Jemu asyik makan karipap berinti kentang dan keledek? Ha… apa kata ubah selera dengan menggunakan inti udang pula. Mudah, nampak ringkas tapi rasanya memang lebih sedap. Malah bentuknya karipapnya lebih comel dan montok. Macam mana ya saudari JJ Pau Mawar buat? Jom cuba!

 

RESIPI KARIPAP UDANG MONTOK

BAHAN KULIT KARIPAP:

  • 3 cawan tepung gandum (beli online disini)
  • 3 sudu besar marjerin (beli online disini)
  • 1/2 sudu teh garam halus (beli online disini)
  • 3/4 cawan air biasa – jangan tuang semua. Jumlahnya agak-agak sampai doh tidak melekat di tangan.
  • 2 -5 batang daun bawang – di hiris halus
  • 2 batang daun sup di hiris halus
  • Sedikit krim super/shortening
  • Minyak untuk mengoreng

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Ayak tepung gaul dengan majerin jadi serbuk roti.
  2. Campurkan daun bawang dan daun sup.
  3. Larutkan garam dengan sedikit air. Tuang sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.
  4. Sapu krim super/shoirtening dan uli hingga licin.
  5. Perap selama 10 minit dan baru timbang doh seberat 20@25 gram setiap satu.

Cantik Elok Bentuk Karipap Udang Montok Ni. Begini Cara Kelim Dohnya

BAHAN INTI:

  • 20-30 ekor udang- di buang kulit dan dipotong dadu
  • 2 ulas biji bawang besar-dipotong dadu
  • 2 biji bawang putih dipotong dadu
  • 4 biji telur B
  • Garam dan serbuk cukup rasa
  • 1-2 biji lada besar merah-di dadu halus biji di buang
  • Sedikit lada sulah
  • Daun bawang dan sedikit daun sup dihiris halus
  • 1/2 batang lobak merah-di sagat memanjang
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan biarkan masak seketika.
  3. Selepasitu perasakan garam dan serbuk cukup rasa. Kacau sebati.
  4. Pecahkan telur sebiji-biji masak hingga sedikit kering.
  5. Akhir sekali masukkan lobak merah yang di sagat bersama daun sup, daun bawang dan lada merah.
  6. Kacau rata, taburkan sedikit lada sulah. Tutup api dan sejukkan.

CARA UNTUK KELIM KARIPAP:
1. Leperkan doh yang sudah dibulatkan. Letakkan inti udang di sebahagian permukan.

IKLAN

Cantik Elok Bentuk Karipap Udang Montok Ni. Begini Cara Kelim Dohnya

2. Terbalikkan sebelah bahagian bertemu dengan sebelah lagi satu seperti gambar dibawah.

Cantik Elok Bentuk Karipap Udang Montok Ni. Begini Cara Kelim Dohnya3. Temukan hujung bucu karipap dengan bucu yang lagi satu.

Cantik Elok Bentuk Karipap Udang Montok Ni. Begini Cara Kelim Dohnya4. Kelim karipap seperti biasa dan nampak ia bersambung antara bucu.

Cantik Elok Bentuk Karipap Udang Montok Ni. Begini Cara Kelim Dohnya5. Setelah doh habis dikelim, bolehlah panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Sedia untuk dinikmati.

IKLAN

Cantik Elok Bentuk Karipap Udang Montok Ni. Begini Cara Kelim Dohnya

INFO: Boleh makan dengan sos pilihan anda atau sambal kicap.

Kredit resipi & foto: JJ Pau Mawar

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

Resipi Burger Prosperity Homemade. Lengkap Dengan Cara Buat Patty Daging & Sos Padu

Mertua Kongsi Petua Buat Cucur Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan. Begini Caranya

Cara Mudah Buat Kuih Bakar Pandan Sedap Guna Acuan Muffin

Resipi Kuih Tepung Bungkus Sedap Untuk Minum Petang

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI