Arfah nak share dengan korang cara masak pulut yang paling senang, simple di abad ini. Tak payah nak pening kepala nak rendam pulut dulu 2 jam. Rebus air kukus etc. Tak sampai 40 minit pulut dah boleh makan dengan riangnya ahahahaha.
CARA MASAK PULUT TANPA KUKUS
DAN TAK PERLU RENDAM TERLEBIH DAHULU
- Ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat makan cucikan dan masukan ke dalam kuali.
- Masukan air ke dalam kuali banyak manapun takpe ikut suka uols dan bukakan api. Boleh letakan pewarna kuning / serbuk kunyit atau biarkan warna putih sahaja, terpulang yaa. Kemudian gaul-gaulkan pulut tersebut, jika korang letak pewarna tujuanya supaya warna itu nanti kena sekata pada keseluruhan pulut kite itu.
- Pastikan tunggu sehingga air rebusan pulut tu betul-betul mendidih / mengelegak terus tutupkan api. Apabila air rebus pulut sudah mendidih jangan biar terlalu lama sangat yaa takut pulut kembang nanti apabila kita nak masak dalam rice cooker.
- Kemudianya, tapiskan pulut kite tu, buangkan air rebusan tadi. Sebab kite taknak guna air dah.
- Masukan pulut kite ke dalam rice cooker. Jika tak nak santan tak payah letak santan dan tidak perlu tambah langsung air okeh . Tapi arfah buat pulut santan. Santan tu letak bersama sedikit garam kemudian gaulkan dengan pulut kite tadi agar sebati. Santan tu letak betul-betul paras pulut sahajaa atau kurang dari paras pulut yee, jangan sampai pulut tengelam dengan santan sebab takut nanti pulut kite tu lembik pulak kang.
- Kemudianya, masak di dalam rice cooker sehingga rice cooker dari button “cooking” menjadi, “keep warm”. Dalam 10 minit – 15 minit cenggitu, bergantung jugak kepada berapa banyak pulut kita masak.
- Bila pulut dah masak / button keep warm yeaahh masa itu uols letakan gula dan gaul-gaulkan rata. Kemudianya tutupkan sekejap periuk rice cooker kite tu semula, tapi tak payah lama sangat. Tujuan letak gula itu nanti cantik elok je pulut kite berkilat gojess hihihi . Anddd, pulut anda sudah siap & boleh di makan dengan bahagianyaaaaa.
InsyaAllah, kalau korang masak pulut mengunakan kaedah ini walaupun pulut tidak di rendam dahulu. Tetapi, pulut akan masak elok, tidak kembang dan tesktur pulutnya cantik dan sangat-sangat menjimat masa.
Setengah orang suka jugak kan masak pulut di dalam rice cooker kalau nak cepat, tetapi yg versi kene sukat air tu kan, kalau tak pandai nak agak sukatan kuantiti air memang pulut akan kembang hihihi :’).
Moga-moga perkongsian ini memberi manfaat dan selamatt mencuba guys ⚘.
Kredit resipi: Faidhatul Arfah Ahmad
Cara Buat Puteri Ayu Yang Senang, Sedap & Gebu.
Ramai yang menyukai kuih Puteri Ayu, kuih berwarna hijau yang lemak manis dan kaya dengan rasa pandan ini sememangnya disukai ramai tanpa mengira usia. Tapi kalau korang belum pernah membuatnya, kali ini korang cuba berpandukan tip yang RASA kongsikan ini, ia sangat mudah tidak mengambil masa lama untuk mengukusnya.
Panaskan Pengukus Terlebih Dahulu:
Langkah pertama, panaskan mengukus, sementara anda mula untuk membancuh adunan Puteri Ayu.
Pukul Atau Putar Telur dan Gula Hingga Kembang:
Putar atau pukul telur bersama gula pasir dan bahan penaik (ovelete) hingga kembang. Tambahkan esen Vanilla dan sedikit garam, pukul hingga kembang. Ia penting agar apam tidak mendapat selepas dikukus.
Guna Tepung Berprotein Sederhana & Tepung Jagung:
Selepas adunan telur dan gula kembang, masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak bersama. Menggunakan tepung berprotein sederhana mampu membantu apam mengembang dengan elok yang memberikan tekstur yang empuk dan lembut. Masukkan dua jenis tepung yang diayak bersama sedikit demi sedikit. Untuk meratakan campuran tepung boleh gunakan spatula dengan cara kauk balik.
Campur Santan, Air Dan Pewarna Hijau:
Setelah campuran telur dan tepung sekata, tambahkan bahan cairan campuran santan pekat air pandan dan perasa pandan. Air pandan adalah hasil dari daun pandan yang dikisar halus dan ditapis airnya. Air pandan memberikan aroma pandan yang wangi, pewarna hijau memberikan warna hijau lebih menarik.
Kelapa Parut Sebagai Kepala Atau Topping:
Sebelum memasukkan adunan ke dalam acuan, sapu acunan dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan sedikit kelapa parut yang telah diambil bahagian putihnya sahaja dan gaulkan dengan secubit garam halus. Padatkan kelapa parut, kemudian tuangkan adunan apam 3/4 acuan. Lakukan hingga adunan habis.
Kukus Tidak Lebih 20 Minit:
Susun acuan dalam pengukus dan kukus dalam pengukuks yang telah sedia dipanaskan selama tidak lebih dari 20 minit menggunakan api besar. Setelah Masak, angkat dan sejukkan, Keluarkan dari acuan apabila sejuk.
Resipi Apam Puteri Ayu.
Bahan-Bahan :
- 3 biji telur
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu kecik ovelate
- 1 1/2 cawan tepung gqndum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu teh baking powder
- 1 cawan santan kotak
- 2 sudu makan patu pes pandan
- 1 penutup pewarna hijau
- Bahan Kelapa Parut:
- Kelapa parut
- Sedikit garam
- Sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)
CARA MEMASAK:
- Ayakkan tepung bersama baking powder
- Putar telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
- Masukkan santan selang seli dengan tepung.
- Gaul sebati baru tuang pewarna hijau. Mutar sebati lagi sekali.
- Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
- Tuang adunan tepung paras acuan. kukus 10-15 minit api besar.
Pisang…Banyak Betul Khasiatnya. Kekal Sihat Dan Ceria.
Min percaya lepas baca catatan nih, mesti anda akan lebih menghargai buah ini. Buah pisang tidak bermusim dan sentiasa ada sepanjang masa ini boleh menyihatkan tubuh dan membuatkan anda lebih semangat menjalankan rutin dan tugas seharian.
1. Kaya vitamin dan serat
Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A berbanding buah epal. Pisang juga kaya dengan potassium dengan kadari potassium mencapai 400mg di dalam pisang bersaiz sederhana Jadi pisang elok dimakan untuk menjaga kesihatan jantung.
2.Memberi tenaga
Pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi, sukrosa, fruktosa dan glukosa dan digabung dengan serat. Dipercayai bahwa dengan hanya dua biji pisang akan memberikan tenaga yang cukup untuk sebuah latihan berat selama 90 minit.
Tidak hairanlah mengapa pisang adalah buah pilihan bagi kebanyakan atlet terkemuka di dunia. Pisang dapat membantu kita agar tetap fit.
3. Meredakan kemurungan.
Penderita kemurungan dipercayai akan merasa merasa lebih baik setelah makan pisang. Ini kerana pisang mengandung tryptophan, sejenis protein yang akan ditukarh oleh tubuh menjadi serotonin, yang akan membuat anda menjadi relaks, dan secara umum akan membuat seseorang merasa lebih tenang.
4. Meningkat kemampuan otak
Kajian mendapati buah pisang kaya dengan kandungan kalium dapat membantu pelajar dan pekerja menjadi lebih peka dan cerdas dalam berfikir.
5. Sembelit
Pisang mengandung zat serat atau fiber dalam kadar yang tinggi, Pisang dapat juga membantu menormalkan kembali sistem penghadaman anda, Pisang akan membantu mengatasi permasalahan pencernaan tanpa pengambilan laksaktif.
6. Gigitan Nyamuk
Sebelum anda mencari krim anti nyamuk, cuba dulu gosok tempat yang terkena gigitan nyamuk dengan bahagian dalam kulit pisang. Ia mampu mengurangkan bengkak dan rasa gatal.
7. Menenangkan Saraf
Pisang mengandung Vitamin B dalam kadar tinggi yang sangat membantu dalam menenangkan sistem saraf.
8. Mengawal Obesiti
Kajian Institut Psikologi di Austria menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering makan kudapan seperti coklat dan makanan ringan. Setelah meneliti 5.000 pesakit di rumah sakit, saintis mendapati bahwa kebanyakan orang yang menderita kegemukan sering berada dalam tekanan kerja yang tinggi.
Laporan ini merumuskan untuk menghindari panik akibat tekanan kerja yang berlebihan dan dorongan nafsu makan yang tinggi kita perlu mengendalikan kadar gula darah kita dengan ambil makanan tinggi karbohidrat seperti pisang setiap dua jam untuk menjaga agar kadar gula darah menjadi stabil.
9. Mengurangkan Risiko Strok
Menurut kajian di The New England Journal of Medicine, makan pisang sebagai sebagagian dari diet teratur dapat menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%
10. Menghilangkan Kutil
Menurut perubatan tradisional pisang boleh menghilangkan atau mengecilkan kutil. Jika anda ingin menghilangkan kutil, maka ambillah sepotong pisang dan letakkan di kutil anda, dengan bahagian kuning atau kulit ada diluar . Tampal dengan plaster sampai beberapa waktu, gantilah setiap pagi dan tengahari, setelah beberapa hari pasti ada kesannya.
* Hah, jangan menyimpan pisang dalam peti sejuk ya, kerana struktur buah pisang akan berubah bila dibekukan, ia akan menghilangkan manfaat yang terkandung dalam pisang.